Siapa yang tidak berasa gembira apabila manuskrip diterima setelah penat menaip, tidak tidur malam dan memerah idea untuk menulis.Begitulah yang saya rasakan apabila manuskrip saya diterima.Alhamdulillah, siap juga manuskrip kanak-kanak (Tentang haiwan teladan) saya. Selepas dua hari saya menghantar manuskrip itu, Pada 31 Mac 2010, saya mendapat maklum balas dari BukuPrima. Alhamdulillah manuskrip saya diterima oleh BukuPrima. Dan saya dimaklumkan bahawa mereka sedang membuat ilutrasi dan kulit hadapan terhadap manuskrip saya itu. Saya difahamkan BukuPrima mengambil tempoh 6-8 bulan untuk menilai manuskrip penulis. Tetapi apa yang saya alami, BukuPrima begitu cepat memberi maklumbalas. Itu sesuatu yang baik. Mungkin kerana saya suka bertanya.
Setelah beberapa bulan saya menunggunya, Kak Filza menghantar emel kepada saya supaya membuat lagi cerita kanak-kanak tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan pula. Wah! rezeki saya bertambah banyak. Saya berasa sangat bertuah apabila dipelawa begitu.Inilah emel yang saya terima darinya :
Salam Farehah…
Akak sihat Alhamdulillah. Farehah apa khabar? Akak harap Farehah sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya.
Farehah, akak sudahpun menilai manuskrip kamu dan akak merasakan ianya sesuai untuk diterbitkan.
Mengenai bahasa, akak tiada masalah kerana penggunaan bahasa yang baik dan penceritaan yang mudah difahami oleh kanak2.
Terima kasih kerana bertanya ya. Saya sokong bukuprima juga! (hehehe…)
filza@nine
Semoga manuskrip saya itu selamat diterbitkan. Insyaallah.
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )