Jom dapatkan kedua-dua majalah ini keluaran Jun 2012.
Puisi berjudul SABAR dalam Dewan Siswa ,Jun 2012. |
KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isi hatimu
Lalu kusemai jiwa ragamu
Yang masih kontang
Akan erti persahabatan.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu
Yang aku sendiri tak mengerti
Terkadang aku memaksa diri
Tuk menelan duri bahasamu
Biar sepahit hempedu.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu
Walau bertahun lamanya
Namun
Aku gagal
Aku gagal fahami isi hatimu
Yang terkadang lebih dari yang disangka.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isyarat matamu
Yang kurasakan
Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.
Kini
Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu
Kerna jawapan itu telah aku temui.
NURUL FAREHAH JAAMAD
Kampung Alai, Melaka.
'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'
Puisi berjudul SABAR dalam Dewan Siswa ,Jun 2012. |
Blog Design by Gisele Jaquenod
3 Idea Kreatif:
Salam, Effa. Effa dah dapat Tunas Cipta Jun? Saya belum pun memilikinya lagi. Jadi belum dapat menatap puisi saya di Tunas Cipta.
Tahniah Effa untuk puisi di Dewan Siswa dan komentar dalam ruangan Kata Mereka.
Waalaikumusalam, Helmi.
Ya sudah dapat itupun susah sangat. Effa pusing satu Melaka cari. Akhirnya dapat juga. Terima kasih, Helmi atas ucapan. Oh ya, awak ada terima apa-apa emel dari effa tak? Kalau ada terima emel yang berbahasa english, abaikan sebab akaun emel effa dicerobohi. Tetapi effa sudah tukar katalaluan. Mohon awak maklum ya.
Ada, dan beberapa kali juga sebelum ini.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )