PADA 15 September 2012, Sabtu telah diadakanKursus Penulisan Skrip Filem, Teater, dan Drama TVbertempat di Hang Tuah City Hotel, Melaka anjuran Ikatan Persuratan Melayu dan DBP dengan kerjasama GAPENA.
Objektif Kursus Penulisan Skrip Filem, Teater dan Drama TV ;
- Memperkenalkan teknik penulisan asas filem, teater dan drama tv.
- Mengasah bakat untuk melahirkan lebih ramai penulis skrip.
- Menggalakkan penghasilan skrip filem, teater dan drama tv yang berkualiti.
- Memperkaya khazanah negara dalam bidang penulisan skrip.
Kursus ini dimulai dengan ucapan aluan Ketua 1 IPM iaitu Haji Razali Endun dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Encik Sallehudin bin Abg Shokeran (Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Sesi ceramah I - Puan Siti Jasmina Ibrahim dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan tajuk ceramahnya "Asas Penulisan Skrip Filem". Dalam ceramahnya, Kak Jas membentangkan beberapa slide yang mengandungi keterangan mengenai lakon layar. Lakon layar - Asas pemahaman penulisan lakon layar filem. Akronim filem terbahagi kepada ENT, EXT, V.O, P.O.V, O.C, O.S. Kak Jas juga ada menyebut Kilaborasi/kerjasama yang merupakan proses sebuah lakon layar dihasilkan. Jenis lakon layar ada empat iaitu, 1. Mainstream, 2. Budget Besar Filem Aksi, 3. Independent, 4. Seni Budget Rendah.
Beberapa point-point penting yang saya sempat tulis ;
- Diterminasi
- Bersedia untuk berkolaborasi
- Bersedia untuk belajar
- Bersedia untuk membina rakan hubung
- Sabar & optimis
- Bakat & nasib
Empat perkara yang perlu di sedari apabila memikirkan secara visual iaitu, 1. Setting & lokasi, 2. Pengerakan dari babak ke babak, 3. Bentuk & motif visual, 4. Perubahan dari babak ke babak.
1 muka surat = 1 minit ( anggaran )
1/2 muka surat = 30 saat
Pada jam 11.30 pagi pula diteruskan sesi ceramah II oleh DinsChe Shamsudin Che Othman ( Dinsman) yang memberi ceramah bertajuk " Asas Penulisan Skrip Teater". Pak Dinsman memberitahu bahawa ;
1. Mesti tahu apa itu teater?
- Lakonan hidup di depan penonton.
2. 3 perkara penting ;
- Pelakon
-Penonton
-Lakonan
3. Latar belakang set pementasan yang hebat sudah cukup memadai.
4. Buku-buku skrip teatera elit oleh Pak Dinsman berjudul Tamu Dari Medan Perang dan Menunggu Kata Dari Tuhan juga dijual semasa kursus.
Jam 2.00 petang pula,sesi ceramah III diteruskan oleh Tuan Haji Abu Hassan Morad (Pengarah Urusan Layar Consult Sdn Bhd) dengan tajuk ceramah " Mengadaptasi Karya Sastera Kepada Skrip Filem". Beliau memberi peserta melihat slide yang mengandungi contoh-contoh drama yang telah disiarkan.
Selling Sinopsis ;
1. Jenis cerita yang dicari.
2. Gaya penceritaan yang dikehendaki.
3. Garis panduan yang dibenarkan/dilarangkan dalam drama tv.
4. Konsep yang sesuai.
Seterusnya sesi ceramah IV oleh Encik Zainal Rashid Ahmad ( Pengurus Besar TV Hijrah) dengan tajuk ceramah : Skrip Drama TV Kontemporari dan Potensi Masa Depan". Beliau banyak berkongsikan tentang ciri-ciri skrip drama yang dikehendaki oleh stesen televisyen.
Jam 4.00 petang diadakan pula sesi dialog antara peserta dengan para penceramah sehingga jam 5.00 petang. Rata-rata ramai peserta menyuarakan pelbagai soalan untuk mendalami ilmu penulisan skrip. Peserta diberikan sijil penyertaan oleh Ketua Dua IPM, DR. Arbak Othman. Kemudian, majlis penutup diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan saguhati serta ucapan penutup dari Haji Mokhtar Md Yasin ( Tokoh Sastera Negeri Melaka) Semua peserta dan penceramah bergambar beramai-ramai sebelum dijemput minum petang bersama.
Beberapa lagi keping gambar;
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )