-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
13 Januari 2011
TIPS MENJADI PENULIS
TIPS MENJADI PENULIS
SEBENARNYA saya rasa masih kurang pengalaman untuk menyediakan ‘tips’ menjadi seorang penulis disebabkan saya juga masih baru dalam dunia penulisan. Ramai kawan bertanya kepada saya begini ;
Macam mana kau boleh jadi penulis?
Kalau aku nak jadi penulis macam mana?
Boleh tak kau tolong aku supaya aku boleh jadi penulis macam kau?
Habis nanti dekat mana aku nak hantar karya aku?
Semua pertanyaan itu tidak mampu saya jawab dengan mulut kerana panjang ceritanya. Bayangkan kalau sepuluh atau lebih dari seorang yang bertanya. Saya pun tiada masa hendak menjawabnya kerana sibuk menyiapkan mansukrip. Saya ulang sekali lagi, saya tidaklah sehebat mana pun dalam menulis ini kerana saya juga masih belajar. Kalau hendak diikutkan setakat ini saya sudah menghasilkan sebuah novel, 3 cerpen, 6 puisi dan 2 karya bukan kreatif dan beberapa buah novel lagi yang dalam proses hendak terbit dan juga buku cerita kanak-kanak.
Saya sekadar berkongsi ilmu dengan anda. Apa yang kurang datang dari saya dan yang baik itu tentu datangnya dari Allah S.W.T.
Baiklah kita beralih kepada fokus utama iaitu tips menjadi penulis. Atau lebih dikenali sebagai ‘Bakal Penulis’yakni karyanya masih belum disiarkan lagi.
Tips Menjadi Penulis
Mengenali Penulis-penulis yang ada
- Kenalilah paling kurang pun 10 orang penulis. Boleh senaraikan Sasterawan Negara di Malaysia? Bacalah karya-karya beliau. Lihat bagaimana beliau mengunakan bahasa dalam sastera. Ingat! Jangan tiru/ plagiat/ ciplak dll karya beliau. Jadikannya sebagai bahan rujukan. Adalah lebih baik jika kita ada menyimpan koleksi karya-karya beliau.
Membaca
- Bacalah sekurang-kurangnya 10 buah novel untuk menjadi penulis novel/ cerpen dll. Begitu juga dengan puisi. Adalah lebih baik jika baca lebih dari itu. Ini sebagai menguatkan lagi bahasa dalam penulisan.
Cari Ilham
- Mulalah menulis karya anda. Carilah tempat-tempat yang sesuai untuk mendapatkan ilham dan idea. Ada yang menulis di atas kertas. Boleh juga. Tetapi adalah nampak lebih kemas jika menaipnya. Gunakan Font Times New Roman atau Arial, Saiz 12 dan langkau dua baris.
Edit Karya
- Sesudah menghasilkan karya anda tidak kiralah dalam bentuk puisi, cerpen atau novel, silalah edit semula. Baca apa yang kurang dan tambah jika perlu. Pastikan Kamus Dewan menjadi rujukan dari segi tatabahasa dan susunan kata.
Hantar Karya
- Sebelum anda menghantar karya lihat dahulu jenis majalah, akhbar dan juga penerbit. Bukan apa, takut nanti tidak bersesuaian pula. Contohnya, sesebuah penerbit hanya menerima manuskrip Awal Remaja sahaja tetapi anda menghantar manuskrip Cinta. Adakah sesuai? ( Ini sebagai contoh sahaja. Harap anda faham)
- Carilah penerbit yang sesuai. Boleh lihat senarai penerbit di dalam blog saya ini. Lihatlah senarai manuskrip yang diterbitkan olehnya. Jikalau bersesuaian dengan karya anda, barulah hantar.
- Bagi yang karya seperti puisi, cerpen dll belilah majalah yang anda rasa hendak hantar karya cerpen atau puisi ke majalah tersebut. Contohnya majalah Remaja, Dara, Jelita dll . Lihat di ruangan Puisi, Cerpen, Sejambak Ilham, Ilhamku dll , di situ ada disertakan emel editor atau alamat untuk menghantar karya. Jika tiada, lihat sahaja muka surat awal dalam majalah itu, tentu ada alamat di mana terletaknya syarikat membuat majalah itu. Boleh hantar karya dan lampirkanlah surat. Sertakanlah juga maklumat diri anda seperti nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel dll supaya pihak editor mudah menghubungi anda.
- ngat, tidak semua majalah akan memberikan bayaran kepada karya penulis yang disiarkan. Jadi nanti jangan pula tuntut bayaran kepada editor.
Hubungi Editor
- Setelah selesai menghantar karya, ringankanlah tangan anda untuk menghubungi editor melalui telefon, emel dll bagi memastikan karya anda selamat sampai kepadanya.
Miliki Majalah
- Bagi yang menghantar manuskrip, janganlah terlalu kerap bertanyakan kepada editor tentang manuskrip untuk segera diterbitkan. Ini akan memberatkan lagi tugas editor. Tunggu sahaja maklumbalas dari editor. Pastikan editor itu ada menyatakan bahawa beliau sudah menerima masuskrip anda.
- Bagi yang menghantar cerpen dan puisi, milikilah majalah tersebut setiap bulan atau setiap keluarannya. Ini kerana tidak semua editor akan memberitahu bahawa karya kita telah disiarkan. Rajin-rajinlah mendapatkan majalah tersebut.
Ucapan Terima Kasih
- Ucaplah terima kasih kepada editor yang sudi menyiarkan karya anda. Editor menerima banyak karya setiap hari. Karya yang disiarkan antara yang terbaik dan bertuah. Tetapi janganlah terlalu bangga dengan karya anda. Terkadang tidak semua karya disiarkan itu baik. Ada yang perlu diperbaiki. Contohnya seperti karya-karya saya. Jujur saya katakan saya juga masih belajar.
- Mintalah pendapat editor tentang karya anda. Kalau anda selalu hantar karya, editor akan mengenali anda. Rajinlah menulis tanpa henti. Hasilkan karya dengan lebih baik lagi.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ketika menjadi bakal penulis. Apa yang kurang harap dimaafkan. Ingat sekali lagi saya ulang, saya sebenarnya TIDAK layak dalam memberikan tips sebegini. Ini adalah atas permintaan yang bertalu-talu bertanya kepada saya. Semoga ianya membantu anda. Saya kongsikan ilmu saya untuk semua. Semoga bermanfaat!
Label:
Tips Penulisan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)











20 Idea Kreatif:
oh, banyak nya step nak jadi penulis, dulu minat, tapi sekarang macam dah berkubur je ;) heee
btw, entry ni good ;)
banyaklah juga awak. Tapi setiap sesuatu tu kan mesti dengan usahanya kan? Yeke awk? asah minat dan bakat tu. Mana tahu nanti boleh jadi penulis terkenal, kan? Rezeki masing-masing kan. Tq awk.. =)
wah..jadi penulis yerpp!! thumbs up dikkk...akak ni fail kalo bab2 menulis...membaca....hampehh!!
tapi kalo bab2 mengira kasik..mmg bleh...ahakss!!~~
selamat menulis dgn jayanya k dikk!!!~~ chayokkk!! chayookk!!
Terima kasih, kak. Tq sudi beri komen di sini dan menyokong saya. Tq! =)
tips yg berguna.nk cuba menulis lah...=P
azman,
cubalah... =)
agar terus berjaya...
Amin.. terima kasih, abg Idan. Untuk abg juga, teruskan menulis... :)
kagum kak bl baca blog adik nie..msh muda sudah jd penulis. dulu kak minat sgt bidang penulisan nie, karya kak pernah trbit dlm akhbar Kosmo, Tunas Cipta dan Dewan Sastera juga masa thun 2008-2009.. tp slps tu trkubur pas kawin dn ada ank.. rindu pd dunia penulisan masih ada tp apakan daya kekangan masa dan komitmen pd kerjaya dan rumhtangga byk membataskan minat kak.. adik farehah semoga trus sukses dlm penulisan ea..Chaiyok2
Sdri Tanpa Nama,
Terima kasih atas maklumbalas sdri. Boleh tahu nama? Blog saya biasa-biasa saja, kak. Saya kongsi ilmu penulisan sekadar yang mampu. Harap ianya bermanfaat. Kalau ada yang kurang, saya minta maaf. Tahniah! Maknanya akak ini seorang penulis! Bukan mudah karya nak disiarkan di Tunas Cipta&Dewan Sastera tau. Ya, menjadi penulis ni kekangan masa yang banyak menghalang.
Kak,
Boleh saya menulis perlahan-lahan. Tulislah tentang kisah rumah tangga, anak-anak dll sebagai ilham@idea menulis sebab ianya datang tanpa kita sedari. Apa-apa pun tahniah sebab ada karya yang disiarkan! ^__^
Terima kasih, kak atas sokongan dan doa. Amatlah saya hargai. Jemputlah kunjungi blog saya lagi ya. Moga kita dapat berkongsi ilmu di sini lagi... Untuk akak juga, moga terus cekal berkarya!
Salam mesra,
NFJ~
terharu nya ats mklumbls adik. Bertuah empunya ibu yg mengandung dan membesarkn.. sejuk hti. insyaallah, kak cuba. trma kasih ats pendapat yg berguna . kak mmg akn trus kunjungi blog adik ni sbb dh bookmarks pun..heheee. ape fb adik ea?
Hehe... jangan puji lebih-lebih, kak.. hehe.. apa-apa pun niat saya baik. Nak kongsi ilmu dengan rakan penulis baru. Moga bermanfaat. Sama-sama, kak. Okay, teruskan menulis ya! Fb saya boleh saja cari nama Nurul Farehah Jaamad atau link, https://www.facebook.com/nurul.f.effa
terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi tips...saya dahulu giat menulis waktu sekolah...tp berhenti lantaran kesibukan..tp bila baca blog awak...saya jadi bersemangat semula nak menulis..terima kasih ya...semoga Allah sentiasa merahmati awk :)
Siti Norhidayah,
Sama-sama. Terima kasih atas doa itu. Teruskan menulis ya. Jangan mudah berputus asa.
salam adik Farehah..
akak ada menulis sebuah novel kanak-kanak tapi tak tahu nak hantar ke penerbit mana. Baru-baru ni akak ada hantar email pada editor prima seperti yang terdapat dalam blog adik ni tapi tak dibalas. Rasa kecewa dan putus asa dah. dah lama mencari penerbit dan menghantar email untuk pertanyaan tapi tak dilayan. Harap adik dapat membantu..
Wsalam,
Buku Prima mungkin sibuk. Dan biasanya kalau ada apa-apa, editor akan hubungi penulis. Tunggu sahaja. Yang penting pastikan alamatnya betul. Tak perlu rasa kecewa dan putus asa kerana itu baru permulaan cabaran dalam bidang penulisan. Banyak lagi yang akan kita tempuhi. Kenalah sabar ya. Rajin2lah google cari penerbit yang sesuai. Takpun pergi kedai buku. Kat lama blog ini pun ada senarai nama penerbit. Boleh rujuk. Sekian...
saya ada menghantar manuskrip kepada editor melalui email, tetapi tiada balasan. perlukah saya menghantarnya melalui pos juga?
Saya pun sudah berjinak-jinak hendak menulis. Dulu semasa masih sekolah menengah saya sudah mula menulis, malangnya, saya hanya suka-suka untuk menulis. Tidak terfikir pun hendak menjadi penulis. Kini, saya hendak kembali menulis, harap saya boleh menjadi seperti anda. Dan terima kasih di atas tips yang diberikan di sini.
karya kanak-kanak perlu dihasilkan berserta gambar? harap dapat membantu. :)
Kepada anda yang ingin jadi penulis, teruskan. Jangan gentar! Hasilkan karya yang bermutu. Semoga berjaya.
Untuk karya kanak-kanak, tak perlu. Tetapi jika penulis kemukan, amatlah berbesar hati pihak editor menerima. Jika sesuai, mereka akan ambil perhatian.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )