-Cerita pendek-
A. Sinopsis - Merujuk kepada keseluruhan cerita secara kasar. Ringkasan yang memberikan gambaran secara umum tentang sesuatu cerita.
B. Tema - Perkara yang menjadi dasar kepada sesuatu cerita ; apa yang hendak disampaikan.
C. Persoalan - Sesuatu yang dipersoalkan ; menimbulkan masalah.
D. Mesej - Perkara yang hendak disampaikan. Pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah cerita.
E. Nilai - Terdapat dua nilai iaitu ;
*Kemanusiaan
*Kemasyarakatan.
F. Latar - Latar mempunyai tiga perkara iaitu ;
1. Latar Tempat ( tempat ---> peristiwa ) ,
2. Latar Masa
3. Latar Masyarakat ( merangkumi aspek kategori masyarakat, pekerjaan, golongan, bangsa dan agama serta corak hidup )
G. Plot - Kenali jenis plot. Bersifat Kronologi ( peristiwa disusun mengikut urutan waktu ). Teknik Imbas Kembali juga ada digunakan. Plot mempunyai beberapa bahagia iaitu ;
Permulaan,
Perkembangan,
Perumitan,
Puncak,
Peleraian
Akhir Cerita.
H. Teknik Plot - Mempunyai dua bahagian iaitu Saspens dan Konflik.
I. Watak dan Perwatakan - Watak merangkumi Watak Utama dan Watak Sampingan. Dipengaruhi oleh Antagonis ( jahat ) dan Protagonis ( baik ) .
Watak bermaksud nama, asal usul, umur dan latar belakang/sejarah hidup.
Perwatakan pula bermakud sikap, perangai atau tingkahlaku samada baik atau jahat.
J. Sudut Pandangan - Ianya terdiri daripada tiga aspek iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama, Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu dan Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Orang Pertama = Saya, Aku,
Orang Kedua = Engkau, awak, kamu
Orang Ketiga = Mereka, dia,
K. Gaya Bahasa - Bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Simpulan bahasa.
L. Teknik Penceritaan - Berbentuk Dialog, Imbas Kembali dan Pemerian.
Sekian,
Salam berkongsi dunia penulisan ini dari,
Kampung Alai, Melaka.
Sabtu
18/02/2012
@Bilikku Syurgaku
1 Idea Kreatif:
Assalamualaikum, saya nak bertanya.. berapakah jumlah perkataan yang sesuai untuk penulisan cerpen?
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )