-Font, Times New Roman, Arial, Saiz 12, Double spacing/ spacing 1.5
-Di 'indent' (jarak) sekali dengan menggunakan kekunci 'tab'.
-Tekan space sekali sahaja untuk patah perkataan seterusnya.
-Tekan kekunci 'enter' sekali untuk ruangan paragraf yang baru.
B.Tanda Baca
-penggunaan tanda baca (...) perlu ada tiga titik sahaja.
*perkataan yang SALAH
Hai.....
Apa?????
Aduh!!!!!!
Sebenarnya,,,,
*perkataan yang BETUL
Hai...
Apa???
Aduh!!!
Sebenarnya,
Contoh ayat ;
"Cuaca hari ini cerah sekali.... ," -Salah
"Cuaca hari ini cerah sekali..." - Betul
"Sa...sa.....ya!" jawab Nur gementar. - Salah
"Sa...sa...ya!" jawab Nur gementar. - Betul
Tanda " " = untuk penggunaan dialog
Contoh ayat ;
"Saya sedang mengulangkaji pelajaran," ujar Azza.
Tanda ' ' = untuk monolog
Contoh ayat ;
'Tentu ibu akan marah aku,' fikir Azza dalam hatinya.
Tanda " " dan ' ' mesti di awal dan hujung ayat.
"Saya sedang memasak di dapur", ujar Azza. -Salah
"Saya sedang memasak di dapur," ujar Azza. -Betul
D.Dialog
-Dialog antara watak hendaklah ditulis dalam paragraf yang lain.
Contoh dialog:
ayat yang SALAH
"Awak sudah makan?" soal Shahrul kepada Asraf. "Belum," jawab Asraf sambil mengeleng kepala.
ayat yang BETUL
"Awak sudah makan?" soal Shahrul kepada Asraf.
"Belum," jawab Asraf sambil mengeleng kepala.
-jika watak yang sama bercakap berulang kali, pastikan ianya berada dalam paragraf yang sama.
Contoh dialog :
*perkataan yang SALAH
"Berapa harga beg ini, encik?"
"Encik dengar tak? Berapa harganya?"
*perkataan yang BETUL
"Berapa harga beg ini, encik?" soal Izzati kepada seorang penjual. "Encik dengar tak? Berapa harganya?"
E. Bahasa Basahan
- bahasa yang digunakan hanya di dalam dialog. Contoh bahasa ;
pulak = pula
jugak = juga
kecik = kecil
sorang = seorang
kau orang = kamu semua
kita orang = kami
Salam berkongsi dunia penulisan ini dari,

Kampung Alai, Melaka.
Sabtu
18/02/2012
@Bilikku Syurgaku
4 Idea Kreatif:
terima kasih atas perkongsian saudari
kalau bhs sms plak mcm mana? hrp balas :)
terima kasih di atas ilmu yang disampaikan ya kak nurul ^__^
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )