Saya lebih suka membentukkan watak-watak terutamanya ‘watak utama’ kerana saya merasakan ianya sangat penting dalam sesuatu karya. Mulakan dengan mereka watak utama terlebih dahulu ;
Tentukan ;
1. Jantina.
2. Umur ( Rasanya ada lebih baik kita letak umur yang pernah kita lalui supaya dapat “Feeling’ yang bagus. Betul tak? ^___^ )
3. Rupa paras watak ( warna kulit, tinggi, bentuk badan, pakaian atau dalan erti kata lain jadikan watak ini benar-benar hidup dalam diri penulis)
4. Ahli keluarganya .
5. Tempat tinggal.
6. Hobi.
7. Kenangan manis/ pahit.
8. Segala maklumat mengenai diri watak itu..
*Begitulah seterusnya…
Saya akui, untuk novel sulung saya, ‘Pengawas Sekolah’ saya lebih suka membuat colum sebegini walaupun ianya terlalu leceh dan membuang masa ;
WATAK :
Nama watak
Umur
Perwatakan
Peranan
Jenis watak
Contohnya :
WATAK |
Nama Watak | Umur | Perwatakan | Peranan | Jenis Watak |
Rayyan |
15 Tahun | - Berani - Suka Mengusik - Gila Kuasa - Penyibuk - Cepat naik angin | -Kawan kpd kwn2nya. -Menghidupkan sedikit watak nakal tetapi ada unsur pengajaran. -Mengerakkan cerita dengan sikapnya yang penyibuk itu. ( Ingin tahu ) | Watak Utama |
LATAR TEMPAT dan PERISTIWA
Bilik Mesyuarat = Tempat Pengawas berkumpul
Kantin = Tempat pelajar-pelajar makan dan minum ( Rehat)
Perpustakaan = Tempat membaca buku
Garaj Basikal = Tempat letak basikal
LATAR TEMPAT @ PERISTIWA |
LATAR TEMPAT | PERISTIWA |
Bilik Mesyuarat | -Pengawas sekolah berkumpul. -Ada Pengawas yang datang lewat. -Peristiwa diberikan taklimat kepada semua Pengawas. |
Kantin | -Tempat Fikri bertugas. -Pelajar tidak letakkan pinggan di tempat yang sepatutnya. |
Perpustakaan | -Cikgu Rozali membaca surat khabar di dalam perpustakaan. -Nadhirah memulangkan buku. |
Garaj Basikal | - Tempat Nadhirah bertugas dan hampir dimarahi oleh ketuanya. |
Ini adalah serba sedikit gambaran semasa saya menulis buku ini. Saya akui ianya banyak kelemahan. Masih banyak yang perlu saya belajar dan terus belajar. Tetapi tidak salah jika saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan semua walau ada dalam kalangan mereka berasakan buku saya perlu diperbaiki lagi. Sebab itulah, saya mahu dan ingin memperlajarinya lagi dan lagi.
Saya memohon maaf jika tulisan saya ini ada cacat celanya kerana semua yang buruk itu datangnya dari saya dan yang baik tentunya dari-Nya. Sama-samalah kita menerimanya. Komen, nasihat dan cadangan anda amatlah saya hargai. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya ini. ^____^
2 Idea Kreatif:
Assalamualaikum adik... terima kasih di atas catatan nota-nota yang bermanfaat untuk akak buat rujukan ^_^
2019 dan entry ini masih memberi banyak manfaat. semoga sukses selalu
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )