Buku ini saya gunakan sewaktu berada di tingkatan enam pada tahun 2008/2009. Daripada terletak di almari, lebih bagi saya berikan kepada yang memerlukannya.
Mohon jasa baik kawan-kawan hebahkan makluman ini. Terima kasih.

KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isi hatimu
Lalu kusemai jiwa ragamu
Yang masih kontang
Akan erti persahabatan.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu
Yang aku sendiri tak mengerti
Terkadang aku memaksa diri
Tuk menelan duri bahasamu
Biar sepahit hempedu.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu
Walau bertahun lamanya
Namun
Aku gagal
Aku gagal fahami isi hatimu
Yang terkadang lebih dari yang disangka.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isyarat matamu
Yang kurasakan
Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.
Kini
Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu
Kerna jawapan itu telah aku temui.
NURUL FAREHAH JAAMAD
Kampung Alai, Melaka.
'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'
Blog Design by Gisele Jaquenod
2 Idea Kreatif:
Salam.. Adik, akak berminat nk beli buku Pengajian Am & BM.. camne nk beli?
Waalaikumusalam, kak Nisa B,
Terima kasih atas kesudian akak. Buku tersebut masih ada dalam simpanan saya. Untuk pengetahuan akak, buku tersebut saya gunakan masa saya berada di tingkatan 6. Jadi, ada beberapa tulisan, nota dan kesan-kesan pen/pensil di dalamnya, tetapi akak tidak kisah, bukan?
Saya tidak jual mahal. Ini senarai buku dan harganya ;
1. Teks Rujukan STPM :Pengajian Am, Kertas 1 ( 900/1) = RM 20.00
2. Lembaran Popular STPM Bahasa Malaysia, Kertas 2. ( Piawai STPM Sebenar )= RM 10.00 ( harga asal, RM 13.95)
3. Federal Topikal STPM Bahasa Malaysia, Kertas 1 & Kertas 2. ( Mengikut format STPM sebenar. Buku Latihan ) = RM 5.00 ( harga asal, RM 11.50)
4. Bahasa Malaysia Kertas 1 & 2 Kertas Peperiksaan STPM Sebenar 2005-2008 ( Lengkap dengan Jawapan Cadangan ) = RM 5.00 ( harga asal, RM 9.95)
5. Federal STPM Kertas Model Pengajian Am, Kertas 1&2. (Buku Latihan ) = RM 5.00 ( harga asal RM 6.50 )
6. Kertas Model Pengajian Am, Kertas 1 ( 2009/2010 + Kertas Model Pengajian Am, Kertas 2 ( 2009/2010 ) = RM 5.00 ( harga asal setiap satu buku, RM 6.50 )
7. Kertas Model Bahasa Malaysia, Kertas 1&2 = RM 3.00 ( harga asal, RM 4.50 )
Akak boleh pilih mahu buku yang mana. Akak boleh emel kepada saya, effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com. Untuk pembayaran nanti kita bincang kemudian ya. Kak, kos pos saya kira sekali ya nanti. Kalau akak nak beli sekali semua dengan harga yang akak boleh beri, saya alu-alukan. Hubungi saya ya.
Saya tunggu akak. Sekian....
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )