Jawatan : Guru Tadika
Tempoh : Tetap
Kelulusan : SPM dan ke atas
Gaji sementara : RM600++
Kemudahan : Tempat tinggal percuma, makanan disediakan, dan dll.
Saya menerima satu panggilan telefon dari pemilik Tadika di johor yang memerlukan Guru Tadika dengan segera. Saya dimaklumkan bahawa Tadika itu memerlukan Guru secepat mungkin kerana kekurangan Guru. Hati saya gembira apabila mendengar berita itu. Soal gaji saya tidak berapa kisah asalkan saya dapat bersama-sama dengan kanak-kanak kerana saya begitu suka dengan mereka.
Ketika saya menjawab panggilan itu, saya sedang bersiap-siap untuk mengambil ibu ditempat kerja. Balik saja dari mengangkat ibu, langsung saya beritahu.
"Fa dapat tawaran kerja sebagai Guru Tadika," ujar saya dengan nada selembut mungkin.
"Di mana?" tanya ibu,pendek.
"Di johor," jawab saya,pantas.
"Hendak pergi?"
Ibu serius.
"Kalau ibu benarkan Fa akan pergi," jawab saya.
"Jauh. Ibu bimbang kalau Fa duduk jauh-jauh. Kalau dekat Melaka bolehlah. Habis nanti siapa hendak angkat ibu balik kerja..." ujar ibu sambil duduk di kerusi di ruang tamu. Ibu kelihatan sungguh keletihan.
"Aku tidak patut memberitahu ibu di saat-saat begini kerana ibu tentu penat. Tetapi aku sudah terlanjur memberitahunya," fikir saya di dalam hati.
"Baiklah ibu. Fa ikut ibu saja," jawab saya.
Ibu bangun dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
[ Ya Allah, berikanlah aku rezeki di Melaka ini ]
Itulah doa saya selama ini sejak ayah tiada. Saya tahu Ayah akan mendoakan kesejahteraan kami di sini. Begitu juga dengan kami yang tidak pernah melupakan Ayah. Dengan perasaan yang sangat reda, saya menghubungi pihak Tadika itu dan memberitahu bahawa saya terpaksa menolak tawaran itu atas alasan masalah keluarga.
Pesanan untuk bakal murid yang hampir jadi : Belajar rajin-tajin ya! Jadi insan yang berguna.
Nampaknya bukan rezeki saya. Saya juga bimbang keseorangan di sana. Saya cepat rindukan keluarga dan kampung halaman. Saya memang tidak boleh duduk lama di tempat yang jauh dari kebiasaan saya. Semoga Allah S.W.T mendengar doa saya itu. Amin...
2 Idea Kreatif:
salam hai effa xapalh maybe rezeki effa ada cma lmbt sikit aje yele effa sahaja yg ibu effa ada dia risaukn effa dan betul jg sapa nk ambil ibu effa balik koje huhuu. sabar ok org yang sabar xkan rugi. itulah tajuk tazkirah akk hari ni dlm blog akk hehe
wsalam akak,,,hehe...tajuk tazkirah ye...tulah mungkin itu yang terbaik untuk effa...terima kasih atas nasihat itu.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )