Malam tadi, saya memulakan sesi mengajar Natashah. Dari jam 8.00 - 9.00 malam. Saya menyuruhnya membaca A hingga Z, tiada masalah. Cuma huruf 'B' dan 'D' membuatkan dia sedikit keliru. Tetapi, sudah saya jelaskan kepadanya. Saya mengajarnya mengeja dengan dua suku kata dahulu, pun tiada masalah. Cuma dia agak sedikit lambat apabila menyebut perkataan ' Qa'. Juga sudah saya jelaskan. Kemudian, saya mengajarnya menulis beberapa perkataan seperti, Arnab, Emak, Dadu, Bola, Ciku. Hanya satu perkataan sahaja yang salah iaitu perkataan Arnab. Natashah mengeja Anat untuk Arnab. Saya jelaskan kepadanya dan dia memahaminya. Untuk permulaan belajar, saya tidaklah terlalu memaksanya. Apa-apa pun saya akan cuba sedaya upaya untuk supaya dia boleh baca dengan lancar. Benarlah, Natashah bukan tidak kenal huruf cuma dia sedikit keliru. Memandangkan ibu Natashah bekerja, jadi saya memegang tanggungjawab ini. Semoga dengan izin Allah, saya dapat mengajarnya dengan sempurna. InsyaAllah.
-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-

PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
08 November 2010
ZAMAN REMAJA DENGAN CITA-CITA
Gambar Hiasan
Kelmarin, kakak saudara saya datang ke rumah. Ada hajat katanya. Hati saya berdebar-debar. Apa agaknya hajat yang dikatakan tadi? Lalu, saya mempelawa dia dan anaknya yang bernama Natashah, 7 tahun masuk ke dalam rumah saya. Ketika itu, saya sedang melayan anak buah saya, Muhammad Irfan Fahmi yang berumur 5 bulan. Saya leka membiarkan tetamu saya itu melayan anak buah saya. Baru saja saya hendak bangun kerana mahu hidangkan minuman, kakak saudara saya menyuruh saya duduk dan katanya dia tidak lama. Dia meminta saya mengajar anak yang dibawanya itu. Natashah ada masalah dalam mengeja dan kenal berapa kenal huruf tetapi tidaklah teruk sangat. Itu kata kakak saudara saya. Namun, saya tidak boleh berkata apa kerana saya belum menguji tahap kepandaiannya. Saya, tidaklah percaya seratus-peratus dengan kata-kata itu. Bagi saya, saya mengambil masa terlalu lama untuk menilai diri seorang. Dari situlah saya teringat zaman remaja saya dengan cita-cita.
6 tahun yang lalu
Cita-cita saya adalah menjadi seorang guru. Arwah ayah saya memang suka saya menjadi Guru. Ketika itu saya baru berusia 14 tahun. Saya memang suka main masak-masak di belakang rumah. Habis kuala kuali, senduk dan pinggan mangkuk milik emak, saya bawa ke belakang. Kalau sudah jemu bermain masak-masak, kami akan main permainan menaiki bas. Kami membayangkan buaian di rumah saya itu sebagai Bas. Kalau masih jemu juga, kami ada bermain permainan posmen. Habis surat-surat emak dan arwah ayah di laci. Saya hanya mengambil sampulnya sahaja untuk dijadikan bahan permainan kami. Permaian badminton, bola sepak, ting ting, baling tin, tembak-tembak, semuanya pernah saya sertai. Saya akui dahulu memang saya lasak. Pernah dulu saya mandi sungai. Kakak dan abang saya juga ada sekali. Memang seronok, tapi balik rumah nanti tengoklah, rotan sebesar jari ibu akan mencium anggota badan kami. Memang nakal saya ketika itu. Namun, saya pendamkan cita-cita saya diam-diam. Arwah Ayah risau lihat saya asyik bermain saja. Tapi, ketika itu, emak sudah mula mengajar saya memasak di dapur. Itu membuatkan arwah Ayah berasa sejuk sedikit.
Sejak mendengar nasihat dari arwah Ayah, saya benar-benar terkesan dengan kata-kata itu. Sedih mendengar cerita itu.
" Kena bersyukur dengan kehidupan ini. Dulu atuk dan nenek orang susah. Ayah tak ada peluang nak sambung belajar. Masa tu ayah merayu-rayu nak minta sekolah tapi terpaksa berhenti juga. Atuk bukanlah orang yang berduit. Lebih-lebih lagi adik-beradik ayah ramai-ramai. Masa tu semuanya masih kecil lagi. Sekarang, ada peluang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Jadi orang yang berguna. Jangan nanti kita menysesal tak sudah"
Esoknya, saya mengajak kawan-kawan saya main cikgu-cikgu. Sayalah cikgunya kerana masa tu saya suka membaca majalah dan mereka kata saya ada bakat jadi cikgu. Macam biasa, lokasi permainan kami di belakang rumah saya. Masa itu anak murid saya [ cewaaahhh.. ] dalam 5 orang kalau tak silap. Kalau hendak ikutkan ramai kawan-kawan saya tetapi sesetengah mereka malas bila mendengar perkataan ' Belajar'. mereka terdiri dari budak darjah 1-6 ( prasekolah pun ada ) Saya bentangkan tikar di situ untuk mereka duduk. Saya yang memakai seluar sukan dan baju Tshirt yang berwarna kelabu memulakan kelas dengan memperkenalkan diri sebagai 'Cikgu Nurul" Apa lagi semua kawan-kawan semua anak murid saya bertepuk tangan bersorakan. Saya dengan tegasnya memarahi mereka. Mereka tidak tahu yang saya sudah mula mengambil mood sebagai ' Cikgu'.
Saya mengajar mereka mengira, membaca dan mengeja. Macam-macam karenah yang terpaksa saya lalui. Saya rasa begitu rimas dengan sikap mereka. Ada sehingga hendak bergaduh kerana mahu menjawab soalan saya. Terkadang saya rasa begitu sakit hati. Saya rasa tidak dihormati. Apa lagi saya menengking dan melibas-libaskan rotan dari ranting pokok untuk menarik perhatian mereka. Pun begitu, tindakan saya memburukkan lagi keadaan apabila secebis ranting kayu itu terpatah dan terpelanting ke dalam mata salah seorang dari anak murid saya. Saya bertambah cemas. Tinggalkan saya keseorangan.
Esoknya, saya duduk seorang di bawah pangkin. Hanya 2 orang sahaja anak murid saya pada hari itu. Kata mereka yang lain tidak mahu datang kerana bosan dengan cara saya mengajar. Saya terasa kecil hati. Tetapi saya terima apa adanya. Saya tetap meneruskan pembelajaran saya kepada 2 orang anak murid saya yang masih setia dengan saya. Lokasi belajar kami pada hari itu adalah di bawah pangkin depan rumah saya. Tiba-tiba semakin ramai pula anak murid saya yang datang. Kata mereka, mereka rasa mahu menyertai kami kerana kami begitu riang dengan suara yang bersemangat mengeja perkataan. Alhamdulillah.
Ketika saya berumur, 15 tahun, saya masih tetap mengajar mereka, suatu hari ayah membelikan saya papan hita hitam bersaiz kecil supaya saya dapat mengajar mereka dengan lebih mudah. Saya mengantungnya di dinding. Lokasi belajar pada masa itu adalah di dalam rumah di ruang tamu nombor dua. Saya menulis di depan dan mereka menyalinnya di belakang. Begitulah setiap hari. Sebelum balik ke rumah masing-masing, saya akan berikan mereka latihan. Pernah suatu hari, saya membuat berita di atas kertas da di gantungkan di pintu rumah saya yang menyatakan 'Maaf. Hari ini kelas dibatalkan'
Ada yang mengeluh apabila membacanya. Banyak kali juga saya membatalkan kelas saya kerana ayah menyuruh saya menumpukan perhatian kerana PMR akan bermula tidak lama lagi. Di sebabkan saya ada peperiksaan pada tahun itu, saya terpaksa berhenti buat seketika. Saya membuat mesyuarat tentang perkara itu kepada mereka. Mereka mengeluh. Saya bercadang mahu membuat jamuan. Saya meminta 10 sen setiap seorang. Esoknya semua makanan sudah terhidang. Ada macam-macam menu yang saya sediakan untuk anak murid saya. Mereka terkejut hairan. ' Bayar seposen pun dapat makan banyak macam ni?" soal salah seorang anak murid saya. Saya, bukanlah suka meminta duit orang. Lagipun saya tahu mereka bukanlah ada duit sangat. Saya guna duit tabung untuk beli semua makanan itu. Dan saya berhenti mengajar mereka. Dalam tempih tempoh tidak mengajar mereka, saya sering risau akan mereka. tetapi, hanya doa yang rasa dapat hulurkan. Ada juga yang datang walau saya katakan kelas sudah tidak ada lagi kerana saya hendak tumpukan pada pelajaran. Melihat saja mereka berlalu pergi, saya begitu kasihan.
Terubat rindu saya untuk mengajar mereka apabila saya beumur 16 tahun. Ketika itu, saya sudah menyediakan buku rekod yang saya buka sendiri, buku belajar untuk anak-anak murid saya dan alat tulis untuk mereka. Duit saya habis untuk mereka. Tetapi saya tidak kisah. Ibu bapa mereka juga sangat menyokong saya. Saya menandang menanda latihan masing-masing dengan menggunakan pen merah [ cewaahh..sudah melawan cikgu nampak.. hehe]
Saya adakan pertandingan melukis dan mewarna. Mereka semuanya berbakat. Disebabkan ketika itu saya mengambil Pendidikan Seni di sekolah, jadi saya pun tidak keberatan hendak mengajar mereka. Mereka memberikan respon yang sangat hangat! Selesai sahaja belajar, saya akan membuat mereka hilang tension dengan bermian bermain kotak beracun. Siapa yang memegang kotak itu sebaik sahaja muzik berhenti, dialah yang terkena dan harus memilih satu kad di dalamnya dan membuat segala arahan itu.
Ketika itu saya begitu serius. Saya akan memakai baju kurung dan mengikat tocang dua di kiri dan kanan dan memakai bedak serta berwangi-wangian. Cikgu mesti nampak kemas, barulah murid-murid selesa hendak belajar. Saya menyuruh masing-masing membawa buku rekod untuk ditunjukkan kepada ibu bapa mereka. Sebaik sahaja mereka memulangkan buku rekod itu, saya menerima komen dari ibu bapa mereka yang sangat baik. Terasa bangga diri pun ada. Tetapi, niat saya hanyalah mahu mereka berjaya.
Saya merasakan menjadi seorang Guru besarlah tanggungjawabnya. Harus berdepan dengan beribu-ribu karenah. Setiap malam tidur tak lena dek memikirkan tentang murid-muridnya. Saya, serba sedikit telah merasai dugaan menjadi seorang guru walaupun saya hanya belakon menjadi seorang guru di dalam permainan zaman remaja saya itu.
Gambar Hiasan
2010
Malam tadi, saya memulakan sesi mengajar Natashah. Dari jam 8.00 - 9.00 malam. Saya menyuruhnya membaca A hingga Z, tiada masalah. Cuma huruf 'B' dan 'D' membuatkan dia sedikit keliru. Tetapi, sudah saya jelaskan kepadanya. Saya mengajarnya mengeja dengan dua suku kata dahulu, pun tiada masalah. Cuma dia agak sedikit lambat apabila menyebut perkataan ' Qa'. Juga sudah saya jelaskan. Kemudian, saya mengajarnya menulis beberapa perkataan seperti, Arnab, Emak, Dadu, Bola, Ciku. Hanya satu perkataan sahaja yang salah iaitu perkataan Arnab. Natashah mengeja Anat untuk Arnab. Saya jelaskan kepadanya dan dia memahaminya. Untuk permulaan belajar, saya tidaklah terlalu memaksanya. Apa-apa pun saya akan cuba sedaya upaya untuk supaya dia boleh baca dengan lancar. Benarlah, Natashah bukan tidak kenal huruf cuma dia sedikit keliru. Memandangkan ibu Natashah bekerja, jadi saya memegang tanggungjawab ini. Semoga dengan izin Allah, saya dapat mengajarnya dengan sempurna. InsyaAllah.
Malam tadi, saya memulakan sesi mengajar Natashah. Dari jam 8.00 - 9.00 malam. Saya menyuruhnya membaca A hingga Z, tiada masalah. Cuma huruf 'B' dan 'D' membuatkan dia sedikit keliru. Tetapi, sudah saya jelaskan kepadanya. Saya mengajarnya mengeja dengan dua suku kata dahulu, pun tiada masalah. Cuma dia agak sedikit lambat apabila menyebut perkataan ' Qa'. Juga sudah saya jelaskan. Kemudian, saya mengajarnya menulis beberapa perkataan seperti, Arnab, Emak, Dadu, Bola, Ciku. Hanya satu perkataan sahaja yang salah iaitu perkataan Arnab. Natashah mengeja Anat untuk Arnab. Saya jelaskan kepadanya dan dia memahaminya. Untuk permulaan belajar, saya tidaklah terlalu memaksanya. Apa-apa pun saya akan cuba sedaya upaya untuk supaya dia boleh baca dengan lancar. Benarlah, Natashah bukan tidak kenal huruf cuma dia sedikit keliru. Memandangkan ibu Natashah bekerja, jadi saya memegang tanggungjawab ini. Semoga dengan izin Allah, saya dapat mengajarnya dengan sempurna. InsyaAllah.
Kini, saya sedia mengajar adik saudara, anak buah dan sepupu saya. Saya tidaklah garang dalam mengajar. Mungkin sebab itulah mereka suka. Saya mengajar mereka, Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Jawi dan Bahasa Arab serta Pendidikan Islam. Saya, sedia mengajar mereka walau saya sibuk macam mana pun. Saya akan berasa puas selepas itu. Kepada ibu bapa anak murid saya yang ikhlas memberikan saya wang sebagai tanda mengajar mereka, maaf, saya tidak boleh mengambilnya kerana saya juga Ikhlas!
Salam Sayang,
NURUL FAREHAH JAAMAD
Label:
Zaman Remaja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
-
-
-
KAYO Cafe4 bulan yang lalu
-
Dari Lensa Telefon Pintar Saya - FOTOGRAFI6 bulan yang lalu
-
-
Open AI Leaks: Is a GPT 4.5 Turbo Model on the Way?Setahun yang lalu
-
Keputusan Rasmi PRN Selangor - PH Kekal di SelangorSetahun yang lalu
-
-
NISA KAY - I'm still here.3 tahun yang lalu
-
-
Legacy worth killing for “House of Gucci” - MGM3 tahun yang lalu
-
BAGAIMANAKAH WAJAH KARYA KREATIF MASA DEPAN?4 tahun yang lalu
-
-
SWAB PCR COVID-194 tahun yang lalu
-
Perfectly Halal! [Bab 21 & Bab 22]5 tahun yang lalu
-
Berita Baik 20.02.20205 tahun yang lalu
-
Jersi pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 ada Gambir Emas5 tahun yang lalu
-
-
ZIKRAYAT EPISOD 65 tahun yang lalu
-
Membuat keputusan5 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu5 tahun yang lalu
-
Kerana Dia... Kamu! (Bab 1)5 tahun yang lalu
-
Wordless Wednesday (13)5 tahun yang lalu
-
Pembukaan untuk Mengirim Makalah Pangsura tahun 20215 tahun yang lalu
-
Simpan Kenangan5 tahun yang lalu
-
Download ♠ Portrait of a Turkish Family epub by Irfan Orga5 tahun yang lalu
-
GAD5 tahun yang lalu
-
Persinggahan5 tahun yang lalu
-
SARINGAN AKHIR KATEGORI CERPEN REMAJA HSKU 20176 tahun yang lalu
-
-
SABUN HANDMADE ALEYA ANEESA6 tahun yang lalu
-
Review : Aquaman 20186 tahun yang lalu
-
PM Professional Journey6 tahun yang lalu
-
Prabowo Subianto ziarah ke makam Raja Mataran Imogiri6 tahun yang lalu
-
KUSEMAN.COM6 tahun yang lalu
-
PERADUAN KRITIK BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG 20186 tahun yang lalu
-
-
Green Supply Chain Management6 tahun yang lalu
-
Being a Fangirl (IGOT7 edition)7 tahun yang lalu
-
Menukar Paradigma Untuk Kejayaan Gemilang7 tahun yang lalu
-
-
Sebab Allah Itu Ada7 tahun yang lalu
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 tahun yang lalu
-
PTPTN : Cara Tukar Konvensional Kepada Ujrah7 tahun yang lalu
-
New Adventure Begins7 tahun yang lalu
-
TV Show Says Get Sleep Spray?7 tahun yang lalu
-
Ku sangkakan lepas.. rupanya...7 tahun yang lalu
-
Chronicle Viking Melayu - Suhuf Viking 18 tahun yang lalu
-
Jejak Jodoh Jebat [PROLOG]8 tahun yang lalu
-
Asas Bisnes: Bisnes Kecil Mindset Besar8 tahun yang lalu
-
Giveaway Planner 2017 by @papernplanner8 tahun yang lalu
-
Kenapa TV dulu-dulu takde Warna8 tahun yang lalu
-
-
Rabun8 tahun yang lalu
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna8 tahun yang lalu
-
kejar8 tahun yang lalu
-
Syawal 20168 tahun yang lalu
-
-
Pengalaman Bersalin Kali Pertama, Ziyad Rizq - Ketuban Leaking8 tahun yang lalu
-
LIL PRETZELICIOUS - ORDER DIBUKA8 tahun yang lalu
-
Kunyah Makanan hingga Lembut Bikin Langsing8 tahun yang lalu
-
Di Manakah "Selamat" Dalam "Selamat Tinggal" ?9 tahun yang lalu
-
STAR Blue cardi9 tahun yang lalu
-
K-PaP edisi Mac 20169 tahun yang lalu
-
Queen Control (versi baru) - PROLOG9 tahun yang lalu
-
Awwww~ This Korean Guy called me from Far Far Away to say…..9 tahun yang lalu
-
-
Zone 261 ()9 tahun yang lalu
-
villa di garut jawa barat9 tahun yang lalu
-
Kursus Online Bersertifikat di Indonesia9 tahun yang lalu
-
-
Seattle I9 tahun yang lalu
-
[Tutorial Thursday] Tutorial untuk buat tutorial9 tahun yang lalu
-
Window and Main Door Decoration Ideas for Cottage9 tahun yang lalu
-
-
CERPEN CIKGU MURNI9 tahun yang lalu
-
Gambar Pemandangan Menarik di UNIMAS9 tahun yang lalu
-
-
Romeo yang Hilang: Bab 2210 tahun yang lalu
-
Mengapa blog saya tiada pada carian Google?10 tahun yang lalu
-
Bantal tema 'OWL' yang sangat cute :)10 tahun yang lalu
-
-
Resipi Kek Puding Karamel Pelangi10 tahun yang lalu
-
MEMBACA SAMBIL BERAMAL...10 tahun yang lalu
-
Hujan Januari, 201510 tahun yang lalu
-
I must be joking10 tahun yang lalu
-
SIGNIFICANT SKIN CARE (SSC) IS BACK !!10 tahun yang lalu
-
Bianglala Oktober10 tahun yang lalu
-
-
Diskusi Buku Alumni MPR 201410 tahun yang lalu
-
Hero di hati kami10 tahun yang lalu
-
:: Layan Movie ::10 tahun yang lalu
-
Sambal Hitam Belimbing Buluh by Sambal People10 tahun yang lalu
-
Ashens and the Quest for the Gamechild (2013)10 tahun yang lalu
-
raya 201410 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan10 tahun yang lalu
-
Sebuah cerpen dan semangat yang kembali10 tahun yang lalu
-
27 Disember 201310 tahun yang lalu
-
-
TAMAN MAKNAWI10 tahun yang lalu
-
-
Sepotong Doa, Jadi Unggas dan Duyung11 tahun yang lalu
-
-
Tersenarai Dalam AGBK 2013.11 tahun yang lalu
-
Hai-hai...Bai-bai.11 tahun yang lalu
-
Microsoft vs Kingsoft..??!11 tahun yang lalu
-
-
Facebook11 tahun yang lalu
-
Baiti Jannati11 tahun yang lalu
-
Ulasan buku : Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang11 tahun yang lalu
-
HARUMAN CINTA AL-GHAZALI11 tahun yang lalu
-
business Online11 tahun yang lalu
-
hadirlah11 tahun yang lalu
-
Kehidupan Jauh Berbeza11 tahun yang lalu
-
-
Mesir Berdarah11 tahun yang lalu
-
. Tazkirah Ringkas Kenali Aidilfitri .11 tahun yang lalu
-
E-novel11 tahun yang lalu
-
Rindu..Simpan saja!11 tahun yang lalu
-
kembali11 tahun yang lalu
-
PERPINDAHAN KE BLOG BAHARU12 tahun yang lalu
-
kisah cuti dan gaji pada 31.12.201212 tahun yang lalu
-
Sikap Biar Cantik.12 tahun yang lalu
-
Fiber12 tahun yang lalu
-
Bengkel Tanjak & Ikat Samping12 tahun yang lalu
-
-
-
persoalan12 tahun yang lalu
-
hujan12 tahun yang lalu
-
Tahun 2012 yang CLASS ^___^ Tahun 2013, Tahun Kerja Keras!12 tahun yang lalu
-
Tehnik menyusui yang benar itu gimana ?12 tahun yang lalu
-
Conteng-conteng12 tahun yang lalu
-
Terfikir dan Berfikir12 tahun yang lalu
-
Android On Pc12 tahun yang lalu
-
Kisah Tentang Taat dan Penghormatan Pada Ulama.12 tahun yang lalu
-
IKHLASNYA FAMOUS NASI AYAM!12 tahun yang lalu
-
TERBITAN BUKU PRIMA12 tahun yang lalu
-
1st GA Kumbang Jingga12 tahun yang lalu
-
Korban 1433H12 tahun yang lalu
-
Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...12 tahun yang lalu
-
FIRST MOMENT JUMPER12 tahun yang lalu
-
Budaya dah terbalik!!!12 tahun yang lalu
-
CERPEN : Lecturerku, Suamiku?12 tahun yang lalu
-
Kasihani Lah Saya12 tahun yang lalu
-
Siri Adam dan Hawa utk sape2 yg takde Astro.12 tahun yang lalu
-
anarkis (v)12 tahun yang lalu
-
JUBAH/ABAYA MESIR : PRE ORDER SEPTEMBER12 tahun yang lalu
-
Jualan Meletup Di FB Kami !!!12 tahun yang lalu
-
another wish for 2012 wishlist :)12 tahun yang lalu
-
Blog ini sediakan BACKLINK untuk anda12 tahun yang lalu
-
Jawatan Kosong It Technician12 tahun yang lalu
-
-
Andainya aku bisa luahkan segalanya...13 tahun yang lalu
-
cOmElNyE........!!!!!!!!!!!! mCm aKU..hehehe13 tahun yang lalu
-
Mesir:Laut&Sungai yang tak bercantum!13 tahun yang lalu
-
Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga13 tahun yang lalu
-
~IT'S TIME TO SHOOTING MANDERIN FILM & RUNNING MAN~13 tahun yang lalu
-
-
Mutiara Damansara Berselawat13 tahun yang lalu
-
KEBUN HAYAT13 tahun yang lalu
-
26 January13 tahun yang lalu
-
lebih kurang13 tahun yang lalu
-
: Kenapa La Aku Tak Pandai Main Gitar..13 tahun yang lalu
-
-
Haha ?13 tahun yang lalu
-
BUKU KITA TERLUKA13 tahun yang lalu
-
Omaigad aku mahu mahu mahukanya13 tahun yang lalu
-
SETAHUN SUDAH BERLALU13 tahun yang lalu
-
Bab 2- Bibir yang ku sentuh13 tahun yang lalu
-
Manis Gula13 tahun yang lalu
-
http://ulfawafa.blogspot.com13 tahun yang lalu
-
Pindah13 tahun yang lalu
-
Celebrity hairstyles 201113 tahun yang lalu
-
Ya Allah …..13 tahun yang lalu
-
Maknakanlah Cinta13 tahun yang lalu
-
alhamdullilah. bulan Ramadhan. hari yang ke-1913 tahun yang lalu
-
PROLOG : Hikayat Gadis Jahat13 tahun yang lalu
-
Women Forgive but13 tahun yang lalu
-
Azid & Farina13 tahun yang lalu
-
Pergilah kekasih14 tahun yang lalu
-
Blog pilihan hari ke-6!14 tahun yang lalu
-
kELiMa14 tahun yang lalu
-
Long Sweet Fit Cardigan14 tahun yang lalu
-
Babak 1314 tahun yang lalu
-
Andaiku ungkap kata-kata.14 tahun yang lalu
-
Salam lebaran14 tahun yang lalu
-
-
PENGUMUMAN!14 tahun yang lalu
-
JADUAL MUDAH LIHAT15 tahun yang lalu
-
minggu ujian bulanan pertama15 tahun yang lalu
-
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)


0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )