Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya, buku hasil tulisan effa disambut baik oleh semua pembaca. Ada saja yang memesan buku dari effa. Alhamdulillah. Effa dengan rasa rendah diri menerima pembelian dari pembaca effa. Effa menerima pesanan di kampung, emel, sms, dan juga facebook. Orang kampung tidak jemu-jemu menanya akan buku baru untuk mereka beli.
Sesungguhnya effa sangat menghargai semua itu. Effa ingin kongsi sedikit pengalaman sebagai seorang penulis di mana effa mengepos pesanan buku daripada pembaca. Baru -baru ini kak Annur Puteri yang effa kenali di facebook telah memesan ketiga-tiga judul buku tulisan effa. Beliau juga merupakan penulis novel cinta.
 |
3 judul buku yang diinginkan
untuk dua orang anaknya. |
 |
Novel awal remaja yang sudah siap effa tandatangan,
sertakan cenderahati juga kata-kata penghargaan .. |
 |
last sekali, tandatangan buku kanak-kanak ini. ^___^ |
Setelah siap, effa akan masukkan nama akak Annur Puteri ini ke dalam rekod jualan buku effa. Juga effa akan sertakan resitnya sekali sebagai bukti pembelian. Semoga selamat sampai ke tangan penerima. Insya-Allah...
 |
Buku inilah effa catatkan semua jualan buku-buku effa.
Akhir sekali, semoga buku tulisan effa mendapat respon yang baik. Segala kekurangan yang ada semasa membaca buku effa, maaf dipinta. |
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )