SELANGOR - Pada 14 Julai 2012, pihak Grup Buku Karangkraf telah mengadakan Bengkel Jana Idea Penulisan Remaja dan Kanak-Kanak bertempat di Auditorium B. Bengkel ini diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bengkel Sehari Bersama Novelis Buku Prima juga dijalankan. Para penulis buku kanak-kanak yang dipilih oleh editor dijemput hadir.
Bersama-sama semua penulis yang hadir di bengkel ini. Penulis bergambar bersama Puan Sri Diah dan editor kak Ida dan kak Nine.
Penulis Nurul Farehah Jaamad (Anak Ikan Yang Degil, Taman Seribu Bunga) berkumpulan dengan penulis Azilah Wahab ( Untuk Sekali Lagi, Kau Tercipta Kasih) semasa membentangkan tugasan cadangan manuskrip. Kami dapat tema Seram pada mulanya. Namun, diberi peluang mencabut satu kertas dan akhirnya mendapat tema Cinta Remaja/Sekolah.
Ini adalah kumpulan penulis Sophie Othman@Piah Dungun ( Karipap Atau Burger?) dan penulis Mersik Romoyu (Ariya Di Kota Silsila) yang mendapat tema Penyiasatan.
Kumpulan penulis Iffa Zalia ( Adila Bijak Matematik ) dan penulis Nurliza Mohd Nasir ( Ayah, Amir Nak Jadi Doktor!). Mereka mendapat tema Komedi/Lucu.
Ini pula kumpulan penulis K.A.KA ( Januari: Armanda Private School (Siri Diari Hana) ) dan penulis Fatin Wahab ( manuskrip masih dalam proses ) yang mendapat tema Kekeluargaan/Persahabatan.
Bilik untuk program Sehari Bersama Novelis Buku Prima.
Ucapan encik Mohd Ali Mohd Noor, selaku Editor Kanan Buku Prima.
Memperkenalkan barisan team Grup Buku Karangkraf bahagian penerbitan majalah dan novel.
Team editor Buku Prima bahagian kids&teen.
Ucapan Pengurus Besar Buku Prima, Puan Sri Diah Shaharuddin.
Ketika sarapan bersama para penulis.
Bersama novelis hebat, kak Shahriah Abdulllah. Bertuahnya dapat berjumpa! Berkesempatan bergambar dengannya sebelum diminta masuk ke bengkel semula. Beliau sangat peramah dan ceria orangnya! Dapat dengar nasihat dan pengalaman beliau.
Makan semeja dengan editor kak Ida dan kak Nine dan encik Mohd Ali.
Inilah tugasan saya dan kak Zi ketika dibentangkan di hadapan semua penulis.
Mendapat cenderahati berupa majalah Keluarga edisi April 2012, katalog, buku nota dan novel Andai Ku Bermimpi karya Mastura Abdullah.
Katalog Grup Buku Karangkraf.
Menulis nota..
Diletak pada setiap meja penulis...
Tag nama yang harus dipakai oleh semua penulis...
Kertas yang diedarkan oleh editor dan diberikan kepada para penulis.
Penulis yang hadir akan mendapat Buku Direktori Penulis.
Maklumat mengenai penulis di dalam buku Direktori Penulis.
Emak sempat masuk ke dalam kedai buku GBK. Emak sempat beli majalah Pengantin ini. Terima kasih emak! Macam tahu-tahu saja saya perlukan ini. ^_^
Pelbagai koleksi busana pengantin.
Antara hiasan hantaran yang saya suka di dalam majalah PENGANTIN. Cantik warna ni!
Panduan mengenai hantaran.
Bengkel ini berakhir dengan sesi bergambar bersama penulis berramai-ramai dan sesi bergambar penulis secara individu. Penulis juga diberikan satu tugasan berkumpulan menyiapkan manuskrip. Saya amat seronok dan enjoy mengikut bengkel ini. Moga dengan pengalaman yang ada ini, memberi semangat kepada para penulis. Insya-Allah.
3 Idea Kreatif:
Tahniah Effa. Suatu aktiviti yang menarik.
Terima kasih, Helmi. Ya sangat menarik. Inilah pengalaman paling tidak dapat Effa lupakan. Banyak yang effa belajar.
Selamat berpuasa Effa.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )