Semasa saya menulis entri ini, saya berhenti menulis seketika. Kenapa? Sebabnya saya sudah sampai ke bahagian klimaks sesuatu penceritaan iaitu bermula Bab 7. Watak sudah mula nampak. Saya menulis manuskrip awal remaja yang mengisahkan latar belakang persekolahan. Tetapi berlainan dengan novel pertama saya, Pengawas Sekolah yang khabarnya akan dibuat ulang cetak untuk kedua kalinya. Yang mana cetakan pertama sebanyak 2000 naskhah. Alhamdulillah, mendapat sambutan.
Dalam manuskrip ini, lebih kepada penceritaan sebuah persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang. Lama juga saya peram manuskrip ini. Saya mahu yang terbaik daripada novel-novel saya yang dah terbit. Klimaks, bahagian yang paling mencabar bagi saya ketika menulis. Jujur saya katakan, bahagian ini mengambil masa yang agak lama untuk saya memikirkan klimaks yang baik.
Cara saya, kalau saya hilang fokus menulis, hilang idea untuk dilontarkan dan hilang mood, saya akan tinggalkan saja. Membaca buku, dengar radio atau tidur adalah cara saya yang seterusnya. Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang manuskrip paling terbaru saya selain novel yang baru saja terbit iaitu, Haiwan Siapa Paling Jinak. Sekadar berkata, 'Dalam proses' . Hanya dengan orang tentu saja saya akan kongsi pengalaman menulis saya.
Dijangka manuskrip ini akan siap sepenuhnya dalam akhir bulan Julai ini. Dan selepas itu, saya akan hantar kepada penerbit. Terima kasih kepada mereka yang sudi memiliki karya saya. Yang memberi sokongan, terima kasih dan terima kasih.
Doakan, manuskrip saya yang ini akan berjalan dengan lancar. Apa-apapun saya sangat terhibur ketika menulis manuskrip ini. Yakin dengan apa yang kita tulis. Tiba-tiba saya teringat akan cikgu-cikgu semasa di kursus Minggu Penulis Remaja ( MPR ) 2009. Oh, rindunya!
2 Idea Kreatif:
gudluck! =)
Terima kasih Nasruddin atas ucapan itu. Semoga berjaya juga buat awak! ^_^
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )