Judul : Usah Sandarkan Cinta Padaku
Oleh : NURUL FAREHAH JAAMAD
Media : Remaja ( 15 Mac 2011 )
MALAM ini malam mereka bertemu. Malam pengakuan antara Farisha Nadleen dengan Abang Putra .Mungkin buat kali terakhir. Agak sukar bagi Farisha Nadleen untuk melangkahkan kaki ke tempat pertemuan mereka yang telah dijanjikan. Kali ini Farisha Nadleen hanya berpakaian biasa berbanding dengan hari-hari yang telah di laluinya. Dia yang berbaju kurung berwarna hijau dan bertudung. Gadis berusia 20-an itu tidak memakai gincu di bibirnya. Tidak pula memakai pemerah pipi. Maskara juga tidak di gunakan. Cukuplah dengan memakai bedak di wajahnya. Entah apa yang tidak kena dengan Farisha Nadleen itu. Dia masih duduk termenung di atas kerusi di ruang tamunya.
“Jauh termenung?” ibunya tiba-tiba menegurnya sememangnya dalam lamunan.“Isha...kamu ada masalah ke,nak?” Ujar ibunya.
“Er...em...tak lah ibu. Isha biasa-biasa je...” suaranya takut-takut dan sedikit tersentak dengan teguran ibunya.
“Betul ke ni? Kamu nak ke mana?” ibunya ingin tahu. Farisha Nadleen hanya tersenyum. Senyuman yang terpaksa. Tetapi dia terpaksa senyum supaya ibunya tidak mengetahui akan isi hatinya yang bergelumang dengan kekeliruan dan kekecewaan itu.
“Ya ibu... Isha okay. Ibu, Isha nak keluar sekejap. Nak jumpa Abang Putra.ada hal sikit”. Lalu dia bangun dan pergi ke tempat pertemuan mereka.
“Assalamualaikum...”. Farisha Nadleen menjelma dari belakang.
“Waalaikumusalam”. Putra terus bangun dari di Taman Reakrasi itu. Matanya tepat memandang ke arah Farisha Nadleen. “ Cantik awak hari ini, Isha”.
“Cantik? Tak usah lah puji-puji Isha”. Sindir Farisha Nadleen yang tutur bahasa dan gaya yang sopan. “Lama Abang Putra menunggu saya?”.
“Isha tetap cantik di mata abang. Biar lama macam mana pun abang tak kisah, Isha. Demi Isha abang sanggup buat apa saja. Asalkan abang tidak di tinggalkan oleh Isha”. Putra meluahkan isi hatinya sebelum sempat membiarkan Isha berselesa dengan pandangan Putra yang dari tadi asyik memandang matanya.
“Ops...lupa pulak abang. Jemput duduk Isha”. Putra menghulurkan tanganya dengan penuh sopan untuk menyuruhkan gadis yang di cintainya iaitu Isha duduk di kerusi itu.Isha melabuhkan punggungnya lalu duduk dengan penuh sopan. Kakinya di rapatkan. Sementara itu, barulah Putra turut sama duduk di sebelahnya dengan jarak masing-masing di hujung kerusi itu. Pemandangannya menghadap tasik yang bersih dan tenang.Ada sekelompok keluarga yang berehat di situ untuk menghirup udara segar dan menikmati kehijauan milik yang Maha Esa.
“Abang rindukan Isha. Sudah lama kita tidak bertemu. Kenapa Isha semacam mahu menjauhkan diri daripada abang?” Putra memandang wajah Isha yang terlalu ayu dan cantik bagai bidadari. Gadis yang sopan,lemah-lembut,menghormati orang tua dan apa yang paling penting pada dirinya ialah seorang yang pandai menjaga maruah dan tidak pernah tinggal solatnya sebagai tanggungjawab setiap umat islam.
“Bila abang balik sini?” Isha hanya menundukkan mukanya. Luahan Putra tidak di pedulikan. Dia masih serba salah dengan dirinya. Dia curi-curi memandang Putra.
“Em..maafkan abang ya. Abang cakap yang bukan-bukan tadi. Maaf...” Putra juga serba salah dengan tindakannya yang agak keterlaluan tadi. Tetapi serba salah mereka tidaklah sama. Berbeza daripada yang nyata. Tiba-tiba mereka terdiam. Putra memandang tasik itu. Sementara Farisha Nadleen masih dengan diam seribu bahasa.
“Bila abang balik sini?” Farisha Nadleen bertanya lagi. Kali ini dia bangun maju ke tasik.
“ Semalam” Ujar Putra. Jawapannya ringkas dan diam membisu.
“Apa?” Farisha Nadleen agak terperanjat. Dia terus memusingkan kepalanya ke belakang kemudian tubuhnya pula.
“Isha...kenapa tak datang kenduri rumah abang. Lama abang tunggu Isha. Ibu bapa abang juga menunggu kedatangan Isha. Abang call pun tak angkat”. Putra bangun dan melangkah ke arah Isha.
“Isha..Isha ada hal. Maaf...” Isha terus ke tempat duduknya tadi apabila Putra mendekatinya. Ada yang tidak kena dengan Isha. Dari gerak-geri adanya sesuatu yang menganggu.
“Kenapa dengan Isha ni? Apa salah abang Isha...? Apa?” Putra gelisah. Dia terus ke Isha. Mereka duduk di tempat asal mereka. Kali ini Farisha Nadleen ulangi perbuatannya tadi. Putra memicit kepalanya dan menjeling matanya sedikit ke arah Farisha Nadleen.
'Aku Cinta Padamu,Isha' bisik di hati Putra.
“Apa???” Farisha Nadleen terkejut.
“Hah? Isha dengar ke apa yang abang cakap tadi?” Putra agak gementar.
“Eh! Taklah. Isha ingat kan abang ada cakap sesuatu tadi” Farisha senyum manis melihat Putra. Perbualan mereka semakin rancak.
'Huh...selamat...” Putra mengeluh sambil mengurut dadanya perlahan-lahan.
“Kenapa Abang Putra? Sakit?” ujar Farisha Nadleen.
“Eh tak lah...abang cuma jatuh je...” ujar Putra.
“Jatuh???”. Dia risau dengan pengakuan Putra.
“Abang dah lama dah jatuh dan sakit” Ujar Putra.
“Kenapa Isha tak tahu? Serius ke abang? Farisha Nadleen mula gelisah dan sedih.
“Serius...” Ujar Putra.
“Sebenarnya...” Putra mahu berterus-terang tetapi Isha sudah memotong katanya.
“Isha terpaksa memutuskan perhubungan kita ini...Maafkan Isha”.
“Apa...???Isha cakap apa ni? Abang tak faham lah...” Putra terkejut dan memakai semula cermin mata yang berwarna hitam iaitu cermin mata kesukaannya.
“Sudahlah abang...Isha tak mahu tipu diri abang lagi...tak sanggup..tak sanggup...”
Farisha Nadleen terus mengalirkan air mata dan beredar dari situ. Perbuatannya yang meninggalkan tempat itu menjadi tanda tanya dalam diri Putra,jejaka kedua paling baik selepas Ayahnya sendiri yang pernah Farisha Nadleen temui. Khairul Zaim juga lelaki yang baik tetapi kebaikan mereka terletak dalam diri masing-masing. Manusia mudah berubah. Hari ini lafaz sayang, esok lusa lafaz benci. Itulah manusia yang mungkin belum mendalami erti cinta yang sebenarnya.
Peristiwa di Taman itu berlalu begitu sahaja. Putra terus pulang dengan keretanya. Manakala Farisha Nadleen dengan kawannya,Lia Maisara, juga menaiki kereta. Farisha Nadleen tidak berhenti-henti menanggis di dalam kereta itu. Lia Maisara hanya melihat kawannya bersedih. Mereka mendiam sahaja. Hanya suara tanggisan Farisha Nadleen yang kedengaran. Lia Maisara menekan punat untuk membuka radio. Kebetulan lagu yang berkumandang itu adalah lagu yang meyayat hati dan perasaan Farisha Nadleen yang sedang kesedihan.
“Isha..awak okay?...” Lia Maisara pula menyapa dan bertubi-tubi memandang Farisha Nadleen. Tetapi dia lebih fokus kepada pemanduannya.
“Saya okay...hantar saya balik,ya”.
“Tak nak jalan-jalan ke?”.
“Tak ada mood lah...”.
“Aku sedia dengar apa yang mahu kau ceritakan...” ujar Lia Maisara.
“Aku akan cerita perkara ini sehinggalah ia benar-benar berakhir...”.
'Maafkan Isha...Abang Putra' bisik di dalam hatinya.
Malam itu Farisha Nadleen hanya berkurung dalam kamar sahaja. Tidak makan dan tidak minum. Dia merehatkan tubuhnya di atas katil yang berwarna biru bercorak bunga dan ada sedikit daun. Dia menatap sekeping gambar dan sebentuk cincin emas yang dihadiahi oleh seorang lelaki iaitu Putra. Dia teringat kembali peristiwa sewaktu menyambut hari perkenalannya dengan Putra selama setahun dahulu. Air matanya menitis ke pipi yang gebu itu.
“Kring...kring...kring...” bunyi telefon bimbitnya mula kedengaran. Farisha Nadleen tersentak daripada lamunannya tadi. Lalu memandang telefon bimbitnya yang terletak di atas meja soleknya. Farisha Nadleen terus bangun dan mancapai telefon bimbit itu. Di lihatnya nama Abang Putra terpampang di skrin telefon bimbit itu. Berat rasa hatinya untuk menjawab panggilan itu.
'Aku mesti jawab panggilan ini. Sampaii bila aku harus seksa Abang Putra. Aku harus berterus terang...harus...' Farisha Nadleen membisik dalam hatinya.
“Hello...Assalamualaikum...” Ujar Farisha. Suaranya sengau, mungkin kesan daripada menanggis.
“Waalaikummusalam.... Isha,kenapa Isha pergi meninggalakan Abang petang tadi? Apa salah Abang?” ujar Putra. Putra yang sedang duduk di sofa rumahnya terus bangun dan melangkahkan kaki ke arah tingkap di ruang tamu rumahnya.
“Er...abang tak salah...Isha...Isha minta maaf pasal kejadian petang tadi.Isha harap abang tak ambil hati” Farisha Nadleen meredakan hati Putra yang agak berkecil hati. Farisha Nadleen berjalan ke katilnya dan mengambil sebentuk cincin dan sekeping gambar yang diberikan oleh Putra lalu menuju ke meja soleknya dan menarik kerusi soleknya lalu merebahkan tubuhnya.
“Isha...” sapa Putra apabila gadis yang di cintainya itu mendiamkan diri.
“ya saya...” Farisha Nadleen tersedar daipada menatap gambar Putra yang kacak itu.
“Boleh abang tahu apa masalah Isha?” Putra dengan beraninya mengajukan soalan kepada gadis pilihannya itu.
“Begini ceritanya...” Farisha Nadleen memulakan ceritanya. Dia teringat peristiwa di majlis makan malam di rumah Lia Maisara,anak orang kaya. Ayahnya ahli perniagaan yang berjaya. Lia Maisara tidak seperti anak orang kaya yang suka menunjuk-nunjukan statusnya sebagai orang kaya. Kadang-kadang Lia Maisara lebih suka makan di tempat yang biasa. Walaupun dia anak orang kaya tetapi dia tidak memilih kawan dari pelbagai jenis pangkat,bangsa,keturunan,kepandaian dan segala yang berkenaan dengan latar belakang diri sesiapa. Farisha Nadleen tidak tersalah memilih kawan yang baik macam Lia Maisara. Apa yang beza antara mereka adalah cara berpakaian.
Kerana keayuan dan kecantikan raut wajahnya yang menawan itu telah membuatkan seorang jejaka,Khairul Zaim namanya iaitu kawan kepada abang Lia Maisara yang turut hadir di majlis makan malam itu terpegun dengannya. Segala gerak-gerinya diperhatikan tanpa di ketahui Farisha Nadleen,gadis menawan. Senyumannya mampu melembutkan hati yang sedang duka lara.
“Sham, siapa gadis cantik itu?” ujar Khairul Zaim yang tampan orangnya. Dia lelaki idaman semua gadis-gadis yang di kenalinya. Tetapi dia juga suka berteman seperti kawan orang “teman tapi mesra”.
“Yang mana?” ujar Sham, abang kepada Lia Maisara.
“Gadis yang paling menawan tu lah...siapa lagi...” Khairul Zaim menolak bahu Sham dengan menggunakan bahunya lalu memandang gadis cantik itu, Farisha Nadleen. Perbezaan jarak antara kita adalah kolam di tengah-tengahnya.
“Oh...yang itu Farisha namanya..kawan adik aku, kenapa ? Berkenan ya?” usik Sham yang tahu kawannya pantang tengok perempuan cantik.
“Wah cantik namanya seperti orangnya juga” Khairul Zaim memuji Farisha Nadleen yang sememangnya hatinya bergelora ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. “Sham...” ujar Khairul Zaim lagi.
“Apa lagi,Khai?” Ujar Sham yang sedang sibuk berbual dengan tunangnya yang semeja dengan mereka.
“Kenalkan aku dengan dia...”.
“Dia siapa?”. Ujar Sham.
“Dengan Farisha...” Khairul Zaim dari tadi asyik memandang Farisha Nadleen yang sedang menjamu makanan. “Sham...dia macam mana orangnya?” tanya Khairul Zaim lagi.
“Kalau aku belum bertunang, kujadikan dia tunang aku. Tapi aku dah bertunang, mana boleh” puji Sham. Tunangnya mencubitnya yang sedang mengusik. Tunangnya tahu yang dia hanya bergurau.
“Wah...ada hati nak bertunang lagi ya” Usik Khairul Zaim.
“Aku cakap kalau je...”. Sham cuba meredakan keadaan. Lalu Khairul Zaim menolak kerusi duduknya lantas menuju ke arah Farisha Nadleen.
“Hai....saya khai...” Khairul Zaim menghulurkan tangannya kepada Farisha Nadleen,lalu duduk di kerusi sebelahnya yang kosong itu. Dia agak sedikit malu apabila tangan yang dihulurkannya tidak di sambut mesra oleh Farisha Nadleen.
“Saudara kawan Lia Maisara ya?” Khairul Zaim memulakan perbualannya.
“Ya..kenapa?” jawab Farisha Nadleen yang tidak sedikit pun memandangnya. Perkenalan mereka tercipta apabila Khairul Zaim menyelamatkan seorang budak iaitu anak kepada kawan ibu kawannya,Sham daripada kolam yang berdekatan di situ. Budak itu terjatuh ke dalam kolam dan hampir melemaskan budak lelaki yang berusia sembilan tahun itu.
Perkenalan itu terjalin setahun enam bulan semasa perkenalannya dengan Putra. Maknanya sekarang perkenalan Farisha Nadleen dengan Khai sudah enam bulan. Manakala perkenalan dia dengan Putra sudah dua tahun genap. Selama perkenalan dia dengan Khai, Khai sering memberinya sejambak bunga ros yang adakalanya berwarna putih dan adakalanya berwarna merah. Khai seorang jejaka yang romantik. Cara pemakaiannya begitu kemas dan sentiasa kelihatan kacak. Mereka akan bertemu dengan bertemankan Lia Maisara.
Selama perkenalan itu. Farisha Nadleen rapat dengan abang angkatnya iaitu Putra dan juga Khai. Putra seorang jejaka yang baik, bertanggungjawab dan menghormati kaum wanita serta rupa parasnya tenang sahaja. Khai pula seorang jejaka yang kacak, peramah dan bergaya.Apa yang bermain di fikirannya ialah rasa cinta yang tidak tentu hala. Kedua-duanya yang terbaik.
Mungkin di luaran sahaja tetapi dalam belum tentu hebat. Setiap kali mendengar alunan muzik di radio, setiap lirik yang di dendangkan itu seakan-akan memerli dirinya. Ada rasa rindu,cinta dan kasih sayang yang semakin mendalam. Tetapi tidak tahu kepada siapa. Mungkin kepada ilahi yang menemukan kaum adam yang untuk di cintai kaum hawa tetapi bukan untuk di sakiti.
Setiap kali solat, dia akan berdoa untuk kebahagiaan keluarga,diri dan masa depannya. Lebih membiasakan diri dengan membaca buku. Itulah gadis lepasan universiti yang di gelar gadis paling cantik dan paling bijak.
Tiga bulan tiga hari sudah berlalu dan ini bermakna perhubungan mereka sudah berusia tiga bulan tiga hari. Khai melafazkan kata cinta yang menusuk jiwa Farisha Nadleen. Khai orang pertama yang melafazkannya, Putra pula dengan dirinya yang masih takut dengan bayang-bayang sendiri kerana takut untuk menyuarakan rasa cintnya kepada gadis pilihannya. Mungkin bagi Farisha Nadleen, Putra hanya menganggap dirinya sebagai adik angkat sahaja. Jadi dia tidak mengharapkan cinta daripada Putra. Jejaka yang berjaya membawanya ke lembah kasih sayang.
“AKU CINTA PADAMU...FARISHA NADLEEN..” inilah bait-bait kata yang dilafazkan oleh Khai.
Pengakuan berani yang terungkap itu mengegarkan jantung dan membuatkan darahnya berhenti seketika. Inikah yang dinamakan rasa cinta hanya dengan melafazkan cinta atau sedang menerima lafaz cinta daripada seseorang. Mungkin ya atau mungkin tidak. Itulah anggapan Farisha Nadleen yang mungkin menjadi tetamu baru dalam dunia cinta yang kelas pertama iaitu cinta suci dan tulus. Jangan nanti cinta itu menjadi cinta yang dinodai atau menjadi mangsa cinta atau hanya menjadi kekasih gelap kepada cinta. Itu sama sekali tidak di ingini oleh setiap insan.
“ Itulah ceritanya yang sebenar....” ujar Farisha Nadleen yang menceritakan perkara yang sebenarnya.
“Jadi?” Putra tidak lagi berdiri di tingkap. Dia merebahkan dirinya di atas katil di kamarnya sambil mendengar pengakuan Farisha Nadleen.
“Jadi....” suara Farisha Nadleen takut-takut.
“Beginilah Isha, abang terima apa sahaja keputusan Isha. Asalkan Isha bahagia. Itu sudah cukup membahagiakan abang juga...” Putra merelakan gadis pilihannya itu membuat keputusan.
“Apa maksud abang?” soalnya.
“Tiba masanya Isha buka surat yang abang berikan setahun lepas. Sampul surat yang berwarna putih itu. Baca dan fikirlah baik-baik. Hubungilah abang jika perlukan pertolongan” Putra meletakkan telefonnya.
Farisha Nadleen terus mengambil surat yang d amanahkan oleh Putra itu supaya simpan dan baca apabila Putra mengizinkannya. Itu yang di nanti-nantikan oleh Farisha Nadleen. Surat itu di ambil daripada sebuah kotak yang berwarna coklat. Farisha Nadleen membacanya dengan sepenuh hati dan perasaan.
“Ibu...!!!” Farisha Nadleen menjerit sekuat hati.
“Kenapa Isha? Kenapa nak? Kenapa?” Ibunya berlari dari dapur ke bilik anaknya itu.
“Abang Putra cintakan Isha, ibu” Farisha Nadleen tersedu-sedu. “ Isha rasa kecewa kerana cerita tentang Khai kepada abang Putra...” ujarnya lagi.
“Sudahlah nak, Isha tak bersalah. Bukankah Isha anggap dia hanya anggap Isha sebagai adik angkat sahaja. Jadi ini bukan salah Isha. Ibunya memeluknya erat.
“Kenapa dari dulu abang Putra tak terus-terang,bu?”.
“Em...itulah lelaki kadangkala ada yang berani lafaz cinta tetapi tidak ikhlas dan ada lelaki yang tak berani lafaz cinta kerana takut cintanya di tolak” ibunya menyedarkannya.
“Kenapa abang tak terus-terang dari dulu?” ujar Farisha Nadleen yang terus menelefon Putra.
“Abang takut cinta abang di tolak. Satu tentang Isha, abang tak pernah anggap cinta sebagai adik..” ujar Putra.
“Jadi sebagai apa?” soal Farisha Nadleen.
“Sebagai permaisuri abang...dan cincin emas itu cincin sebagai tanda abang mahu jadikan Isha isteri abang yang sah. Terpulang pada Isha untuk menerima atau tidak” Putra meluahkan rasa cinta yang sekian lama terbuku di hatinya.
“Isha setuju,nak” ibunya mewakilkan Farisha Nadleen.
“Mak cik, macam mana pula dengan Khai? Saya tidak mahu memaksa Isha” ujar Putra yang sememangnya seorang lelaki yang baik.
“Abang...Khai bukan jejaka pilihan saya. Dia hanya teman saya. Hati saya bukan untuknya. Isha tak mahu Khai sandarkan cinta pada Isha” Farisha Nadleen meluahkan isi hatinya kepadaa Putra.
“Aku mencintaimu Isha...” lafaz cinta daripada Putra.
“Aku juga mencintaimu...” sambut Farisha Nadleen dengan lafaz yang pertama kali di bibirnya. Begitu juga Putra. Akhirnya ikatan mereka berakhir dengan pertunangan dan perkahwinan yang membahagiakan mereka. Di Majlis perkahwinan mereka. Farisha Nadleen melihat Khai bersama tunangnya iaitu Lia Maisara. Mereka memberikan senyuman yang mesra. Cinta Farisha Nadleen dan Putra adalah cinta yang suci dan tulus.
-TAMAT-