-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
15 Julai 2010
Membina Jalan Cerita
Ini adalah buku catatan saya
Ini pula sinopsis kasar untuk Novel Remaja
Tentang sinopsis ini :
Idea datang tidak mengira waktu dan tempat. Idea datang tanpa dipaksa.
Apabila idea datang kita tidak tentu arah mencatat idea itu supaya tidak hilang.
Idea boleh dicatat sementara di dalam telefon bimbit, buku nota dan sebagainya.
Itulah yang dialami oleh saya ketika saya sedang termenung di jendela rumah saya, tiba-tiba
terlintas di fikiran saya untuk menulis satu cerita mengenai zaman Remaja di sekolah.
Pada awalnya saya menyenaraikan nama-nama watak, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Kemudian, saya menulis sinopsis kasar. Selepas itu, saya akan membina plot dan teknik penceritaan. Kemudian saya membahagikan setiap plot kepada bab-bab yang saya mahukan.
Saya mengambil latar tempat di sekolah sebagai tempat utama di dalam manuskrip ini.
Alyah-protagonis dan Wani Hazirah-antagonis adalah watak utama yang menghidupkan cerita ini.
Masing-masing mempunyai geng yang tersendiri. Wani Hazirah sangat iri hati dengan Alyah
yang sering mendapat perhatian daripada cikgu dan pelajar-pelajar lain kerana perwatakan Alyah yang lemah lembut, pandai dan tidak pernah buat hal di dalam sekolahnya. Sebagai seorang yang ingin menang, Wani Hazirah dan gengnya ingin merancang sesuatu untuk mengenakan Alyah sejak kehadiran seseorang iaitu....? Hmmm, siapa ya orang itu sampai Wani Hazirah sanggup merancang sesuatu yang tidak baik kepada Alyah.
Kesudahan cerita ini saya akhiri dengan elemen kesedihan, kesedaran dan kematangan dalam kehidupan. Semoga saya sentiasa diberikan kesihatan yang berterusan agar dapat menyiapkan manuksrip ini. Insya-Allah. Doakan saya ya kalian! ^_^
Itulah serba sedikit mengenai rangka sinopsis saya itu. Harap-harap dapat siapkan cepat. Amin...
MANUSKRIP AWAL REMAJA :
Ini pula lukisan tentang cerita Alam Fantasi
Tentang Lukisan Ini :
Kali ini idea datang bagai air yang menyalir deras. Ini kisah seorang budak perempuan yang bernama Syafarana dan Puteri Dhia. Dua nama yang berbeza tetapi orang yang sama. Itulah namanya di
alam nyata dan alam fantasi. Kenapa ya dia boleh masuk ke alam fantasi? Dia punya makanan kegemaran. Makanan apa itu? Hmmm itu rahsia! nantikan manuskrip saya ya! ^___6
MANUSKRIP KANAK-KANAK :
Ini pula lukisan kanak-kanak kecil
Tentang Lukisan Comel Ini :
Mereka adalah adik-beradik yang di didik oleh kedua ibu bapa mereka dengan sempurna.
Ajaran agama, nasihat dan pergaulan terbatas sudah sebati dengan hidup mereka. Saya harap
manuskrip ini dapat menghiburkan kanak-kanak dengan telatah mereka yang lucu dan comel itu. Mereka juga mempunyai bakat yang tersendiri. Apakah bakat mereka? Nantikan!!! :)
Sekian, Terima kasih.
Itulah serba sedikit mengenai manuskrip saya. Semoga terhibur!!!
Label:
Manuskrip dalam proses
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)














3 Idea Kreatif:
Semoga kesemua manuskrip saya ini berjalan lancar. Amin...
slm..adik, kakak nk tnya sekiranya kita menulis cerita kanak-kanak untuk dihantar kepada penerbit perlukah di hantar sekali dengan gambar? kepada penerbit mn yg sesuai untuk cerita kanak-kanak?
Waalaikumusalam,
Itu terpulang kepada penulis itu sendiri. Kalau ada lakaran/gambar yang penulis ada sediakan boleh ditunjukkan kepada penerbit. Ada juga penerbit yang memang memerlukan penulis hantar ilustrasi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saudari boleh saja ke kedai buku melihat buku-buku keluaran penerbit untuk melihat kesesuaian manuskrip kanak-kanak itu sendiri. Penulis harus tahu penerbit menerbitkan manuskrip bergenre apa. Sebagai contoh seperti Buku Prima, Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi penerbit buku kanak-kanak. Boleh ke kedai buku untuk melihat lebih banyak penerbit.
Sekian, terima kasih.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )