-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
05 November 2011
CERPEN
Cerpen
SEMURNI KUIH RAYA
Oleh : Nurul Farehah Jaamad
http://nurul-farehah.blogspot.com
“Cepat benar masa berlalu sekarang. Lagi berapa bulan saja kita akan berpuasa,” sampuk Zainab, ibu kepada enam orang anak.
Sudah kebiasaan sebelum ketibaan bulan Ramadhan yang mulia lagi, mereka akan sibuk membuat kuih raya. Kuih raya untuk anak-anak yatim. Nawaitu mereka adalah ingin menolong meringankan penderitaan yang dialami oleh anak-anak yatim itu. Sebak hati Jemilah dan kawan-kawannya tatkala melihat satu persatu wajah anak-anak yatim.
Rumah Jemilah menjadi tempat untuk menjalankan program kecil-kecilan mereka. Usai bahan-bahan diadun dengan sempurna, disusunnya cup cawan berwarna-warni di dalam beberapa dulang. Ditaburnya pula manisan berbentuk hati di atasnya. Dipindahkan pula kuih itu ke dalam loyang sebelum dimasak.
“Kuih ni dah masak. Sofi angkat ya, mak?” soal Sofia apabila matanya terbeliak melihat kuih di dalam ketuhar itu sudah kekuningan warnanya.
Jemilah hanya mengangguk. Dengan teliti dia memasukkan ketulan-ketulan kecil yang sudah dibulatkan ke dalam cup cawan berwarna putih itu.
“Hati-hati, Sofi. Panas tu,” pesan Jemilah. Bimbang sungguh hatinya melihat anak gadisnya itu mengeluarkan kuih raya itu dari ketuhar.
Sofia, calon SPM pada tahun ini tidak sedikitpun mengeluh tatkala disuruh ibunya menolong di dapur. Nawaitunya persis nawaitu milik ibunya. Sesudah kuih raya itu sejuk, dia memasukkannya ke dalam bekas. Dibukanya penutup bekas yang berwarna merah itu, lalu dimasukkan satu demi satu kuih tersebut. Dia harus teliti memasukkan kuih itu.Terdapat 100 kuih raya yang perlu ada di dalam setiap bekas.
Memang sudah menjadi tugas Sofia membalut pelekat di sekeliling bekas agar ianya kedap udara. Cara ini dapat memastikan kuih dapat disimpan lebih lama lagi. Mereka beramai-ramai membuat kuih raya untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.
“Tentu mereka suka melihat kuih raya yang berwarna-warni ini,” kata Jemilah, selaku ahli jawatankuasa program kecil-kecilan itu.
“Kasihan budak-budak tu. Kecil lagi sudah terima nasib sebegitu,” kata Zainab pula.
“Betul kata kamu tu, Zai. Mereka mengharapkan bantuan daripada kita. Kita harus bantu mereka. Kalau bukan kita siapa lagi?” Zainab menambah.
“Sofi bersyukur kerana masih ada ayah dan mak.,” sampuk Sofia seraya bingkas bangun melihat kuih di dalam ketuhar itu. Dia tidak mahu perkara sama berulang lagi. Kuih raya itu tidak boleh hangus buat kali ketiga. Dia tidak sanggup menerima leteran daripada ibunya akan kecuaianya membuat sesuatu pekerjaan.
Kesungguhan Jemilah sentiasa memberi semangat kepada beberapa orang kawannya. Zainab, Kalsom dan Habibah adalah antara temannya yang paling setia membuat kuih raya selain anaknya, Sofia. Mereka sanggup tidur lewat demi menyiapkan kuih raya itu.
“Kita kena beli cup cawan ni lagi. Nampaknya sudah kehabisan,” kata Habibah.
“Bekas kuih pun dah habis,” tambah Kalsom pula.
“Tak mengapa. Kita beli esok saja,” cadang Jemilah.
“Lagipun esok kita akan jalankan pungutan derma. Moleklah kita beli sekali bahan-bahan yang telah habis. Macam mana?” cadang Zainab pula.
“Kenapa datang rumah orang pagi-pagi buta ni?” marah Salmah.
“Kami datang mahu meminta derma untuk anak-anak yatim,” kata Zainab.
“Tak ada duit. Suami saya belum dapat gaji lagi. Lagipun kalian seperti memaksa saya menderma,” kata Salmah.
“Kami tidak memaksa. Dahulu kami meminta sumbangan seperti baju, kasut dan langsir yang tidak digunakan untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim. Baru hari ini kami meminta sumbangan berupa wang,” terang Jemilah.
“Sedikitpun kamu tidak beri sumbang untuk mereka,” sampuk Habibah.
“Tak ada duit, faham?!” tengking Salmah.
Kalsom panas hati. “Kamu ni memang tak ada budi bahasa langsung!”
“Jadi kamu kata saya ini orang yang biadap?” fikir Salmah.
Ingin saja Kalsom memberi satu tamparan kepada Salmah ketika itu. Mentanglah rumahnya lebih besar, lebih kaya dan lebih hidup senang daripada orang lain, dia mahu tunjuk sombongnya pula. Mujurlah kesabaran Kalsom masih ada di dalam lubuk hatinya.
“Mendermalah walau berapa sen sekalipun. Kami mahu kita sama-sama dapat pahala,” kata Jemilah.
Zainab setia memegang tabung itu. Memang dia sudah tidak larat lagi hendak berkomunikasi dengan Salmah. Pernah dulu dia mengajak Salmah mengikut program kecil-kecilan mereka, tetapi ditolaknya mentah-mentah. Katanya, hanya membuang masa dan tenaga. Hancur sungguh hatinya apabila mendengar kata-kata yang sungguh mengecewakan.
“Kami tidak pernah sedikitpun menggunakan warga derma ini. Wang ini kami guna untuk membeli bahan-bahan membuat kuih raya untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim. Wang ini duit hasil derma orang kampung. Kalau orang kampung tidak mampu menderma tenaga, mereka derma wang sahaja. Kami berusaha membuat kuih raya. Kita sama-sama dapat pahala,” terang jemilah panjang lebar.
“Mendermalah dengan ikhlas, Salmah,” kata Kalsom.
Satu jelingan tajam dilemparkan kepada Kalsom. Salmah memang geram benar dengan Kalsom. Kalsom pernah mengajak anak-anak muda di kampung itu menyertai program tersebut termasuklah anaknya. Amukkannya kerana marahkan tindakan Kalsom itu masih terbayang dalam mata Kalsom. Sungguh begitu, sudah lama Kalsom memaafkannya.
Kalsom membuka langkah meninggalkan halaman rumah Salmah. Jemilah, Zainab dan Habibah kaku melihat Kalsom berlalu pergi.
“Kami pergi dulu. Terima kasih banyak, Salmah,” ucap Jemilah seraya melangkah keluar dari situ.
“Tak usahlah berterima kasih. Bukan saya menderma pun,” perli Salmah. Sebuah senyuman terukir pada wajahnya. Kali ini berjaya juga dia mengusir mereka dengan alasannya yang tersendiri. Fikirnya, leganya tentu akan berpanjang kerana dia jamin selepas ini mereka tidak akan berani datang ke rumahnya lagi.
“Tengoklah nanti. Kalian akan datang sini untuk meminta maaf kepadaku atas bicaramu yang kesat itu,” fikir Salmah.
“Semua dah angkat?” soal Jemilah kepada Zainab merangkap penolongnya.
“Sudah. Nampaknya kita boleh bertolak sekarang,” cadang Zainab.
Jemilah dan kawan-kawannya bertolak ke rumah anak-anak yatim. Disusunnya bekas kuih raya itu dengan teliti di dalam bonet van. Agihan diberikan seadil-adilnya. Senyuman mereka sudah cukup membuatkan Jemilah dan kawan-kawan berasa gembira dan puas hati.
“Kita bergerak sekarang, Kassim,” arah Jemilah. Mujurlah Kassim dengan rela hati ingin membawa mereka ke rumah anak-anak yatim. Memang setiap tahun dialah yang menjadi pemandu kepada mereka. Membeli bahan-bahan membuat kuih juga sudah menjadi kelazimannya untuk turut sama membantu anak-anak yatim. Benarlah kata Jemilah, menderma ada banyak caranya bukan dengan hanya wang ringgit sahaja.
Jemilah terkejut mendengar perkhabaran daripada Kalsom yang menyatakan bahawa suami Salmah telah meninggal dunia akibat kemalangan. Dia difahamkan, suaminya tergesa-gesa hendak pergi ke kedai untuk membeli baju raya atas desakan Salmah. Mujurlah Salmah dan anak-anaknya dapat diselamatkan.
Jemilah dan kawan-kawannya bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Ini dugaan di akhir bulan Ramadhan.
“Maaf kalau kedatangan kami menganggu kamu. Kami datang ingin mengucapkan takziah kepada kamu. Ambillah wang derma daripada orang kampung dan juga kuih raya daripada kami. Kami harap kamu dapat bersabar,” ucap Jemilah.
Empat pasang mata, Jemilah, Zainab, Kalsom dan Habibah menyaksikan air mata Salmah mengalir deras. Matanya kelihatan membengkak. Bebola matanya kemerah-merahan. Wajahnya pucat lesi. Perlahan-lahan Salmah menghulur tangan.
“Terima kasih semua atas pemberian ini,” ucap Salmah. Ada gigilan kekesalan pada telapak tangannya. Salmah menanggis teresak-esak.
(Disiarkan dalam Mingguan Warta Perdana, 18 September 2011 )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)










0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )