-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
12 Januari 2011
Bukan Mudah Menjadi Seorang Guru
MENJADI seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Tugasnya banyak sekali. Lebih-lebih lagi bagi memastikan anak-anak murid faham dengan apa yang diajar. Bukan hanya faham kerana takut jika mengaku tidak faham tentu akan dimarahi guru. Sebenarnya perkara itulah yang rasa takut sangat.
Cikgu : Kamu faham apa yang saya ajar?
Anak murid : Faham.
Cikgu : Jadi, cuba jawab soalan ini.. Apa jawapannya?”
Anak Murid : Saya tak tahu.
Cikgu : ??
Situasi ini sangat saya takut sekali. Guru berjumpa dengan pelbagai karenah murid-murid. Selain sibuk menyiapkan manuskrip saya yang seterusnya, saya mengambil masa mengajar tuisyen di rumah. Ini adalah atas permintaan mereka yang mahu mahu mengajar. Antara anak murid yang saya ajar adalah ;
Nurul Natasha – Berumur 8 tahun. Merupakan anak buah saudara saya. Saya mengajarnya mata pelajaran, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, English, Agama dan Arab. Waktu mengajar sebelah siang 2.00-3.00 petang dan sebelah malam pula pada pukul 8.00-9.00 malam, setiap hari.
Komen saya mengenai Nurul Natasha : Dia seorang yang senang faham. Manja. Agak susah sedikit menerima apa yang saya suruh iaitu apabila saya suruhnya membaca dan menyalin ayat-ayat yang panjang. Tetapi dia rajin datang tuisyen. Ada prsetasi untuk berjaya kalau rajin.
Muhammad Ammar Afif - Berumur 12 tahun. Merupakan adik saudara saya. Saya sangat suka mengajarnya. Saya mengajarnya mata pelajaran, Bahasa Melayu iaitu karangan. Waktu mengajar 8.00-9.00 malam setiap Sabtu dan Ahad.
Komen saya mengenai Muhammad Ammar Afif : Apa jua jenis karangan. Dia tidak ambil hati jika saya memarahinya ( walau saya hanya marah-marah biasa ) Dia sedia menerima apa juga tugas yang saya berikan. Semakin hari semakin baik karangannya. Tatabahasannya juga bagus. Tulisannya juga semakin kemas.
Komen saya mengenai Azmaleeza : Seorang yang senang menerima kritikan saya. Dia juga senang dibawa berbincang. Katanya dia tidak mahir dalam membuat jalan kira. Jadi, saya sedia membantunya.
Shahrul Anwar – Berumur 15 tahun. Merupakan adik saudara saya. Abang kepada Ammar Afif. Saya mengajarnya mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu karangan. Waktu mengajar sebelah malam.
Komen saya mengenai Shahrul Anwar – Dia sangat malu dengan saya. Dia seorang yang pandai. Fikirannya pantas dalam berfikir. Cuma budak-budak kan. Pandai tetapi malas hendak belajar. Saya harap dia tidak malu dengan saya kerana tanggungjawab saya adalah mengajarnya.
Bayaran? Oh! Saya tidak ambil peduli tentang bayaran saya. Yang mahukan adalah cukup dengan mereka faham apa yang saya ajar. Kepada ibu bapa yang memberikan saya wang, saya terima dengan seadanya kerna jika saya menolak tentang mereka akan memaksa untuk mengambilnya. Selebihnya saya habiskan masa menyiapkan manuskrip.
Jujur saya katakan yang saya ada sedikit tekanan dalam mengajar salah seorang anak murid saya ini. Siapa? Cubalah teka. Apa-apa pun SATU harapan saya, saya mahu mereka semua BERJAYA.
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!
Label:
Penulis + Guru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)

















0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )