
- Hadiah Pertama : 1x RM 15,000
- Hadiah Kedua : 1x RM 12,000
- Hadiah Ketiga : 1x RM 9,000
- Hadiah Sagu hati : 17x RM 3,000
- Hadiah Pertama : 1x RM 10,000
- Hadiah Kedua : 1x RM 7,000
- Hadiah Ketiga : 1x RM 5,000
- Hadiah Sagu hati : 17x RM 2,000
- Hadiah Pertama : 1x RM 10,000
- Hadiah Kedua : 1x RM 7,000
- Hadiah Ketiga : 1x RM 5,000
- Hadiah Sagu hati : 17x RM 2,000
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ( yang hadir pada tahun 1966 dan seterusnya ).
- Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
- Peserta dibenarkan menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun, hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori.
- Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
- Peserta perlu memberikan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan di laman sesawang ITBM di www.itnm.com.my atau muat turun di sini, Borang Penyertaan .
- Karya ditaip kemas, langkau dua baris, jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di atas kertas 4A.
- Kepanjangan karya bagi Novel, tiada had halaman. Cerpen, sekurang-kurangnya 10 karya dan sekurang-kurangnya 30 karya bagi Puisi.
- Manuskrip yang diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
- Karya tersebut tidak dibenarkan diterbitkan di mana-mana penerbitan atau penyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
- Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya.
- Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013 dan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
- Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad.
- E-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my atau melalui kiriman pos ke alamat :

44 Idea Kreatif:
assalamualaikum kak.
kalau saya nak masuk pertandingan cerpen ni,
boleh hantar melalui e-mel je tak ?
Waalaikumusalam dik Shamimi,
Boleh saja rasanya sebab kalau dilihat pada syaratnya, boleh. Atau untuk kepastian, adik boleh emel saja kepada pihak mereka.
Selamat berkarya! ^___^
assalamualaikum wbt,,kak,,pertndingn ni terbuka kpd mrka yg berumur 45 thn ke bwh la ye??
Waalaikumusalam sdri striveforbarakah,
Ya. Terbuka kepada semua penulis muda yang berumur 45 ke bawah. ^__^ Selamat berkarya ya!
assalamualaikum, saya nak tanye..
setiap karya tu bermaksud tajuk yg berbeza ye?
Waalaikumusalam, silakan bertanya.
Ya. Benar. Setiap karya bermaksud lain-lain judul/tajuknya. ^_^
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bolehkah jika seorang peserta menyertai kategori cerpen dan puisi pada masa yg sama. Soalan kedua, setiap karya harus disertakan dengan satu borang penyertaan atau setiap judul karya boleh ditulis dalam satu borang penyertaan?
Waalaikumusalam sdri Natashah,
Soalan 1 ; Peserta boleh menghantar karya lebih dari satu yakni boleh sertai kategori cerpen dan puisi tetapi layak menang hanya satu hadiah bagi setiap kategori. Sila rujuk syarat penyertaan no.3.
Soalan 2 ; Satu borang untuk lebih dari satu karya. Tak perlu banyak borang penyertaan. Borang boleh diisi dengan lebih dari satu penyertaan. Pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak sayembara tersebut.
Selamat Menulis! ^__^
assalamualaikum..sayembara penulisan di atas hanya boleh disertai oleh warganegara malaysia yg berumur 45 thun ke atas shja?..di bawah drpd umur tu tak boleh?
Waalaikumusalam sdri medulla,
Bukan 45 tahun ke atas tetapi 45 tahun ke bawah yakni yang lahir pada tahun 1966 dan tahun seterusnya...
assalamualaikum..bgaimana jika karya saya telah menang utk ptndingn peringkt sk menengah..bolehkah saya menghantar karya tsebut? stakat ini, karya tersebut hanya dpamerkan d perpustakaan sk shaja ..syukran
Waalaikumusalam,
Rasanya karya tersebut tidak boleh dipertandingkan untuk penyertaan ini. Biasanya karya yang dah memenangi hadiah, tidak sesuai untuk dipertandingkan dengan mana-mana pertandingan ( jika bersesuaian). Lainlah karya tersebut nak di antalogikan menjadi buku hasil penulis. Sdri Tanpa Nama boleh tanya pihak sayembara ini untuk keterangan lanjut sebab saya sekadar menguar-uarkan berita ini. Selamat menulis! ^_^
assalamualaikum...bgaimana dgn tema bg semua jenis penulisan..adakah trtakluk kpda tema tertentu? dan had hlaman muka surat utk stiap cerpen adakah 10 hlaman?tq..:)
Waalaikumusalam, sdri Tanpa Nama,
Tema bebas. Yang penting, pastikan tidak menyentuh isu-isu sensitif dan sebagainya. Tentang jumlah muka surat untuk sebuah cerpen itu terpulang kepada sesuatu karya. Saya juga tidak pasti. Tetapi merujuk kepada syarat di atas tidak dinyatakan had jumlah muka surat hanya cerpen sekurang-kurangnya 10 karya sahaja dinyatakan. Senang cerita, sdri boleh hasilkan cerpen dimana jumlah muka suratnya tidak terlalu pendek atau pandai, memadai dengan genre cerpen, iaitu 10 halaman ke atas.
Sekian, terima kasih.
*pembetulan,
pandai = panjang
As'kum. Dalam syarat tu sekurang-kurangnya 10 karya utk cerpen dan 30 utk puisi. Kalau hantar 1 cerpen tak boleh ke?
saya nak tanya,10 karya tu,maksudnya 10 cerpen ke?
pertandingan ni utk yg umo 45 shj..??mcm sy 28 xleh la ye..??huhu
Tanpa Nama,
Ya. 10 karya cerpen.
Cik Puan Selasih,
berumur 45 tahun ke bawah.
Sekian...
saya nk tnye, klaw puisi tu nk 30 karya... boleh x buat tema die lain2x..?? tjk pun kne lain jugak lah ye ?
Boleh saya bertanya, Anis's Territory,
Tema lain-lain boleh saja. Tidak kisah. Oh sudah semestinya judul/tajuknya mesti berbeza. Boleh buat tema sama dengan cerita yang berbeza tetapi tajuk tu janganlah sama nanti pihak pengadil keliru pula kan. Nanti penulis pun sama keliru tak tahu mana satu cerita sebab tajuknya sama. Faham bukan?
Sekian...
As salam
Nak tanye, setiap pnyertaan dapat sijil tak??
Waalaikumusalalam, Amirul Hakim.
Maaf tentang perkara itu saya tidak tahu sebab saya bukan urus setia. Saya seorang penulis, sekadar mengalakkan orang ramai menyertai pertandingan ini. Awak boleh ajukan pertanyaan kepada urus setia pertandingan ini melalui emel. Tetapi rasanya setiap penyertaan penulisan kebiasaannya ada sijil diberikan kepada peserta.
Sekian...
Waalaikumusalalam, Amirul Hakim.
Maaf tentang perkara itu saya tidak tahu sebab saya bukan urus setia. Saya seorang penulis, sekadar mengalakkan orang ramai menyertai pertandingan ini. Awak boleh ajukan pertanyaan kepada urus setia pertandingan ini melalui emel. Tetapi rasanya setiap penyertaan penulisan kebiasaannya ada sijil diberikan kepada peserta.
Sekian...
Assalamualaikum,
akak farehah...
nak tanye sikit.langkau dua baris tu macam mane?tajuk nak tulis dekat permulaan ke?
sekian...
Waalaikumusalam Aina Rosmadi,
Langau dua baris ( double spacing ) bermaksud jarak antara baris ayat. Boleh lihat pada paragprah. Tajuk tulis dahulu lepas tu klik enter sekali dan mula tulis...
Salam... kalau nak hantar cerpen, kena hantar 10buah cerpen la yea? Bukan nya sebuah cerpen je?
Wsalam, Girang,
Ya. Seperti yang sudah saya nyatakan berkali-kali. Terima kasih...
salam..klu cerpen biasanye brape mukasurat untuk satu cerpen???
slm..sy masih keliru dgn syarat yg menyatakan minimun untuk puisi ialah 30 buah puisi.Means sy perlu menulis 30 buah puisi yg berlainn untuk d hntr?? huhu.. thanx
Waalaikumusalam,
RAMAI YANG MASIH KELIRU DENGAN SYARAT 30 BUAH PUISI PERLU DIHANTAR. YA, PESERTA PERLU MENGHANTAR SEKURANG-KURANGNYA 30 BUAH PUISI YANG BERLAINAN TAJUK. TEMA BOLEH SAMA ASALKAN KESEMUA PUISI ITU TIDAK SAMA.
SEKIAN...
assalamualaikum, saye nak tanya adakah cerpen itu perlu dihantar secara email ataupun surat ke penerbitan pts?....boleh tak kalau guna tulisan tangan?
boleh tak guna tulisan tangan?
Nurin,
Waalaikumusalam, mengikut dalam syarat penulis boleh hantar sama ada melalui emel ataupun pos.
Soal guna tulisan tangan tu saya tidak pasti. Lebih baik awak bertanyakan kepada urusetia pertandingan ini.
Sekian...
semoga sentiasa ceria melalui hari2 yg akan dilalui.jika ada masaalah,mohonlah petunjuk daripada ALLAHs.w.t.
Assalamualaikum.
Saya nak tanya tentang tarikh tutup untuk cerpen, 31 julai atau 31 jan 2013 ? Terima kasih.
Assalamualaikum.
Saya nak tanya tentang tarikh tutup untuk cerpen, 31 julai atau 31 jan 2013 ? Terima kasih.
Assalamualaikum . Nak tany sikit ni, kalau yg masih bersekolah boleh join ke ? I mean , pelajar sekolah menengah. And, kalau nk buat novel tu ada tema ke ? Tq :)
As salam. Terima kasih kepada saudari yang baik hati berkongsi maklumat yang sangat berguna di blog ini. Terima kasih banyak-2.
Salam semua,
Untuk tarikh tutup cerpen dan puisi adalah pada 31 JULAI 2012. Tarikh 31 Januari 2013 tu adalah tarikh tamat untuk novel.
Sesiapa yang berumur di bawah 45 tahun boleh sertai. Tema bebas.
Sama-sama. Moga bermanfaat ya.
asaalamualaikum. tumpang tanya. saiz tulisan dan jenis tulisan, nak guna jenis apa?
Saya sudah hantar penyertaan,tapi tidak smpai surat yg penyertaan saya sudah dtrima atau tidak..bgaimana saya hendak menghubungi pihak yg berkenaan..kwn saya ada smpai surat yg menyatakan penyertaan die sudah dtrima..tetapi saya tidak dpt ape2..
Assalamualaikum kak.Kak,pertandingan ni boleh disertai oleh kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah tak?
saya nk tanya.,bilakah lagi pertandingan ini akan diadakan
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )