skip to main | skip to sidebar

Tentang Saya

Foto Saya
Nurul Farehah Jaamad
Nurul Farehah binti Jaamad @Effa dilahirkan di Hospital besar, Melaka pada 21 Mei 1990. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alai. Seterusnya melanjutkan pengajian di SMK Padang Temu dan menyambung STPM di SMK Seri Kota jurusan Kesusasteraan Melayu. Minat menulis puisi, cerpen, novel dan cerita kanak-kanak. Pernah menang tempat ke-2 dalam Pertandingan Mencipta Sajak di sekolah. Merupakan Mantan Minggu Penulis Remaja 2009 (MPR). Pernah menang dalam pertandingan Menulis Cerpen Remaja@PTSONE 2010 ajuran PTS One. Merupakan peserta Bengkel Penulisan Kreatif ( anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, PERPUSTAM) Karya pernah mendapat tempat di media seperti Berita Minggu, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Mingguan Warta Perdana, Remaja, Dara.com, Sastera.net, Jelita dan Majalah Untuk Si Gadis. Sudah 4 buah buku diterbitkan iaitu Pengawas Sekolah, Taman Seribu Bunga, Haiwan Siapa Paling Jinak? dan Anak Ikan Yang Degil. Dua buah buku telahpun memasuki cetakan ke-2. Pada tahun 2011 telah menjadi ahli Ikatan Persuratan Melayu ( IPM )
Lihat profil lengkap saya

NFJ DALAM AKHBAR

NFJ DALAM AKHBAR
akhbar Sinar Harian, 21 Mac 2012 dalam Gemilang Penulis

.

MINGGU PENULIS REMAJA

Minggu Penulis Remaja
LAGU BAHASA JIWA BANGSA
Daisypath Anniversary tickers

Nurul Farehah Jaamad

Nurul Farehah Jaamad

Reka Lencana Anda

Buku Pertama

Buku Pertama
Klik pada gambar untuk baca sinopsis

Buku Kedua

Buku Kedua
Klik pada gambar untuk baca sinopsis

Buku Ketiga

Buku Ketiga
Klik pada gambar untuk baca sinopsis

Buku Keempat

Buku Keempat
Klik pada gambar untuk baca sinopsis

Remaja@PTSONE 2010

Remaja@PTSONE 2010
Cerpen 'Aidilfitri Di Desa'.

Pertandingan/Bengkel/Kursus Penulisan

TIPS PENULISAN

CORETAN PENA PENULIS

MAJALAH DBP ONLINE

  • Tunas Cipta
  • Pelita Bahasa
  • Dewan Siswa
  • Dewan Sastera
  • Dewan Pelajar
  • Dewan Masyarakat
  • Dewan Kosmik
  • Dewan Ekonomi
  • Dewan Budaya
  • Dewan Bahasa

KATEGORI PENA

2012 (1) Acara (1) Album (1) banner (2) Barang kesayangan (7) BENGKEL PENULISAN KREATIF (4) Berita (39) Berita Baik (4) Bingkisan Hati (2) Buku Cerita Kanak-Kanak (4) Bulan Mulia (1) Cari buku di Google Books (1) Cenderamata (2) Cermin Seribu Kemusnahan (1) Cerpen (13) Cerpen; Anugerah Ilahi( Sastera.Net edisi 9_ (1) Diari Syawal (1) Duit Tabung (1) Dunia Penulisan (1) Hadiah (1) Hadiah dari Ptsone (1) Hadiah Galakan Tunas Remaja (1) Hadiah I LUV ISLAM (1) Harga Sebuah Sedekah (1) Hari Raya (1) Ibuku (1) Idea (1) Jauh Dirindu (1) Jawatan Kosong (1) Kalendar Percuma (1) Karya Bukan Kreatif (2) Karya Di Majalah Sekolah (1) Karya Kreatif (3) Katalog Yang Best (1) Kawan Lama (1) Kelahiran Novelku (3) Kenangan (1) Kenangan MPR 09 (1) Langgan Kamus Online Anda (1) Majlis (1) Manuskrip dalam proses (1) Manuskrip ditolak (1) Media (2) Mencuba (1) Minggu Penulis Remaja (1) Mood (4) MPR 2012 (1) Mungkinkah (1) Pakaian Muslimah (1) Pentas (1) Penulis + Guru (2) PERADUAN (4) Peraduan PTS (1) Peraduan STABILO (1) Pertandingan (2) Pesta Buku (1) POPULAR JUSCO (1) Promosi novel sulung (1) Proposal (1) Puisi (18) Remaja (1) Resipi (1) Sajak Sentuhan Bicaramu (1) Salam Aidiladha (1) Seteguk kasih Bonda (1) Sudah Terbit (1) surat bukuprima (1) Surat Fajar Pakeer (1) Surat Pembaca (1) Surat SPA (1) Syurga dan Neraka (1) Tahun Baru 2011 (1) Tip Berkarya (2) Tips Penulisan (12) Ucapan (1) UNDI (1) Zaman Remaja (1)

SEJAMBAK ILHAM

KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT


Sahabat,

Aku cuba tuk fahami isi hatimu

Lalu kusemai jiwa ragamu

Yang masih kontang

Akan erti persahabatan.


Sahabat,

Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu

Yang aku sendiri tak mengerti

Terkadang aku memaksa diri

Tuk menelan duri bahasamu

Biar sepahit hempedu.


Sahabat,

Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu

Walau bertahun lamanya

Namun

Aku gagal

Aku gagal fahami isi hatimu

Yang terkadang lebih dari yang disangka.


Sahabat,

Aku cuba tuk fahami isyarat matamu

Yang kurasakan

Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.


Kini

Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu

Kerna jawapan itu telah aku temui.


NURUL FAREHAH JAAMAD

Kampung Alai, Melaka.

Baca Karya ( Puisi )

  • Bertemankan Rintik Hujan
  • Cermin Seribu Kemusnahan
  • Cinta Ini
  • Harga Sebuah Sedekah
  • Ibuku
  • Jauh Dirindu
  • Kejayaan Ini
  • Kita Dalam Rindu
  • Mungkinkah
  • Seteguk Kasih Bonda
  • Wajah-Wajah Ibu

Baca Karya ( Cerpen )

  • Semurni Kuih Raya
  • Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua
  • Kerana Simpati Itu
  • Ada Sinar Dalam Hati
  • Usah Sandarkan Cinta Padaku
  • Berdosakah Mereka?
  • Anugerah Ilahi

Baca Karya ( Novel )

  • Haiwan Siapa Paling Jinak?
  • Taman Seribu Bunga
  • Pengawas Sekolah

Rakan Penulis MPR09

  • Adilah Ghazali
  • Adilla Abd Rahim
  • Aedi Asri
  • Ahmad Muziru
  • Amin-MASSA
  • Amirul Hamudin
  • Ariff Hafizi
  • Athirah
  • Fadhli
  • Fakhrudin
  • Hafizuddin
  • Husna
  • Ilyani Alias
  • Marwan
  • Masliya
  • Mohd Haniff Mohammad Yusuf
  • Mohd Rashedi
  • N. Faizal
  • Nur Ezzate
  • Nuraini Ruzi
  • Nurul Hidayu
  • Sakinah
  • Siti Munirah
  • Syukri Sapuan

Penerbit Buku

  • Alaf 21
  • Ameen Books
  • Best Seller Publication
  • Blue-T Publication Sdn Bhd
  • Buku Prima
  • Dewan Bhasa dan Pustaka
  • Fajar Pakeer
  • Galeri Ilmu
  • Jemari Seni
  • JS ADIWARNA
  • K Publishing
  • Kaki Novel
  • Karnadya
  • Karya Bestari
  • Must Read
  • NB Kara
  • Oasis Buku
  • Pekan Ilmu
  • Pelima Media
  • PTS
  • Telaga Ilmu
  • Yamani Angle

Kedai Buku Online

  • BOOKCAFE
  • BUKU POPULAR
  • ESASTERA.COM
  • FAJAR NOVELS
  • KARNADYA STORE
  • KEDAI BUKU
  • KEDAI DBP
  • KEDAI ESASTERA
  • MPH
  • MYBOOKS
  • POPULAR
  • TAMAN ILMU
  • UJANA ILMU

Majalah

  • Berita Publishing
  • Dakwah
  • Dara.com
  • E@siswa
  • Fokus SPM
  • Keluaran DBP
  • Keluaran Karangkraf
  • Klik
  • Klik Web
  • Majalah I
  • Majalah PC
  • Media Hiburan
  • Milenia Muslim
  • Mingguan Wanita
  • Nona
  • Nur
  • Rapi
  • Rasa
  • Remaja
  • Seri Dewi & Keluarga
  • Utusan Karya
  • Yezz

Akhbar

  • Berita Harian
  • Harakah Daily
  • I Luv Islam
  • Kosmo
  • Melaka Hari Ini
  • Metro
  • Perdana
  • Sinar Harian
  • Solusi
  • Utusan Malaysia

Rak Buku

Nurul's bookshelf: to-read

1515Manikam KalbuSeorang Tua di Kaki GunungRanjau sepanjang jalan

More of Nurul's books »
Nurul Farehah's to-read book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Catatan Penulisan

Tetamu

Hak Cipta Terpelihara @ Nurul Farehah Jaamad. Dikuasakan oleh Blogger.

NURUL FAREHAH JAAMAD

'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'

HOMEKARYA@MEDIA HANTAR KARYA NOTA BIODATA SAYA BELI BUKU PERTANYAAN
-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!

PENGHARGAAN

Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.

Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.

Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!

Renungan

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.


Teman Blogger


22 Mei 2011

Cerpen Kerana Simpati Itu



Judul : Kerana Simpati Itu
Oleh : NURUL FAREHAH JAAMAD
Media : Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011



KEDAI makan Seafood Musaiha memang terkenal dengan hidangannya yang cukup enak dan lazat. Sebab itulah ramai pelanggan singgah di situ. Tidak kiralah yang datang menjamu selera bersama keluarga, seorang diri, kawan-kawan atau saudara-mara tetap kedai itu menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi pada  malam minggu, kedai makan itu akan dibanjiri oleh ramai pelanggan dari terdiri daripada Melayu, India dan Cina.

Pesan saja apa yang tekak terasa hendak makan, kedai makan itu tidak pernah mengecewakan pelanggannya. Makanan akan segera sampai ke atas meja makan, itulah salah satu yang membuatkan mereka tertarik dengan perkhidmatan di kedai makan itu.

Sebelah sudut membuat roti canai dan membakar satay, terdapat seorang lelaki berbadan kurus, berkulit cerah dan berambut panjang sedang mendendangkan lagu-lagu keroncong untuk para pelanggan menikmati hidangan sambil mendengar alunan muzik.

Di atas setiap meja makan diletakkan sebatang lilin yang berada di dalam cawan. Suasana di situ tampak lebih romantik dan menenangkan jiwa dan fikiran. Bukan satu dua lagu yang dimainkan oleh lelaki itu tetapi lebih dari sepuluh lagu untuk satu hari. Memang berbaloi makan di kedai itu.

Penghantar makanan mundar-mandir menghantar makanan dan ada juga yang ingin mengambil pesanan daripada pelanggan. Sampaikan pemilik kedai itu, Encik Mustaffa dan isterinya, Aisha terpaksa meminta pelanggan yang sudah habis menjamu selera segera bangun untuk memberi pelanggan lain duduk pula. Hendak diikutkan pasangan suami isteri itu memang tidak sanggup  berkata begitu, tetapi disebabkan sambutan yang mengalakkkan dan tidak mahu mengecewakan pelanggan, layanan yang baik harus adil untuk diberikan kepada setiap pelanggan.

“Pergi sana! Jangan ganggu kami sekeluarga nak makan! Pergi!” tengking seorang lelaki lewat 40-an memarahi seorang lelaki muda yang buta dan ditemani oleh seorang perempuan. Kelihatan si buta memegang tongkat dan beberapa bungkus tisu dan kalendar kecil.

Sesiapa sahaja yang memberi wang kepada si buta, akan mendapat tisu atau kalendar sebagai tanda terima kasihnya. Tetapi tidak ramai yang mengambilnya. Cukuplah dengan memberi wang kepadanya asalkan tidak menganggu masa makan mereka sudahlah.

Seorang perempuan yang baru sahaja hendak memasukkan nasi ke dalam mulutnya selepas membaca doa makan tiba-tiba tersentak mendengar suara kasar lelaki itu. Sesetengah pelanggan memandang mereka. Kemudian mereka kembali menyambung baki makanan yang masih belum habis lagi.

Huda, seorang pelajar kolej bersama temannya, Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi.

“Pergi sana! Pergi!” ujar lelaki itu dengan gayanya yang benar-benar membenci.

Si buta menunjukkan muka simpati. Kemudian dia berjalan menuju ke meja sebelah. Begitulah yang dia lakukan sehinggalah sampai ke meja di mana tempat Huda menikmati selera di kedai itu.

“Selamat malam. Kasihanilah saya,” rayu si buta itu. Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Matanya tepat ke arah makanan yang mereka pesan sebentar tadi di mana makanan  yang masih belum sempat mereka jamu lagi.

“Selamat malam. Nah, ambil ini,” ujar Huda sambil menghulurkan wang ke tangan si buta itu.

“Terima kasih, dik,” ucap perempuan yang berada di sebelah si buta itu sambil tersenyum.

Mata Yasmin bulat memandang wang ditangan si buta. “ Banyak sangat awak bagi tu,” leter Yasmin. Dipegangnya sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya.

“Mana ada banyak. Sepuluh ringgit saja,” Huda membela diri sambil tersenyum.

“Bagi seringgit pun dah cukup. Tak payah lebih-lebih,” ujar Yasmin dengan mukanya yang selamba.

“Ish, tak baiklah cakap macam tu. Cuba awak tengok lelaki buta tu, kesian dia. Kita yang berupaya ni mesti bantu orang yang macam tu.” Ujar Huda untuk meyakinkan kawannya itu.

Namun, hujahnya itu belum tentu dapat melembutkan fikiran Yasmin mentah-mentah. “Awak ni degillah,” Yasmin hanya mengeleng kepala. Dimasukkan mi sup kegemarannya ke dalam mulut. Kehangatan mi sup itu membuatkan dia mahu menikmati kelazatan makanan itu sepuasnya.

Mata Huda tidak lekang dari memandang si buta itu. Mereka berjalan di tepi jalan raya menuju ke kedai makan yang tidak jauh beberapa batu sahaja dari kedai makan itu. Lama-kelamaan kelibat mereka hilang dari pandangan sedikit demi sedikit.

“Makanlah nasi ayam tu nanti dah sejuk tak sedap pula,” sindir Yasmin sambil menghirup kuah mi sup itu. Sudah hampir separuh baki makanannya yang tinggal tetapi Huda baru hendak menikmati makanannya.

“Tak baik Pak Cik tu marah-marah lelaki buta tadi. Bukankah kita hidup mesti saling tolong-menolong. Yang senang bantu yang susah. Bukankah begitu?” Huda menyuarakan rasa simpatinya disamping rasa marahnya kepada lelaki itu.

“Tak habis-habis lagi ke dengan lelaki buta tu?” Yasmin agak kebosanan dengan Huda.

“Awak tak rasa simpati dengan lelaki buta tu?” soal Huda beria-ria.

Yasmin hanya mengeleng kepala. Sepatah pun dia tidak bersuara. Lidahnya kelu. Matanya tidak sedikitpun memandang Huda.

Beberapa minggu kemudian, ayah Huda membawanya sekeluarga pergi makan di sebuah kedai di pekan. Kata kenalan ayahnya , kedai itu terkenal dengan makanan laut yang segar-segar. Ayah Huda tidak mahu melepaskan peluang menikmati makanan di kedai itu.

“Pergi! Pergi! Pergi!” pekik seorang pemuda berusia awal 20-an kepada seorang lelaki buta bersama seorang perempuan.

Mata Huda mencari-cari arah suara yang memekik tadi. Itupun dia! Meja nombor 7. “Awak?” fikir Huda dalam hati. Itulah pemuda yang dia jumpa di kedai makan minggu lepas.

Tanpa berfikir panjang, Huda bangun dan melangkah panjang menuju ke meja 7. Tanpa memberi salam, Huda bersuara, “ Cukup! Jangan hina dia lagi. Kalau awak tak mahu menderma janganlah sampai menghina dia. Kesian dia. Saudara dah besar panjang. Boleh berfikir, bukan?”

Pemuda itu mengengam tangannya. Dilepaskan juga lelaki buta itu. Sengaja dia diam kerana tidak mahu membesarkan cerita di situ . Lagi pula di tempat awam tidak elok kalau bersikap kurang ajar.

“Ambil wang ini. Pedulikan dia.” Huda memberikan wang dua kali ganda daripada wang pertama yang diberikan kepada lelaki buta itu sambil menyuruh mereka beredar dari situ.

Rasa simpati Huda terhadap lelaki buta itu semakin bertambah-tambah. Bagaimana ada segelintir masyarakat yang sanggup menghinanya sedangkan dia sangat sedih melihat keadaan seorang insan yang hidupnya buta. Adilkah untuk lelaki buta itu menerima layanan sebegitu rupa?

Tiga hari selepas itu, entah kenapa Huda berasa keberatan untuk pulang awal selepas habis kelas pada tengahari itu. Huda bercadang untuk singgah di sebuah warung memandangkan perutnya sudah lapar.

Tiba-tiba Huda di sapa oleh seseorang dari belakang, “Selamat Tengahari. Menderma dengan ikhlas.”

Huda menoleh ke belakang. “Awak?” kata-kata itu terkeluar dari mulut Huda. Huda bergamam. Tidak sangka dia bertemu lagi dengan lelaki buta itu . Perempuan itu tersenyum sinis. Seperti biasa Huda memberikan wang sebanyak RM10 ringgit.

“Ambillah tisu dan kalendar ini,” ujar perempuan yang  memimpin lelaki buta itu.

“Tak apa. Saya ikhlas,” ujar Huda sambil tersenyum.

Mereka berlalu pergi. Usai menghabiskan hidangan  makanan berlauk di warung itu, Huda segera menuju ke kereta kancil berwarna putih. Dalam perjalanan, Huda ternampak beberapa anggota polis sedang mengurungi sebuah teksi di tepi pokok.

Huda memberi signal ke kiri lalu mematikan enjin kereta. Kemudian dia keluar dan berlari anak ke arah kejadian itu. Tiba sahaja di tempat itu, Huda melihat sebuah teksi yang disyaki  melakukan kerja haram.

Pandangan Huda terhalang dek beberapa tubuh anggota polis yang gagah-gagah belaka. Huda tidak pernah berminat hendak mengambil tahu akan hal-hal begitu sebelum ini.

“Awak ditahan kerana memandu teksi ini untuk membawa dan mengambil mereka berdua ini ke tempat-tempat tertentu bagi tujuan menipu mangsa,” ujar seorang anggota polis yang berpangkat besar itu. Seorang anggota polis membawa seorang lelaki berusia awal 50-an masuk ke dalam kereta polis.

“Awak diminta mengikut kami ke balai atas kes menyamar sebagai orang buta dan awak kerana bersubahat untuk  meminta wang kepada orang ramai,” arah polis itu lagi.

Dua orang anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar menjadi buta dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta polis. Beberapa polis yang lain sedang sibuk mencatat dan mengambil bahan bukti yang lain di dalam kawasan teksi itu.

“Itulah awak. Zaman sekarang jangan mudah percaya dengan orang. Sekarang ramai orang tak jujur. Wang takkan datang kalau bukan dengan hasil titik peluh sendiri. Kalau ada pun datangnya dari hasil yang tidak halal tak ada gunanya pun,” bebel Yasmin apabila Huda menceritakan perkara yang dia lihat tadi.

Yasmin mengeleng kepala dan berlalu meninggalkan Huda yang terpinga-pinga memikirkan dirinya rasa ditipu mentah-mentah.

 -TAMAT-



Pena menari oleh Nurul Farehah Jaamad semasa jam 1:19 PTG
Label: Cerpen

2 Idea Kreatif:

CintaZulaikha berkata...

menarik....suka lah. baca sepintas lalu sb kpala sgt pening..

Ahad, 22 Mei, 2011
Nurul Farehah Jaamad berkata...

CintaZulaikha, terima kasih kerana sudi membaca karya cerpen saya. Semoga pening awak itu lekas sembuh ya. ^_^

Isnin, 23 Mei, 2011

Catat Ulasan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^

( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Karya Di Media

  • Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
  • Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
  • Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
  • Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
  • Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
  • Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
  • Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
  • Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
  • Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
  • Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
  • Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
  • Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
  • Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
  • Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
  • Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
  • Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
  • Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
  • Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
  • Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
  • Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
  • Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
  • Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
  • Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
  • Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
  • Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
  • Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
  • Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
  • Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
  • Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)

Penulis Kreatif

  • KhairulHakim++ONLINE!
  • borak kosong
  • HAFIRDA AFIELA
  • a tale of MEMORIES ◕‿◕
  • Deylla's Diary
  • ANaSTaSyeA : Kisah Disebalik Kanta Coklat
  • Sheril Azni Aida
  • .: Sebuah Ceritera :.
  • Keyrill Eduardo Willeyhem
  • mfkencana.com
  • Koperasi DBP Berhad
  • welcome to my world
  • *InSyIrAh*
  • .always you and i.
  • me.myself.mylife
  • Persatuan Editor Malaysia (PEM)
  • A Lady Diary
  • Rizai Reeani
  • amiza khusyri online
  • MENCARI YANG HAKIKI
  • *♀Diari Hari-hari Chempaka Sari ♀*
  • www.celikhuruf.com
  • Jamilah Mohd Norddin
  • ღ LiyaNa NaNa :) ღ
  • DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg
  • ADAH HAMIDAH
  • dia FATIN HANNA ! bukan CINDERELLA !
  • Dorry Sweetie
  • dunia.ku.dunia.cikgu
  • BABYKIDSWEAR
  • Kumpulan One Nusantara
  • CT AZHAR
  • Bernafas Dalam Ego
  • CiK aiN NabiLa
  • Teknik Buat Blog
  • KARYA BESTARI
  • Izan Ali
  • tHE.GoRgEoUs.aNa..
  • roslan jomel
  • SYAZ !! REALITY OR FANTASY ??
  • BukuRia
  • kayangdailypost
  • yaya's story
  • MAWAR SAFEI
  • Ain Zulaikha
  • blog yang tak berapa tipikal
  • Stuff !
  • Gelisah Puisi
  • azlin azman
  • .:Urban Teen Writer:.
  • erk !
  • Lady Shana Sweet
  • Norul's Sketch Log
  • Zaid Akhtar Online
  • NasiruddinAmir
  • A Tale of Fatin Yana
  • Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
  • LAGILAH GEMPAK BEB
  • MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
  • Hannafauzann Story :)
  • CARA MUDAH MENULIS NOVEL
  • UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN
  • Mahligai Nurul Farehah Effa "Sastera Hidupku.."
  • Ini Cerita Aku
  • ayampenyek
  • ...ruang imaginasi dan coretanku...
  • 100penulis
  • BelogKiter
  • Shazika Shahrim
  • Mawleed Publishing Sdn Bhd
  • Hujan Pagi
  • faraheleena(:
  • Minggu Penulis Remaja
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
  • ♥The Princess Of Diaries♥
  • +EKINAKAKIBAM+
  • Anjang Anis Spiei's Daughter
  • This Is Me
  • NURUL FAREHAH JAAMAD
  • Jurnal Rizai Reeani
  • ikahoneybunny's blog
  • Novel Kafe
  • UJANA NASRIAH ABDUL SALAM
  • Bila aku kesurupan....
  • Puteri Merah Jambu ™
  • Pure Oil Series 01 by SecretLeaf
  • farihahiskandar.com
  • ♥ ♥ ♥...CheNta HatY aLiaA...♥ ♥ ♥
  • Hasil Karya
  • ANITA ARUSZI'S BLOG
  • Hanny Esandra
  • GAGASAN PERSURATAN BARU
  • Meniti Perjalanan
  • MASLIYA YAHYA
  • Secawan Kopi - AIDIL KHALID
  • dry.skeleton.meeting.
  • Taipan Jemari Ilmar Imia
  • [KyOshi_sOuSuke takes]
  • Pink-ed
  • semalam yang hangat
  • ♥Bingkisan Nurani♥
  • Our Journey Begins
  • My Big Family & Friends....
  • Dunia Novel Haryani Kamilan
  • Maria Kajiwa
  • {starlite style}
  • TULIS NOVEL
  • hold me TIGHT baby
  • TANAH NURANI (Madrasah Sham al-Johori)
  • Belog Kawaii Lil Gurl
  • k e l o m p e n
  • Riwayat Hariku
  • **LAMAN KITA MENCORET**
  • aNak BangKiNang
  • I'll think about it tomorrow
  • jalanjatuh
  • INSPIRASIKU
  • W.B.Rendra
  • ♥ANASAURUS♥
  • Arpiiz itu Nama ku..
  • - ELARA -
  • QASEH QAISARA
  • khesahcinta
  • novel cerita2 rekaan
  • ~{[ ainmaisarah ]}~
  • miss.genit
  • PENULIS BUKU DI MALAYSIA : : IMRAN YUSUF
  • Serunai Faqir
  • ALAF21FC
  • Bee Forever @ Honeyvsbee
  • ♥ Farzana Farzanto ♥
  • A. Razak Adam
  • Saya Suka Menaip
  • Just Me
  • It's like a story
  • Aliff Mustakim
  • Amfeaz's Creative Collections
  • Hanisah Safian
  • Lu'luah Nur Jamilah
  • A. Muziru Idham
  • aku, diri aku & tentang aku
  • Ranjau Dunia
  • [Ana Sa'idah ^ Saya Bahagia]
  • Green Space
  • FAA NIZA
  • ♪♫♫ juz for fun ♫♪♪
  • TELAGA BIRU: Semoga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam
  • . cik pieja saje .
  • ❤ My Secret Garden ❤
  • *sempurnakan dirimu*
  • konflik si kucing hitam
  • CERPEN
  • Shayang.Craft
  • KATA KILA
  • KINA
  • KELAB PENULIS ZAHARAH NAWAWI
  • Boyz_ed Blog
  • Sna LaLa Blogshop
  • GeeKintheRainboW
  • ♥ theblogismine ♥
  • MAHARANI
  • Coretan Razali Endun
  • wAanalifegurl ♥ hana
  • ridoma
  • Fadli Sabri
  • ~Segalanya Tentang Cinta dan Bulan~
  • ..mizz apple..
  • Ainaa SPOSA
  • Singa Kelantan
  • Khaizarien
  • :: ILHAM HATI ::
  • KOLEK 1511
  • LaWaK-bRuTaL
  • SYIMA SYAWAL - Inilah duniaku
  • Manusia Biasa
  • Ini Bukan Cerita Sindarela
  • dopplewhat
  • path taken by me
  • Tinta Pena Dariku.......
  • Bila Jari Jemariku Menaip
  • sshhhttt..fie yusuf in the blog!!!
  • Salina Ibrahim
  • Siapa Kita
  • --bila jari mula menaip--
  • ANJUNG MEGA RESOURCES
  • Husna Adnan
  • Blog Syafiq Zulakifli
  • The Bee And White Roses
  • ˙·٠•●♥ perempuan muka masam ♥●•٠·˙
  • Hey Gurls
  • Keluargaku Syurgaku
  • Meraih Cinta
  • mulakan cerita
  • QAMAR MUNEERA
  • AMRAFAHAN
  • SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI
  • daku sayangkan islam!!
  • Bajonz Jambul
  • Mawarni RB
  • L o v e l y LIFE
  • pEmbancuh Kopi o_O
  • Aku, Novel dan Dot Dot Dot
  • SyaCha Abdullah's Life
  • a k u ada k a m u
  • Qaiyim.com
  • MARWAN AMZ
  • i guess second best
  • ~★Aleeya Kayzèr★~
  • Penjerit Yang Sunyi
  • JawatanKosong
  • HIKAYAT GADIS JAHAT
  • Teratak Seni
  • Karya Fansuri
  • lazy man's journal
  • mY~ woRLd
  • Kongsi Tips Dan Pelbagai Maklumat
  • ♥ diaryy misz nini ♥
  • Buku Puisi Nazmi Yaakub
  • Kubu Buku
  • ~♥Diary kecilku♥~
  • ❤(◕‿◕✿)❤❤❤❤MUMMY LOVERS❤❤❤❤(◕‿◕✿)❤
  • Berkelana di Medan Perjuangan..
  • i am normal human ..kenapa salah ke?
  • Imaginasi Kreatif Pena Terlakar
  • Eizda Amani
  • Ummuhani.com
  • faizal yusup
  • Eny Ryhanna
  • DI JARI AKSARA MENARI
  • cikcleopatra.blogspot.com
  • Jualan Buku
  • Lily Haslina Nasir
  • N-I-R [dot] Com
  • Dua Dunia
  • hidup laksana gema!
  • kesah sebuah kehidupan
  • .:Qalam BerTinta:.
  • DesaKota
  • ~mencari penenang jiwa~
  • Sharing For The Better
  • The Inevitable Journey
  • .:wOrLd oF nOr@zuReen mOhd y@z!D:.
  • :: Sebuah Intermeso ::
  • Azre Creative Studio
  • Pada suatu masa/ Once upon a time
  • Nisah Haron Online
  • ~SwEeT SuNsHiNe~
  • |-story of my life-|
  • Kersani Dan Kasturi
  • ! Tutorial Untuk Blog | Tips Blogspot
  • ♥ ini C E R I T A saya ♥
  • ASTAKA VILLA AKSARA
  • - aLeYa AnEeSa BeRkIsAh... -
  • Anwar Ridhwan
  • .:WarnaHidupku:.
  • ASNIDAR SHAFIE SIMERPATI PUTIH
  • MENYUSUN SEJARAH MASA DEPAN..
  • Dr Faisal Tehrani
  • ::NurulZaty::
  • ~Biarkan Mereka Berdua Berbicara~
  • Bukan Calang Calang
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

@Hak Cipta Terpelihara

Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)

Protected by Copyscape Online Plagiarism Scanner
DAPATKANNYA DI PASARAN!!!
DAPATKANNYA DI PASARAN!!!

Blog Design by Gisele Jaquenod