![]() |
Puisi : Kita Dalam Rindu, Remaja, 1- 15 Februari 2011 |

KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isi hatimu
Lalu kusemai jiwa ragamu
Yang masih kontang
Akan erti persahabatan.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu
Yang aku sendiri tak mengerti
Terkadang aku memaksa diri
Tuk menelan duri bahasamu
Biar sepahit hempedu.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu
Walau bertahun lamanya
Namun
Aku gagal
Aku gagal fahami isi hatimu
Yang terkadang lebih dari yang disangka.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isyarat matamu
Yang kurasakan
Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.
Kini
Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu
Kerna jawapan itu telah aku temui.
NURUL FAREHAH JAAMAD
Kampung Alai, Melaka.
'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'
Blog Design by Gisele Jaquenod
2 Idea Kreatif:
Assalamualaikum Nurul Farehah,
Salam kenal dan salam manis, :)
tahniah atas puisinya. Semoga terus menjadi seorang penulis yang berjaya dunia dan akhirat ya. Saya banyak juga melihat perkembangan tulisan dan karya Nurul Farehah, tahniah sekali lagi.
~hJ~
Waalaikumusalam cik hasni hanna,
Pertama sekali Nurul Farehah (NF) nak ucapakan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke blog NF yang tidak seberapa ini.
Kedua, Terima kasih di atas ucapan yang cik hasni hanna. NF sangat menghargainya.
Ketiga, Jujur NF katakan apabila membaca komen cik hasni hanna ini jantung saya berdegup kencang. Tahu kenapa? kerana kata-kata dari anda sangat membuatkan NF semakin bersemangat untuk menulis.
Keempat, NF sangat terharu kerana cik hasni hanna banyak melihat perkembangan tulisan dan karya saya.
Terima kasih, Hasni Hanna. NF sangat menghargainya. Tanpa sokongan anda siapalah saya.
[ Maaf kerana panjang lebar menulis. Apa2 pun saya snagat menghargai kehadiran anda dalam hidup saya!" ]
Salam Ikhlas Buat Hasni Hanna,
*Semoga anda diberkati olehNya...
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )