-saat memikirkan judul manuskrip-
Sebagai seorang penulis, apabila idea mula muncul, kita sedaya upaya akan mencatatnya. Kita bina sinopsis keseluruhan cerita secara kasar. Tentang watak, kita fikirkan kemudian. Dalam sinopsis yang terlintas dalam fikiran ini sempat kita tulis dalam satu masa yang sama. Selebihnya ditulis kemudian apabila idea muncul. Sinopsis amat penting dalam sesebuah manuskrip. Lama kelamaan, sinopsis keseluruhan sudahpun lengkap dan sesuai untuk dikembangkan.
Seterusnya, memikirkan nama watak dan perwatakan. Bukan mudah nak letak nama watak kerana nama amat sensitif. Nama yang tidak sesuai mungkin akan menyentuh perasaan pembaca. Kita memikirkan nama watak yang sesuai memegang watak baik atau jahat. Perwatakan juga mempengaruhi jalan cerita di mana pembaca akan mula menunjukkan emosi dan perasaan benci, suka, geram, marah, kesian, simpati dll terhadap watak.
Apabila watak sudah siap dikarang, bab demi bab mula dibahagikan. Pecahan bab boleh dibahagikan dalam sinopsis. Sebagai contoh, bab 1 boleh dijadikan sebagai plot-Permulaan. Diikuti bab 2 - Perkembangan Cerita. Seterusnya bab pertengah sebagai plot - Puncak Cerita/Klimaks/Suspen/. Dan diikuti dengan bab terakhir sebagai plot- Akhir Cerita. Boleh juga diberikan tajuk-tajuk pada setiap bab bagi memudahkan pembahagian cerita. Pecahan bab memain peranan mengembangkan jalan cerita.
Lakaran gambar, jadual, dan sebagainya dilukis oleh penulis bagi menyokong cerita dalam sesebuah manuskrip. Proses ini membantu penulis mengambarkan cerita yang ditulis. Imaginasi akan mula terbentuk. Penulis dapat membayangkan rupa bentuk watak, suasana,dan keadaan yang berlaku. Pemilihan tajuk di dalam setiap bab juga amat penting. Tajuk yang ringkas lebih sesuai berbanding tajuk yang panjang. Sebagai contoh dalam novel Pengawas Sekolah ;
Bab 1 - Cikgu Rozali Memanggil Beberapa Orang Pelajar
Bab 1 - Dipanggil Cikgu Rozali
Judul/Tajuk manuskrip yang sesuai. Saya akui, saya agak sukar nak memikirkan judul manuskrip. Ianya mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk memikirkan judul yang sesuai berbanding jalan cerita yang boleh disiapkan dalam tempoh yang agak cepat. Pemilihan judul boleh diambil daripada jalan cerita, nama watak, dan sebagainya.
Seterusnya...
Penulis mencari masa lapang untuk mula menulis manuskrip. Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan sahaja lagi, manuskrip lengkap siap dikarang. Tempoh manuskrip siap sepenuhnya bergantung kepada tahap kepantasan menulis, kelapangan menulis penulis. Ada penulis yang mampu menulis dalam tempoh masa sebulan sahaja. Siap manuskrip, penulis mula edit manuskrip ; membetulkan ejaan, tatabahasa yang salah, tandabaca, menambah/memotong perkataan/ayat yang tidak sesuai dan sebagainya.
Manuskrip siap diprint setelah proses mengedit manuskrip selesai. Manuskrip telah dicetak, bolehlah hantar kepada editor untuk dinilai kemudian jika lulus dan bersesuaian, penulis akan diberikan surat perjanjian. Manuskrip dicetak dan diterbitkan. Ia tidak lagi dipanggil manuskrip tetapi novel. Kemudian, disebut judul novel. Contoh, novel Pengawas Sekolah.
Penulis bersiap sedia membantu penerbit mempromosikan novel tersebut. Selepas tempoh 6 bulan, penulis berhak mendapat royalti tertakluk dalam surat perjanjian.
Penulis menulis manuskrip seterusnya. Siap menulis manuskrip, manuskrip diluluskan, diterbitkan.
Kemudian, penulis menulis manuskrip lagi...
lagi manuskrip seterusnya ditulis...
Tulis.. dan terus menulis lagi..
dan lagi dan lagi...
Sekian,
Salam Berkongsi Dunia Penulisan Ini Dari,
Kampung Alai, Melaka.
28/02/2012
Selasa
@Bilikku Syurgaku
3 Idea Kreatif:
Terima kasih atas perkongsian proses menulis manuskrip... saaya baru berjinak-jinak dengan penulisan. imaginasi ini perlu dikeluarkan...
Assalamualaikum...Baru terjumpa blog ni selepas mencari cara-cara menulis manuskrip novel. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Akak baru je nak cuba-cuba menulis. Teringin sangat nak tahu macam mana penulis dapat idea, kembangkan cerita, bahagikan masa nak menulis... terima kasih sekali lagi. =)
blog anda sangat menarik dan padat.taniah!
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )