Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "
Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "
Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )