Sebagai seorang penulis, ketika sedang berkarya mestilah menginginkan suasana yang tenang dan selesa. Ini akan membangkitkan semangat menulis dan akan tercetusnya idea bagai air terjun lajunya ( ewah! ) Saya menulis dalam ruangan bilik yang tidak berapa luas tetapi selesa. Pelbagai peralatan yang perlu ada ketika menulis. Antaranya ;
|
Ruangan menulis ; meja tulis dan kerusi. |
|
Laptop. |
|
Alat menyejukkan laptop semasa berfungsi. Saya suka warna itu! ^__^ |
|
Buku catatan... |
|
Alat tulis. Pen biru, pen merah, pensel, pemadam antara alat penting semasa saya berkarya. |
|
Kamus Dewan. Wajib ada! untuk rujukan ejaan, makna dan sebagainya. |
|
Peralatan tambahan seperti, gunting, gam, dan steppler untuk tujuan penghantaraan surat. |
|
Rak kecil ini untuk meletakkan buku catatan dan sebagainya. |
|
Buku tersebut penting bagi saya. Saya akan mencatat semua bayaran honorarium dan royalti hasil karya yang pernah saya dapat. Penting untuk simpanan kelak. Juga saya catatkan nama, alamat, emel penerbit dan editor sebagai rujukan nak hantar karya nanti. Juga beberapa senarai nama pembeli novel/buku ada saya catatkan ke dalam buku tersebut. Saya suka buku saiz begini. Kalau boleh nak asingkan tapi saya suka satukan jadi satu buku, tidaklah banyak buku pula nanti. Pening kepala kan! |
|
Ini juga penting! Pendrive untuk simpan karya. Tetapi ada juga yang kata pendrive boleh hilang data jikalau terkena virus. ( bimbang juga kan?) |
|
Jadi... saya simpan juga karya dalam bentuk CD. |
|
Alat ini mencuci /membersih laptop saya yang terkena habuk, dan kotoran. |
|
Jam. |
|
Ink. Saya lebih gunakan ink Black berbanding ink berwarna. |
|
Printer. Banyak berjasa kepada saya kerana dah beratus-ratus kertas dicetak. Terima kasih cik Printer! |
|
Muzik. Saya berkarya sambil mendengar lagu dengan nada yang perlahan. Okay, pilih lagu yang boleh menenangkan jiwa ketika menulis ya bukan lagu yang menganggu semasa sedang berkarya. |
|
Cawan minuman. Berkarya sambil menikmati hidangan minuman panas.
|
Kalendar untuk catatan. Sebahagian daripada jadual menulis saya. |
|
1 Idea Kreatif:
Assalamualaikum cik Farehah,
pertama - tamanya ingin saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi, sekian lama saya mencari ilham untuk berkarya, tak jumpa jumpa sehinggalah suatu hari saya sedang saya sibuk di alam maya, saya terjumpa blog saudari.sangat banyak info berguna yang saudari kongsikan di sini.seronok saya membacanya.terima kasih saya ucapkan.saya sangat kagum dengan usaha saudari dan minta yang tinggi dalam bidang penulisan.tentu seronok bukan.
saya ada beberapa soalan nak diajukan pada saudari.
1. boleh saudari ceritakan detik detik saudari semasa mula mula berkarya, dari usia berapa, bagaimana mendapat ilham dan siapa yang banyak memberi sokongan kepada saudari?.suka saya mendengar pengalaman tentang bagaimana saudari 'ketagih' dalam berkarya.:)
2. berapa lama selalunya masa yang saudari perlukan untuk menghasilkan sesuatu karya? untuk cerpen? dan novel?(saya pernah cuba untuk menulis tetapi gagal, saya hanya menulis kata kata picisan sahaja di blog saya, kerana saya rasa seolah olah macam jauh lagi jalan untuk saya dalam bidang penulisan).
akhir kata, terima kasih diucapkan atas kesudian saudari membaca koemn saya (panjang ye, maaf).
saya sangat kagum dengan saudari.teruskan berkarya.:)
p/s: sekiranya saudari sudi, boleh saudari emelkan jawapan saudari ke alamat emel saya, kerana saya dah tutup blog saya dan saya juga jarang aktif di alam maya.
atin_yaya@yahoo.com
sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )