SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua. Sudah lama saya tidak mengkemaskini blog saya ini. Maaf ya! Saya sibuk dengan menulis saja sehingga tidak sempat hendak mengemaskini blog saya ini. Bagaimana dengan puasa kalian? Baik-baik saja,bukan? Baiklah saya tidak mahu membuang masa lagi. Nah! Sudilah dengar pengalaman saya sewaktu menghadiri BENGKEL PENULISAN KREATIF. Banyak ilmu yang telah saya pelajari.
Bengkel : BENGKEL PENULISAN KREATIF
Tempat : Perpustakam Awam, Melaka.
Tarikh : 2 0gos 2008
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Penulis Hebat : PROF MADYA DR.LIM SWEE TIN & PROF RAHMAN SHAARI
Bengkel itu bermula dengan majlis berdoa. Selesai sahaja berdoa, sesi suai kenal PROF MADYA DR.LIM SWEE TIN. Beliau sangat "Sporting". Beliau suka tersenyum. Peserta yang hadir diberi satu kertas kerja milik penulis hebat ini. Di dalam lertas kerja itu mempunyai pelbagai ilmu tentang penulisan. Sungguh menabjukkan! Jom Baca ;
SLOT : PROF MADYA DR.LIM SWEE TIN
"ANTARA KREATIVITI, CABARAN DAN SUMBANGAN KEPADA DUNIA KESUSASTERAAN"
PENDAHULUAN :
- Kesusasteraan itu apa?
- Pengarang itu siapa?
- Mengarang itu bagaimana?
KESEDIAAN MENTAL :
- Memahami hakikat sensitiviti, persepsi dan kreativiti
- Mendalami ilmu mengarang
- Menggilap kreativiti
- Terjun ke lautan karya
- Menjadi Pengarang yang siap! ( Lengkap )
KETERAMPILAN BAKAT :
- Minat
- Bakat
- Kecenderungan
- Pilihan
IDEA DALAM PENULISAN :
Idea : Bagaimanakah menguruskannya?
- Idea dikutip daripada pelbagai sumber. Proses mengutip dan menyaring idea itu penting. Kita kutip dahulu idea, daripada :
- Pengalaman diri
- Pengalaman orang lain
- Masyarakat
- Pembacaan melalui tontonan
- Alam
- Agama dan ketuhanan
- Jika diperincikan lagi, idea meliputi :
suka duka
kasih sayang
cinta
pengembaraan
pertembungan
konsep-konsep prinsip
lagenda
alam sekeliling
moral
kenangan
sejarah
harapan dan impian
perjalanan
kehidupan
kisah, dongeng dan epik
tafsiran-tafsiran
politik dan patriotisme
agama
persahabatan
budaya dan kesenian
pandangan dan keyakinan
pelayaran
kemanusiaan
mitos
sains dan teknologi
kritikan dan unsur satira
ketuhanan humor
BAGAIMANA MEMPEROLEHI IDEA ?
- Diri Sendiri
- Di luar diri
- Masyarakat sekeliling
- Alam
- Keagamaan
- Peristiwa, sejarah, renungan ( ilham )
- Bacaan, tontonan filem / drama dan lain-lain
PROSES PENGERAMAN DAN PENYARINGAN IDEA
dikumpul
disimpan
ditapis , dianalisis
diperam, dimatangkan
didiskusi, dibincangkan
dijanakan dalam minda
ETIKA KEPENGARANGAN :
- Pengarang yang berketerampilan
- Peniruan, penyesuian, plagiat ( ciplakan )
- Keperibadian unggul
KESIMPULAN DAN PENUTUP :
- Setiap orang menyukai keindahan.
- Jika keindahan boleh didapati daripada karya kesusasteraan, mereka tentulah akan menyukai karya sastera.
- Kita boleh menghasilkan karya yang bukan sahaja indah tetapi juga dapat meninggalkan kesan yang baik kepada pembaca.
- Proses mencipta karya dan selanjutnya untuk menjadi pengarang dalam erti kata yang sebenar-benarnya merupakan satu proses yang panjang. Anda perlu tekun dan tidak mudah berputus asa. Pembacaan pula hendaklah luas. Jika sudah mula berkarya, janganlah berhenti. Selain itu, berusahalah mempertingkat mutu karya anda ke tahap yang lebih tinggi sehingga anda benar-benar merasakan ianya bermutu dan dapay diterima baik oleh masyarakat pembaca.
SLOT : PROF RAHMAN SHAARI
"STAIL, PENGISIAN DAN KESUNGGUHAN DALAM PENULISAN KARYA KREATIF"
ISI, GAYA BAHASA DAN KESUNGGUHAN :
Isi karya bukanlah satu masalah besar bagi pengarang. Dikatakan demikian, kerana isi dapat diperoleh dari perkelilingan. Ambillah kejadia, percakapan, pemandangan dan lain-lain, dijadikan isi karya. Pengarang ialah perakam itu semua.
Walaupun pengarnag ialah perakam, berbeza daripada pengguna pita rakaman, perakam menggunakan bahasa memungkinkan makna yang jauh. Sering disebutkan, makna karya sastera adalah berlapis -lapis. Anjakan makna berlaku tidak hanya kerana makna karya itu berlapis-lapis, tetapi lebih-lebih lagi kerana bahasa dalam karya sastera memang berpotensi untuk menganjakkan makna.
Seseorang yang tahu tenta psikologi, akan menghasilkan karya yang memuatkan pelbagai kemungkinan reaksi watak ( protagonis ) apabila watak lain ( antagonis ) menghadapinya. Katakan Muzafar dipukul oleh Salleh. Secara umumnya, mungkin Muzafar akan membalas pukulannya. Secara umunya juga, Muzafar mungkin mengalah, menoleh ke lain dan menanggis. Namun, mugkin lebih menarik jika Muzafar berkata, "Pukullah lagi. Dah lama saya tak dipukul begini!"
Jika seseorang isteri hamil, suami secara umunya akan gembira. Namun, ada juga suami yang resah kerana pendapatannnya tidak cukup untuk memelihara anak yang bakal lahir. Selain itu, jika isteri hamil, dan anak di dalam kandungan bukan anak suaminya, apakah perasaan suaminya? Secara umum, suami itu akan meradang, menendang dinding rumah, misalnya. Tetapi, bagaimanakah suami boleg tahu bahawa anak di dalam kandungan isteri itu bukan anaknya?
Drama " Malam Jahanam" karya Motinggo Boesje, yang dihasilkan dalam tahun 1962, mengisahkan seorang isteri yang hamil setelah ditiduri teman lelakinya. Suaminya tahu, tetapi lain daripada kebanyakan suami, suami itu gembira berlebih-lebihan. Si suami itu mahu menunjukkan kehebatannya kepada orang kampung bahawa dia berupaya menjadi bapa.
Yang jelas disini, perlakuan dan kejadian dalam sesebuah karya fiksyen tidak sentiasa meyamai tanggapan umum. Jika kita hairan mendengar seseorang menyatakan fikiran tertentu, itu adalah kerana cara berfikir kita langsung tidak menyamai cara berfikirnya. Si suami dalam " Malam Jahanam " memerlukan penerimaan orang kampung bahawa dia lelaki yang sempurna. Dia mengetepikan perasaan kecewa setelah isterinya bersikap curang terhadapnya. Dia sendiri tidak mampu.
Novel remaja dan novel realisme yang dikarang secara lurus, mudah dibaca dan pembaca menggemarinya. Novel yang memuatkan percubaan dan gaya baru agak sukar difahami pembaca, tetapi pembaca akan menghayatinya setelah tahu kaedah membacanya. Jika pembaca menggemari karya jenis percubaan ( writerly ),pembaca adalah tergolong dalam golongan intelek yang menyukai cabaran. Peminat karya lurus ( readerly ) mungkin terdiri daripada orang muda yang menyukai hiburan.
Dari sudut isi, karya yang lurus memuatkan isi biasa yang diatur menjadi kisah seperti yang dianjurkan oleh E.M.Forster peristiwa membina cerita, manakala sebab dan akibat membina kita membaca novel Olenka karya Budi Darma, kita dapati prinsip penciptaannya berasaskan tanggapan terhadap perkelilingan.
Pembaca yang teliti selalu menyedari adanya kelainan di antara karya seorang pengarang dengan karya pengarang yang lain. Sebagai contoh dalam bidang esei, kita dapati tulisan A ( Affandi ) dicirikan oleh perbandingan dari jenis simile, manakala tulisan B ( Baharuddin ) agak banyak menggunakan metafora . Dalam bidang puisi pula, kita dapati sajak-sajak C ( Siti ) banyak menggunakan kata-kata indah, manakala sajak-sajak D ( Dharma ) agak kaya dengan bunga bahasa. Ada pengarang yang suka meyelitkan kata-kata Inggeris, manakala pengarang lain mengunakan kata-kata dari bahada Arab di tempat-tempat yang dirasakan selesa. Demikianlah tanggapan sepintas lalu karya-karya yang menyerlahkan beberapa unsur gaya.
Gaya Bahasa terhasil daripada pilihan. Jika seseorang penulis tidak memilih cara meyampaikan fikirannya, maka karyannya tidak bergaya. Keadaan memilih ini sebenarnya tidak berlaku. Mustahil seseorang itu menulis tanpa kaedah. Untuk menghasilkan sebuah kenyataan biasa pun ayat-ayat transformasi digunakan, inikan pula dalam penulisan lain yang lebih kreatif.
Daripada kenyataan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa setiap penulis memiliki gaya. Dalam beberapa tulisan, Mohd Affandi Hassan membezakan gaya daripada style. Beliau melihat style menyatu dengan ilmu. Beliau menyarankan style sebagai epistemic choice. Dalam perbicaraan kita ini style dan gaya adalah semakna ( dengan definisi tertentu), iaitu pemilihan kata dan cara menggunakannya untuk mendapatkan kesan tertentu
Sikap seseorang terhadap gaya mungkin berbeza, tetai konsep gaya tetap sama. Manusia memiliki keupayaan menerbitkan ayat-ayat yang tidak terpemenai banyaknya kerana adanya competence. Manusia yang sudah mahir berbahasa mempunyai keupayaan bersastera ( tidak semua ). Maksud sastera ialah mengucapkan bahasa dengan gaya yang berkesan.
Bahasa itu pakaian fikiran, manakala gaya adalah fesyen pakaian itu. Ketahuilah, hanya gaya yang tinggi sahaja yang dapat mengemukakan ilmu secara berkesan ( pendapat sesetengah ). Dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, kita dapati tulisan-tulisan Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan gaya yang tinggi. Belua terkenal dengan huraian puisi Hamzah Fansuri, iaitu pelopor genre syair yang juga menggunakan gaya yang tinggi.
Gaya yang tinggi bukanlah suatu istilah, tetapi suatu pengelompokan. Apabila kita menghuraikan gaya puisi beliau sendiri, misalnya, kita tidak dapat lari daripada menyebut unsur rima, perbandingan, kata-kata indah dan seumpamanya. Perhatikan rangkap ke-15 sajak "Mufti Menghadap Muhammad " karya tokoh ini :
Sungguh cetek cawan kat cerca
Dalamnya karam segala mara
Hiruplah lekas Mufti Perdana
Sebelum maut menyangkal daya
Kitab kautimbun konon dibaca
Fikah dan usul, tauhid belaka
Makam makrifat belum kau tiba
Ibarat lagi engkau yang raba!
Keldai memilul beban cendana
Pinggangnya bengkok ditindih lama
Harum cendana hidung tak sangka
Kita dapati, rima "a" menguasai keseluruhan rangkap di atas. Contoh perbandingan ialah "Ibarat kisah ulangan purba/ keldai memikul beban cendana/...". Kata "cendana" itu sendiri adalah contoh kata yang indah. Unsur gaya yang lain ialah metafora iaitu "karam segala mara" dan personafikasi iaitu "maut menyangkal daya".
Istilah-istilah yang telah digunakan untuk membicarakan karya beliau, dapat juga digunakan untuk membicarakan karya-karya penulis yang baru mencuba-cuba. Ini tidak bererti kedudukan karya-karya itu sama tingkatnya. Unsur gaya yang sama tidak meletakkan keseluruhan karya pada tempat yang sama.
Sesebuah karya tidak mungkin menjadi besar hanya kerana gaya. Keterbalikan daripada itu, karya yang memuatkan isi-isi penting dan utama juga tidak diterima baik jika gayanya tidak menarik. Untuk menghuraikan hal di atas, titik tolak gaya perlu disoroti.
Seseorang yang mempunyai fikiran yang besar tidak akan berhasil mengemukakan fikiran besarnya itu dengan gaya yang lembap. Karya-karya yang memuatkan fikiran itu hendaklah disajikan dengan bahasa yang baik dan menyatu, dan tidak dapat kita asingkan.
Dalam hal di atas, pernah dibahaskan dengan panjang lebar tentang kedudukan fikiran dua bahasa, yang manakah yang terdahulu? Ada yang mengatakan bahasa mendahului fikiran, dan ada pula yang menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun perbahasan tentang hal di atas tidak akan dilanjutkan di sini.
Apabila penulis pinggiran ingin mengemukakan fikiran dalam bentul sajak, selalunya di akan berusaha memberikan dekorasi kepada fikirannya itu. Dekorasi yang diberikannya mungkin keterlaluan sehingga kita tidak dapay melihat kesatuan fikiran dengan penyampaian. Apatah lagi jika ida menganggap kesemua itu hanya retorika.
Jika dia berbicara tentang bangsa atau negaranya, bahasa yang berbunga-bunga itu gagal mencapai tingkat falsafah untuk melukiskan sifat khusus bangsa dan negaranya. Yang muncul ialah seruan yang besar dan dombastic, sedangkan isinya tidak dipercayai.Oleh itu, tanggapan tentang karangannya tidak tiba ke tahap keilmuan. Yang dapat tiba hanyalah sifat luarannya sahaja.
Keadaan di atas kerap ditemukan kesuasteraan kita. ( Saya sebut kesusasteraan untuk mewakili bidang-bidang lain. Kita tidak mempunyai istilah khusus untuk membicarakan karya-karya pinggiran dan membezakannya daripada karya-karya yang terkemuka. Bahkan, istilah homoioteleuton yang sesuai untuk mantera simple ( contoh : "tidak datang dimakan binatang"), atau baris pantun ( contoh : "tetak buluh panjang sepuluh"), dapat juga dipadankan dnegan baris sajak Muhammad Haji Salleh yang memuatkan fikiran tinggi ( contoh : "jarak jasmani yang kutempah ini"). Melihat pada keadaan demikian, maka pembicara karya harus lebih sedar bahawa aspek gaya dalam karya sastera tidak semestinya menjadi petanda ketinggian mutu karya itu. Sajak-sajak Rejab F.I yang penuh gaya todak pernah mencapai tingkat estetika yang memuaskan kerana ringannya pemikiran,
Lihatlah unsur gaya dalam contoh di bawah ini :
Kita akan kembali lagi
dalam kenangan yang merindukan
segugus neraca kehidupan
dari keharuman syurga
dalam pelayaran ini
antara ombak-ombak menerjah pantai
Kita dapat memastikan dengan mudah bahawa beliau tidak menghidupkan "neraca" dalam fikirannya, sehingga tersasul menyebutkan "segugus neraca". Beliau juga tidak membayangkan kepada ombak yang menerjah pantai. Tidak difikirkannya dengan halus bahawa jika ombak dapat dilihat menerjah pantai, ornag itu belum belayar!
Pembicaraan tentang gaya sesebuah karya hanya sah untuk karya itu sahaja. Walaupun karya lain menggunakan unsur karya yang sama, keunggulannya berbeza. Oleh iu, dapat dikatakan bahawa adalah lebih mudah menanggapi tatabahasa daripada menanggapi gaya bahasa. Hal ini akan diperjelaskan.
Tatabahasa adalah peraturan yang dirumuskan untuk mengawal bentuk dan sistem bahasa. Ada dua tujuan utama ahli-ahli tatabahasa melaksanakan tugas mereka, iaitu memaparkan stuktur bahasa dan mengekalkan stuktur itu. Ahli-ahli tatabahasa membina rumus-rumus tatabahasa untuk melaksanankan hasrat tersebut. Pelajar-pelajar bahasa memperlajari dua kemahiran habis daripada rumus-rumus itu, iaitu kemahiran memperkatakan bahasa dan kemahiran menggunakan bahasa.
Menanggapu tatabahasa agak mudah kerana hukum-hukum tatabahasa lebih rigid dan contoh setiap peraturan dapat diturunkan dengan banyaknya. Ini tidak bererti ilmu tatabahasa itu mudah. Yang dimaksudkan ialah peraturan-peraturan tataabahasa itu kelihatan sudah pasti, berbanding dengan hujah-hujah gaya bahasa yang amat terbuka untuk maksuh kreativiti. Misalnya, mengunakan kata-kata dan baris-baris biasa. Sebagai contoh, baris Muhammad Haji Salleh, "keberanian intelektual itu / lebih payah dari keberanian jasmani", dianggap oleh Mohd,. Affandi Hassan sebagai garis yang cukup bermutu ( Mingguan Malaysia, 21 Oktober 1973 ). Tentulah sukar untuk sesiapa mempertahankan anggapan di atas dengan hanya menunjukkan keistimewaan pemilihan dan penyusunan kata. Keistimewaan baris-baris Muhammad Haji Salleh itu berasal dari dalam, dan mengkaji gaya harus kreatif untuk melihat baris-baris itu dibina dalam kesatuan. Dengan itu, jelaslah bahawa menanggapi gaya lebih sukar daripada menanggapi tatabahasa.
Walau bagaimanapun, sebagai kesimpulannya, gaya bahasa adalah bidang yang melengkapi tatabahasa. Gaya bahasa tidak mungkin terdiri sendiri, walau sejauh mana sekalipun seseorang itu ingin bergaya. Seorang pengguna bahasa mesti tunduk pada peraturan tatabahasa, sebelum dia memperkembang kreativiti untuk bergaya.
Otman Puteh pernah menyebutkan yang menentukan karya boleh tercipta ialah kita menulis. Dalam perbicaraan di atas, isi dan gaya bahasa telah diperjelaskan, tetapi akan terhasilkah karya"? Karya hanya akan muncul setelah kita menghasilkannya.
Agak kelakar saranan Otman Puteh itu. Memanglah karya tidak muncul jika kita tidak menghasilkannya. Namun makna yang mahu disampaikan oleh beliau adalah penting. Kita mesti bersungguh-sungguh menulisnya, bukan sekadar berkata : Saya akan menulis!
Novel Pernikahan di Lubuk Hantu saya tulis dalam rangka pertandingan. Pertandingan itu ialah antara saya dengan adik angkat saya. Adik angkat saya itu selalu meyampaikan berita bahawa penulisannya sudah agak maju, dan saya pun melajukan kerja saya. Pertandingan itu menjadi penting bagi saya, tetapi rupa-rupanya adik angkat saya tidak menyiapkan karyannya. Jadi saya menag kerana novel saya siap.
Pertandingan itu tidak berakhir dengan hadiah kepada yang menang. Apabila saya siap menhasilkan karya saya, Pekan Ilmu menerbitkannya. Itulah hadiah untuk saya. Saya berharap adik angkat saya itu akan berjaya menyiapkannya juga.
Ada dalam pertandingan yang tidak rasmi itu, kami memilih tema yang kira-kira sama atau, dengan kata lain, kami bertolak daripada drive yang sama. Dalam karya itu ada kisah perhubungan kasih sayang antara empat watak penting. Antara keempat-empat itu, pastilah ada watak yang akan muncul sebagai watak yang lebih penting iaitu watak utama.Watak perlu berinteraksi, jadi watak-watak lain muncul untuk memenuhi hasrat berinteraksi itu.
Nota : Setakat ini dahulu saya berkongsi pengalaman dan ilmu kepada anda. Semoga dengan ilmu dapat dapat membantu anda serba sedikit dan memanfaatkan. Alhamdulillah...:)
1 Idea Kreatif:
Admin,
Tolong jangan guna warna seperti diatas untuk sebarang penulisan.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )