Saya ada beberapa soalan hendak bertanya kepada (penulis). Antaranya :
- Apa perasaan anda apabila manuskrip anda diterima? jawapan : Suka. Sokong penerbit itu. Bangga.
- Apa pula perasaan anda apabila manuskrip anda ditolak? jawapan : Benci. Anti penerbit itu. Fed up.
- Apa tindakan anda apabila melihat buku kawan-kawan lain diterbitkan tetapi buku anda tidak? jawapan : Cemburu. Cuba menulis seperti dia. Terasa tercabar.
Jangan begitu kawan. Kalau dapat berita gembira ucap ALHAMDULILLAH. Begitu juga dengan berita sedih. Ini semua hikmah. Hari ini saya dapat berita bahawa manuskrip saya terpaksa ditolak. Perasaan saya ? [ Masih boleh dikawal ] ini adalah dugaan dan cabaran buat penulis. Tidak semua yang kita hasilkan itu menjadi. Anda perlu :
- Sabar
- Tenang
- Mengucap
- Senyum
- Jangan putus asa
- Berfikiran positif
- Berusaha lagi
- Berdoa
Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan penerbit itu sendiri kerana mereka ada hak untuk tidak menerima atau menerima berdasarkan ciri-ciri yang mereka mahukan. Tugas kita sebagai seorang penulis adalah perlu memperbaiki tulisan dan mutu karya itu sendiri. Anggaplah manuskrip yang kita hasilkan untuk kebaikan masyarakat tetapi bukan sebaliknya [ itulah yang saya tanamkan dalam diri saya]
Inilah pengalaman saya sebagai seorang penulis baru dan masih mentah. Kata orang, belajar dari bawah, biar susah dahulu, senang kemudian. Saya berharap anda tidak berputus asa. Saya kongsikan ilmu ini untuk anda semua. Kuatkan semangat ya kawan-kawanku. Saya sayang anda semua.
0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )