Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.S.W.T dengan limpahan rezeki ini. Baru sebentar tadi pos laju datang ke rumah untuk menyerahkan sesuatu. Dalam hati sebenarnya tak tahu kiriman apa itu. Ketika itu saya sedang sibuk menulis manuskrip terbaru saya. Agak lama juga pos laju tunggu di luar. Nasib dia hon banyak kali, itupun saya masih tekun menulis.
Setelah saya turunkan tandatangan, barulah kiriman pos itu diberikan kepada saya. Bila saya lihat rupanya kiriman daripada penerbit buku saya iaitu Grup Buku Karangkraf ( Buku Prima ). Lihat bungkusannya besar! Saya tidak terus buka. Malah, saya sambung menulis manuskrip. Bukan apa, takut idea hilang. Lebih baik saya tulis dulu kan? Tapi mata duk pandang bungkusan itu. Apa agaknya?
Terus ambil gunting dan buka... Dan akhirnya...
Terkejut seketika. Oh ya, baru saya teringat mengapa saya dapat buku ini. Saya fikir cetakan ke-2 tidak mendapat compliment naskhah rupanya dapat. Alhamdulillah.
Saya baca surat daripada pihak penerbit untuk kepastian. Alhamdulillah, buku sudah siap dicetak dalam jumlah 3240 unit. Jumlah yang sangat banyak bagi saya. Moga buku ini hasil dijual. Amin.
Ini buktinya...
Dan inilah cover buku Taman Seribu Bunga ini untuk cetakan ke-2. Memang sangat baru! Bezanya cetakan 1 dan 2 adalah ada lambang/logo Buku Prima di atas buku,
Harapan saya semoga semua buku yang diulangcetak ini akan mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Juga saya mendoakan agar buku Anak Ikan Yang Degil dan Haiwan Siapa Paling Jinak? juga mengikut jejak langkah buku ini. Insya-Allah dengan izin dari-Nya.
Kepada yang belum memilki buku ini, dapatkannya di pasaran segera!
*Nota : Sengaja buat post entry ini kerana mahu kongsi pengalaman menjadi penulis. Memang seronok. Namun, ada suka dukanya. Kepada yang ingin menjadi penulis tetapi tiada keyakinan diri, jadikan ini penyuntik semangat anda. Ini buktinya hasil titik peluh anda selama anda pejuang menghasilkan manuskrip. Terus menulis dan jangan pernah berputus asa. Itu Pendirian saya!

4 Idea Kreatif:
Tahniah! Murah rezekinya. Semoga terus berjaya.
Terima kasih, Helmi atas ucapan itu. :)
Tahniah Fa.
Terima kasih, abg Haniff ^__^
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )