-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
05 November 2010
BELAJAR MENULIS SESUATU KARYA
SIAPA EDITOR ?
Bagaimana caranya hendak mengenali editor? Masing-masing punya cara yang tersendiri. Lebih-lebih lagi alat komunikasi era ini sudah semakin canggih. Terpulang kepada Penulis itu sendiri untuk menggunakannya. Beberapa cara untuk mengenali editor adalah ;
Melalui Telefon
Ada Penulis yang menelefon terus editor untuk bertanyakan proses penghantaran karya atau mendapatkan tips-tips yang boleh digunakan. Janganlah terlalu kerap menelefon editor kerana mereka sibuk dengan tugasan yang terlalu berat. Kita haruslah memahami tugas mereka. janganlah berkecil hati jika mereka tidak melayan kita, membalas emel atau memberi maklumbalas yang sewajarnya. Seharusnya kita banyakkan bersabar.
[ Motivasi pada diri sendiri semestinya ; saya akui, pada mulanya saya begitu teruja sehingga kerap bertanyakan editor tentang perkembangan karya. Tetapi setelah mengetahui editor terlalu banyaklah kerjanya, saya mula menyedarinya]
Bagi Penulis yang sudah menghantar karya berbentuk novel, perlulah sekali sekala menghubungi dan bertanyakan perkembangannya. Ingat! Jangan terlalu kerap menelefon kerana ini akan membuatkan editor berasa bosan dan jemu. Ini juga akan menganggu tugas mereka. ketahuilah setiap hari, mereka menerima banyak karya dari penulis-penulis.
Melalui Emel
Untuk mengetahui pengetahuan anda semua, saya lebih suka dengan cara ini ( Ini tidak bermaksud saya galakkan anda mengunakan cara saya ini ) kerana saya selesa dengannya. Tetapi, saya akui bahawa setiap hari editor akan menerima banyak emel dan akan lihat satu persatu dengan puluhan atau ratusan atau ribuan mungkin. Editor tidak berkesempatan memberitahu kepada semua Penulis mengenai karya diterima atau sebaliknya. Sebagai seorang Penulis, tugas kita selepas menghantar karya adalah rajin menyemak akhbar atau majalah tersebut untuk melihat samaada karya disiarkan atau sebaliknya.
Secara bersemuka ( Berjumpa )
Satu cara yang sangat berkesan adalah dengan berjumpa sendiri dengan editor. Jika kita berkesempatan untuk bertemu dengan editor, maka jangan lepaskan peluang ini untuk bertanyakan apa jua pertanyaan. Ini adalah peluang yang sangat BAIK!
Melalui Penyiaran Karya di Media
Dengan cara mengikuti karya-karya yang disiarkan oleh mereka. Contohnya, di Berita Harian @ Berita Minggu setiap hari Sabtu dan Ahad akan ada karya-karya yang disiarkan. Cuba kita lihat dan baca sungguh-sungguh kerana dengan cara ini kita akan tahu bagaimanakah karya yang dimahukan oleh editor. Kemudian, ikutilah karya-karya yang seterusnya dari bulan seterusnya dan seterusnya. Biasanya, sebelum saya menghantar karya, saya akan membelinya terlebih dahulu. Lihat, ia berbentuk majalah jenis apa? Samada sosial, masyarakat, umum, islamik, kanak-kanak atau sebagainya. Dari situ kita akan dapat tahu karya yang mana lebih sesuai untuk dihantar. Perlu sabar dalam menunggu proses karya itu disiarkan. Dalam erti kata lain ; tunggu giliran ya…
PENTINGNYA MENGENALI EDITOR
Setelah mengetahui latar belakang dan cara pemikirannya, secara ringkas,Penulis tentu akan mudah menyesuaikan pengarapan karya yang perlu dihantar atau menghantar karya yang telah siap atau sesuai dengan editor dan penerbitnya. Selain itu, ianya memudahkan tugas editor untuk menangani karya yang diterima. Perlu dijaga aspek-aspek ini ;
Laras bahasa
Format karya
Maklumat Penulis
Surat
Ini bagi memudahkan editor mengetahui lebih lanjut lagi mengenai diri seseorang Penulis itu. Ketahuilah, jika kita kerap menghantar karya, editor pasti akan kenal kita dengan hasil tulisan dan juga nama penulis semestinya. Selamat Berkarya. : )
Label:
Tips Penulisan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)










1 Idea Kreatif:
oh ...terima kasih
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )