KEPADA sesiapa yang berminat menulis, saya
galakan anda untuk menyertai peraduan ;
Segala maklumat dan muat turun borang penyertaan boleh dapatkan di SINI atau boleh dapatkan maklumat lanjut di laman FB Buku Prima di SINI .
KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isi hatimu
Lalu kusemai jiwa ragamu
Yang masih kontang
Akan erti persahabatan.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu
Yang aku sendiri tak mengerti
Terkadang aku memaksa diri
Tuk menelan duri bahasamu
Biar sepahit hempedu.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu
Walau bertahun lamanya
Namun
Aku gagal
Aku gagal fahami isi hatimu
Yang terkadang lebih dari yang disangka.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isyarat matamu
Yang kurasakan
Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.
Kini
Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu
Kerna jawapan itu telah aku temui.
NURUL FAREHAH JAAMAD
Kampung Alai, Melaka.
'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'
Blog Design by Gisele Jaquenod
1 Idea Kreatif:
Waalaikumusalam dik Wafa Awla,
Terima kasih dik sudi ke sini. Boleh kak effa tahu link mana yang ada kesukaran nak buka? Maaf jika ada sebarang kesulitan ya. Semoga seronok di blog ini ya. ^___^
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )