Alamat Rumah :
Klik gambar untuk lebih jelas... |
KUCUBA FAHAMI ISI HATIMU, SAHABAT
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isi hatimu
Lalu kusemai jiwa ragamu
Yang masih kontang
Akan erti persahabatan.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami bahasa tulusmu
Yang aku sendiri tak mengerti
Terkadang aku memaksa diri
Tuk menelan duri bahasamu
Biar sepahit hempedu.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami tingkah lakumu
Walau bertahun lamanya
Namun
Aku gagal
Aku gagal fahami isi hatimu
Yang terkadang lebih dari yang disangka.
Sahabat,
Aku cuba tuk fahami isyarat matamu
Yang kurasakan
Jelas ada garis-garis kebencian diwajahmu.
Kini
Aku tak perlu lagi mencuba tuk fahamimu
Kerna jawapan itu telah aku temui.
NURUL FAREHAH JAAMAD
Kampung Alai, Melaka.
'Pabila Pena Menari Di Atas Kertas Putih, Si Penulis Mula Berkarya!'
Klik gambar untuk lebih jelas... |
Blog Design by Gisele Jaquenod
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )