Mengimbau kembali 19 Disember - 25 Disember 2009, Minggu Penulis Remaja 2009 ( MPR 09 ) pun menjadi kenangan begitu manis di ingatan kami. Peserta yang datang dari berlainan negeri. Keakraban kami begitu terserlah walaupun kami sebenarnya tak pernah pun bersua sebelum ini. 19 Disember 2010 hampir tiba dan ketika itulah SAH! kami sudah SETAHUN menjalinkan hubungan kekeluargaan.
Selepas MPR 09, kami semakin rapat, semakin rancak berkarya. Saya berasa begitu kerdil ketika di MPR 09 dulu apabila melihat kawan-kawan MPR 09 yang begitu hebat dan berbakat. Mulai itu, saya mula mengenali mereka ;
MPR 09
Aedi Asri Bin Abdullah
Dia seorang yang Pendiam. Teringat lagi kata-katanya ketika sesi "Bedah Karya" dalam genre Puisi, "Kena perbaiki lagi" pun begitu saya suka bait-bait puisinya yang indah dan bermakna itu.
Ahmad Muziru Idham Bin Adnan
Dia Nakal. Hehehe... Saya suka setiap komen-komennya sama ada di FB ataupun di blog. Dia juga seorang yang berbakat dalam penulisan puisi. Dia matang. Saya yakin dia boleh jadi seorang penyair yang hebat suatu hari nanti. Kagum apabila melihat dia semasa di MPR 09 dulu. Saya rasa sangat kerdil apabila duduk di sebelahnya dulu. Terasa hendak minta sign pula!
Ariff Hafizi Bin Mohd Radzi
Ariff sangat Pendiam. Dia malu-malu ketika hendak minta saya tuliskan maklumat diri di buku cacatannya. Selepas MPR 09, saya dan dia mulai rapat sama ada di FB, Emel dan SMS. Rupa-rupanya dia seorang yang Manja. Hehehe...
Marwan Bin Abdullah
Abang Marwan sangat comel dan matang. Dia juga sporting! Idea nyanyi lagu yang COMEL semasa di Malam Persembahan itu adalah ideanya. Mula-mula rasa malu hendak buat tetapi lama kelamaan rasa best pula. ^____^
Masliya Binti Yahya
Mas, ingat lagi tak peristiwa kita tertido kat dalam bas tu. Kata kamu, " Kak, saya pinjam bahu boleh?" hehehe. Mas pun terlena di bahu kanan akak dan beberapa minit selepas itu akak pun terlena juga. Kita sama2 bangun dan cakap, " Sempat juga kita tido ya!" hehehe... tapikan akak rasa SERONOK!
Mohamad Fadhli Bin Hamzah
Dia seorang yang Peramah. Dia senang dibawah berbincang. Dia matang. Sikapnya yang senang menerima pendapat membuatkan saya selesa dengannya. Dia juga berfikiran jauh.
Mohd. Amirul Bin Hamudin
Dia suka Senyum. Dia seorang yang Periang. Dia aktif semasa di MPR 09. Fikirannya yang matang membuatkan saya lebih mengenalinya. Oh ya! Dia sangat menghargai kawan-kawannya.
N. Faizal Bin Ghazali
Ingat lagi kata-katanya, "Budak sombong" hehehe... apa-apa pun dia berani tegur saya. Cuma saya rasa malu sebenarnya nak bertegur. Mana tidaknya ketika di MPR 09 saya diam sahaja. Bukan apa, saya rindu pada ibu saya. Faizal, maaf ya di atas kelakuan saya itu. Apa-apa pun awak sangat peramah. Tahniah di atas antologi puisi awak. Awak HEBAT!
Mohd. Haniff Bin Mohammad Yusoff
Mulanya hanya berborak di laman Minggu Penulis Remaja. Seorang yang Peramah, berwawasan dan sangat bermanfaat kepada orang lain. Dia tidak pernah abaikan KAMI selepas MPR 09. Dia sangat aktif dalam berkarya. Karyanya banyak disiarkan di dada-dada akhbar. Ya. Dia LAYAK menjadi PENGHULU semasa MPR 09. Saya selesa dengannya kerana dia tidak berkira dalam berkongsi ilmu.
Mohd. Rashedi Abd. Ghani
Saya suka dengar tulisannya semasa sesi Kak Nas suruh kita lihat gayanya. Lucu! Apa-apa pun dia juga seorang yang bisa membuat orang gembira.
Muhammad Hafizuddin Bin Ali
Seorang yang Matang dalam berfikir. Setiap percakapannya begitu mendalam. Keyakinan yang ada dalam dirinya membuatkan dia nampak lebih hebat. Tulisannya juga bagus-bagus.
Muhammad Fakhruddin Bin Haji Safian Shuri
Walaupun dia terpaksa meninggalkan kami ketika itu kerana baru sahaja mendapat berita kematian neneknya, ( AL-FATIHAH ) tetapi kami tetap mengingatinya. Saya sempat melihat karyanya. Ya. Dia juga hebat dan berbakat.
Muhammad Syukri Bin Sapuan
Dia ada bakat dalam bidang Pengacara Majlis. Seorang yang tetap pendirian. Dia tak sombong. Personalitinya yang menarik memang sesuai dalam Anugerah Lelaki Paling Kacak/ Tampan...cewahhhh!!! hehehe... puisi-puisinya juga indah.
Muhd. Aminullah Bin Sak Ari
Lebih mesra dengan panggilan "Abe" . Suka lihat persembahannya ketika Malam Persembahan. Boleh jadi pelakon tau! Abe senang di bawah berbincang. Abe juga berfikiran terbuka dan matang. Dia tak pernah putus asa walaupun sekarang sibuk dengan dunia belajarnya. Abe, jangan berhenti menulis ya!
Nur Adilah Ghazali
Saya suka dengan cara dia membaca puisi. Penuh semangat dan ada lenggok yang dia sendiri punya. Dia juga suka ambil gambarnya yang cute2 tu. Hehehe. Kamu, puisi-puisi kamu juga indah dan bermakna.
Nur Adilla Abd. Rahim
Satu rumah dan satu bilik dengan kamu kan. Ingat lagi tak handset kamu hilang semasa dalam bilik? Pucat muka kamu ya masa itu. Hehehe... Apa-apa pun kamu HEBAT!
Nur Asilah Binti Jamil
Oh adikku! kamu sangat comel. Saya suka lihat dia semasa di MPR 09. Walaupun dia nampak comel tetapi fikirannya sangat MATANG. Asilah, kamu sangat manja. Sayang kamu! ^____^
Nur Ezzate Syuhada Mohd. Yusof
Dia sentiasa dengan Husna. Dia Pemalu dan sangat sopan. Suka lihat perwatakannya. Lihat, dia sentiasa ceria.
Nur Hafizhah Binti Mohammad Pakarul Razy
Dia Periang, sopan dan manis. Saya pernah meminta izinnya untuk mengangkat gambar bersamanya, wah dia begitu sporting. Hafizhah juga matang dalam berfikir.
Nur Ilyani Binti Alias
TAHNIAH di atas O.T.A.I Tunjuk Bakat! Effa kagum dengan Kak Ilya. Kak Ilya juga tidak sombong dalam berkongsi ilmu. Kak Ilya selalu tegur saya semasa di MPR 09. Kak Ilya cantik dan sangat sopan. Tahniah buatnya yang berjaya menghasilkan novel. Sudah effa dapatkan buku2 Kak Ilya. :)
Nur Shafiqah Athirah Binti Suharto
Dia seorang yang Periang. Saya suka lihat dia nyanyi lagu dengan Kak Misz. Comel je. hehehe... Ingat lagi usikkannya semasa di DBP, "Dik, mari beli buku ini" katanya sambil menunjukkan buku "KUNCI GERBANG MASA". Hehehe..
Nuraini Binti Ruzi
Aini, ingat tak yang kita satu rumah dah lewat masuk kelas penulisan masuk tu? hehehe... kelma kelam kabut kan semua mandi. Aini, kamu ada bakat dalam bidang penulisan. Saya bangga dengan bakat yang ada pada awak.
Nurul Husna Che Omar
Husna, ingat lagi tak saat kita mengeluarkan air mata? Ketika itu ada garis-garis keikhlasan di matamu. Akak doakan semoga SPM kamu mendapat keputusan yang CEMERLANG. InsyaAllah.
Nurul Sakinah Sa'aya
Karyanya menarik! Saya senang apabila duduk di sebelahnya. Sikapnya yang suka bertanya dan peramah membuatkan saya senang mendekatinya.
Nurul Hidayu Binti Jamarudi
Berfikiran matang dan sangat pantas dalam percakapan. Ideanya semasa di MPR 09 sangat segar dan boleh diterima. Saya suka semangat yang ada pasanya dirinya ketika di MPR 09.
Siti Munirah Abdul Rashid
Tahniah di atas novel "Qasidah Untuk Kekasih" dan "Perindu Pelangi" sangat kagum dengan semangat menulis Kak Munirah. Setiap tulisannya begitu indah dan bermakna.
Inilah wajah-wajah kawan-kawan MPR 09 yang sentiasa berada dalam ingatan saya. Setakat ini sahaja bingkisan luahan hati saya yang sangat merindui kalian sempena mengenang peristiwa kita di MPR 09. Saya, NURUL FAREHAH JAAMAD ingin meminta maaf jikalau setiap tulisan saya ini ada menyakitkan hati kalian. Mohon komen dari kalian setelah membaca entri ini. Saya sangat merindui kalian.
Minggu Penulis Remaja berlalu sudah
namun
kenangan kita bersama
terpahat selamanya
di fikiran.
Bersama kita menyemai
kerinduan ini
moga puisi rindu yang kita coretkan ini
tak pudar.
Beginilah apabila
pena ini menari
mencoretkan setiap bait-bait kerinduan.
Salam sayang dari,
Nurul Farehah Jaamad.
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )