Asonansi = pengulangan bunyi vokal seperti a,e,i,o,u. Contohnya; pengulangan vokal a, "Biarlah kupendam perasaanku selama ini,"
Aliterasi = pengulangan bunyi konsonan seperti b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z. Contoh ; "kuberikan kasih kepadamu,"
Diksi = kata-kata klasik seperti hatta, maka dan adapun di awal ayat.
Simile = seperti, bagai, umpama, macam, laksana, bak dan persis.
Inversi = keterbalikan kata.Ayat songsang. Contoh ayat ; "Awak boleh buat itu macam?" /
"Awak boleh buat macam itu?"
Pengulangan = terdapat ayat yang berulang berlaku dalam ungkapan, ayat atau baris.
a. Anafora - pengulangan kata awal baris.
b. Epifora - pengulangan kata akhir baris.
c. Repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
Personafikasi = memberi sifat manusia kepada benda lain. Sama ada daripada segi perwatakan, perasaan, tingkah laku kepada benda-bendan bersifat abstrak.
Metafora = perbandingan yang mengunakan kata konkrit atau abstrak. Sesuatu yang boleh dilihat dengan tidak boleh dilihat. Contohnya ;
Hiperbola = Bahasa kiasan yang digunakan dalam ayat secara berlebih-lebihan/melampau-lampau. Contohnya, "Matanya berapi-api kerana terlalu marah", "lautan api sanggup direnangi", "Seribu lautan sanggup diharungi."
Sinkof = singkatan perkataan seperti tak(tidak), ku(aku), ni(ini), dah(sudah), mu(kamu) dan kau(engkau). Contohnya ; "Saya tak mahu makan." , "Kenapa ni?", "Cintaku, cintamu akan bersatu."
Peribahasa = Contohnya, Macam katak di bawah tempurung.
Perlambangan = "Akan kuberikan dikau mahligai yang begitu besar," (kata 'mahligai' bermaksud kemewahan.
Dialek = loghat, pelat daerah, bahasa cina dan bahasa india.
Paradoks = percanggahan, sesuatu yang bertentangan dalam kata-kata. Memperlihatkan kepada sesuatu yang berlawanan. Contohnya ; "Gajinya lumayan tetapi hidupnya masih merana," , "Rupa paras gadis itu cantik tetapi tidak berbudi bahasa,"
Alusi = nama-nama, peristiwa-peristiwa dan tempat.
Bahasa Asing = menggunakan bahasa Inggeris atau Arab.
Simpulan Bahasa = seperti buah hati, anak emas, panjang tangan dan sebagainya.
Sekian,
Salam berkongsi dunia penulisan ini dari,

Kampung Alai, Melaka.
Sabtu,
18/02/2012
@Bilikku Syurgaku
1 Idea Kreatif:
assalamualaikum. alhamdulilah, sedikit sebanyak maklumat yang anda tulis telah membantu saya menyiapkan kajian ilmiah saya. Terima kasih.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )