-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-

PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
25 Mac 2011
Aku, Masa dan Sastera
Tahun 2011 begitu bermakna buat diriku. Selain berazam menjadi seorang umat manusia yang lebih baik, effa juga berazam untuk menjadi seorang penulis yang baik juga. Effa mahu menulis dengan lebih giat lagi. Sebenarnya akhir bulan Disember 2010 adalah merupakan waktu untuk beristirahat daripada menulis. Yakni effa sudah selesai menyiapkan beberapa buah puisi dan cerpen untuk dihantar ke mana-mana media penerbitan yang effa rasakan sesuai dengan karya effa itu. Effa juga selesai menghasilkan manuskrip buku kanak-kanak siri teladan. Jadi, setelah effa berjaga malam untuk menyempurnakan manuskrip itu, barulah terasa lega sedikit. Effa tinggalkan sekejap dunia penulisan/sastera. Ibu effa cadangkan supaya effa bersiar-siar. Hmmm, itu cadangan yang baik tetapi effa memang tidak suka keluar rumah. Effa lebih suka duduk di rumah dan memakai kain batik. Kain batik? ya! itu menunjukkan effa memang ada je di rumah. hehe... [ apa yang effa berleter ni??]
Sebenarnya, masih ada banyak lagi proposal yang effa lakarkan di atas kertas putih. Sepanjang penghujung bulan Disember itulah effa merasakan rindu untuk menulis padahal itu adalah masa untuk effa merehatkan minda dan fizikal. Effa memang tak boleh duduk diam ada saja yang hendak dikarangnya. Effa ke kedai buku untuk hilangkan tekanan semasa menulis. Effa ke pantai, bermain badminton dan sebagainya asalkan yang tiada kaitan dengan penulisan. Ingat, itu masa rehat effa tetapi effa masih juga hendak menulis. Oleh itu ke mana effa pergi, buku nota kecil sentiasa berada di sisi effa untuk effa catat apa yang terlintas di fikiran. Oh ya, effa dipanggil untuk hadiri kursus penulisan kanak-kanak oleh BP tetapi malangnya tidak dapat hadir.
Januari 2011 - Effa diberitahu bahawa karya cerpen effa bertajuk "Berdosakan Mereka?" disiarkan di dalam DS. Begitu effa gembira mendengar berita ini. Kalau tak silap awal bulan Disember 2010 effa hantar. Kemudian, sebulan selepas itu, karya effa pula disiarkan. Terima kasih banyak-banyak kepada editor. Effa menerima bayaran sebanyak RM150 di atas hasil karya effa itu. Perasaan effa sangat gembira kerana dapat menikmati hasil tenaga sendiri. Dengan duit itu effa rasa sangat bersyukur walau sudah terima banyak menerima honorarium. Lebih menyeronokkan apabila effa dapat belanja keluarga makan malam di kedai. Jujur effa katakan yang effa begitu gembira saat itu. Kalaulah arwah ayah masih ada lagi tentu dia akan gembira melihat kejayaan yang effa milik sekarang. Effa mahukan senyumannya yang selalu effa renungkan. Doa effa untuknya tidak pernah lekang dari ingatan. Tiap kali berkarya pasti teringatkannya. Jaamad Bin Sahnan, dialah membakar semangat effa selama ini. Ibu, Rasimah Binti Nordin, dialah penguat masa hadapanku.
Effa menghantar karya puisi dan cerpen untuk Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak anjuran IPM. Menang atau tidak, itu adat dalam sesebuah pertandingan. Para peserta akan dijemput hadir pada majlis penyampaian hadiah. Semestinya effa akan hadir jikalau tiada halangan. Memandangkan lokasi itu hanya di Melaka sahaja memandangkan effa tinggalkan di Melaka. Doakan effa salah seorang daripada pemenangnya ya. InsyaAllah.
Februari 2011 - Bulan yang cukup memeeri memberi banyak cabaran kepada effa. Kisah BAIK dan kisah BURUK. Beberapa karya puisi effa disiarkan di majalah Remaja dan DS. Effa juga mengharungi kisah paling pahit dalam hidup effa di mana tanggal 15 Februari 2011 atau 12 RabiulAwal 1432 atau pada hari Maulidur Rasul, tingkap bilik effa dicungkil pencuri. Sudah sejengkal jari pencuri itu membuka tingkap bilik effa. Sekitar jam 4.00 pagi dia melakukan kerja bodoh itu. Nasib baiklah tingkap bilik effa bergrill kalau tidak... saat itu effa memang tidak boleh itu sebab terdengar sesuatu bunyi yang menganggu tidur effa. Effa ada teragak juga itu pencuri tetapi tidak mahu fikir bukan-bukan. Benar sangkaan effa. Malangnya, pencuri itu berjaya melarikan diri. Kecurian banyak berlaku di kampung effa. Effa solat hajat dan memohon agar pencuri itu mendapat balasan meski dia tidak mencederakan effa, effa memang geram dengan pencuri itu. Effa risaukan keselamatan penduduk kampung effa.
Ya Allah! Semoga pencuri itu tertangkap juga akhirnya. Amin. Meskipun hati ini bimbang kalau-kalau pencuri itu muncul lagi, effa tetap berkarya. Effa selalu berjumpa dengan arwah ayah di dalam mimpi. Tak percaya? terpulang kerana anda tidak hadir dalam mimpi itu. Ada lagi, effa tersedar saat wajah arwah ayah terpapar di mata effa dan saat itulah effa tersentak dan terus bangun lalu mendengar pencuri itu mencungkil tingkap. Itu satu petanda. Itulah yang berlaku sepanjang bulan Februari dalam kitab hidup effa.
Mac 2011 - Rezeki effa sekali lagi, karya puisi dan cerpen di dalam DS dan juga majalah Remaja. Effa gembira kerana buat pertama kalinya cerpen effa disiarkan di dalam majalah Remaja. Puisi effa juga disiarkan dua bulan berturut-turut di dalam DS. Effa juga diberitahu bahawa karya cerpen pendek effa akan dimuatkan di dalam majalah sulung keluaran PTS ONE bertajuk "Untuk Si Gadis"
16 Mac 2011 - Dapat panggilan daripada editor Buku Prima. Effa seronok sangat apabila dapat melihat pruf manuskrip kanak-kanak tulisan effa yang sudah siap. Sebelum cover dibuat, editor minta effa semak dan lihat kalau-kalau ada yang salah pada manuskrip itu. Effa semacam tidak percaya itu tulisan effa. Ilustrasinya begitu cantik sekali. Sangat kreatif pereka grafik itu. Effa juga belajar cara hendak menulis manuskrip kanak-kanak setelah diedit oleh editor. Editor juga gembira. Beberapa hari kemudian, editor telefon untuk bincangkan tentang surat perjanjian dan pembayarannya. Oh ya, pihak Pelangi Books mahukan karya kisah haiwan teladan untuk budak tadika yang effa sudah tawarkan diri untuk menyertainya.
23 Mac 2011 - Effa dapat panggilan daripada editor yang menyatakan effa dijemput hadir ke PBAKL 2011. Editor memberi pilihan samada effa dapat hadir pada 30 April atau 1 Mei, sesi 10.00-12.00 pagi, 12.00-2.00 petang, 2.00-4.00 petang dan 4.00-6.00 petang. Jadi effa memilih tarikh 1 Mei 2011 sesi 2.00 - 4.00 petang. Sebenarnya perasaan effa sangat gementar. Bagaimana effa nak atasi perasaan gementar itu? effa kena promote buku Taman Seribu Bunga untuk kanak-kanak. Effa suka kanak-kanak! Syukur kerana dijemput hadir ke pesta buku. Keluarga effa juga turut memberi sokongan kepada effa nanti. Kalau mahu bertemu dengan effa, jemputlah ke pesta buku nanti.
Sebenarnya buku Taman Seribu Bunga terbit 28 Mac 2011 bukan 21 Mac 2011. Maaf kerana salah beri makluman. Ini kerana effa lihat di laman web Buku Prima kelmarin. Mungkin adimin baru update. Itu tidak mengapa. Effa gembira kerana ramai yang sudah membuat pesanan untuk buku itu. Terima kasih semua.
24 Mac 2011 - Puan Sri Diah ada buat bengkel untuk penulis-penulis menulis novel remaja. Beliau akan ajar cara menghasilkan novel remaja. Ini peluang yang sangat baik. Editor masih menunggu jawapan daripada effa samada boleh hadir atau tidak. Sememangnya effa mahu hadir cuma effa mahu pastikan ada yang boleh membawa effa ke sana atau tidak.
Sekarang effa mula menulis semula. Selain itu, effa bershoping buku di kedai. Wah, seronoknya. Effa mahu ke PERPUSTAM kerana di situ ada pameran Alam Sekitar, bolehlah effa mencuci mata melihat pameran itu. Tentu minda akan tenang. Apa yang penting, semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan ini dan memberkati kehidupan ini. Hari ini adalah terbaik, esok adalah hari-hari yang paling terbaik.
InsyaAllah hujung tahun ini juga effa bakal dimiliki seseorang [ehem2 ada kena mengena kah dengan tajuk entri ni. Hehe...] Hmmm, hujan sudah mula turun. Sebelum effa ambil selimut dan stokin kerana sudah kesejukan ini, effa akhir dengan sekian terima kasih.
Nota : Ini adalah kisah yang ingin effa kongsikan kepada anda semua sebagaimana effa menjalani hidup sebagai seorang penulis muda yang masih mengorak langkah menjadi yang lebih baik, seorang remaja yang meningkat dewasa dan insan yang bermanfaat untuk semua. Effa mahu anda semua tahu, usaha, yakin, doa dan restu itu sangat penting sekali. Hargai diri kita seadanya. Kalau bukan kita siapa lagi?
Salam Sayang & Rindu,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
-
-
-
4 kemungkinan punca letupan paip gas5 minggu yang lalu
-
-
Dari Lensa Telefon Pintar Saya - FOTOGRAFI7 bulan yang lalu
-
-
Open AI Leaks: Is a GPT 4.5 Turbo Model on the Way?Setahun yang lalu
-
-
NISA KAY - I'm still here.3 tahun yang lalu
-
-
Legacy worth killing for “House of Gucci” - MGM3 tahun yang lalu
-
BAGAIMANAKAH WAJAH KARYA KREATIF MASA DEPAN?4 tahun yang lalu
-
-
SWAB PCR COVID-194 tahun yang lalu
-
Perfectly Halal! [Bab 21 & Bab 22]5 tahun yang lalu
-
Berita Baik 20.02.20205 tahun yang lalu
-
Jersi pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 ada Gambir Emas5 tahun yang lalu
-
-
ZIKRAYAT EPISOD 65 tahun yang lalu
-
Membuat keputusan5 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu5 tahun yang lalu
-
Kerana Dia... Kamu! (Bab 1)5 tahun yang lalu
-
Wordless Wednesday (13)5 tahun yang lalu
-
Pembukaan untuk Mengirim Makalah Pangsura tahun 20215 tahun yang lalu
-
Simpan Kenangan5 tahun yang lalu
-
Download ♠ Portrait of a Turkish Family epub by Irfan Orga5 tahun yang lalu
-
GAD5 tahun yang lalu
-
Persinggahan5 tahun yang lalu
-
SARINGAN AKHIR KATEGORI CERPEN REMAJA HSKU 20176 tahun yang lalu
-
-
SABUN HANDMADE ALEYA ANEESA6 tahun yang lalu
-
Review : Aquaman 20186 tahun yang lalu
-
PM Professional Journey6 tahun yang lalu
-
Prabowo Subianto ziarah ke makam Raja Mataran Imogiri6 tahun yang lalu
-
KUSEMAN.COM6 tahun yang lalu
-
PERADUAN KRITIK BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG 20186 tahun yang lalu
-
-
Green Supply Chain Management7 tahun yang lalu
-
Being a Fangirl (IGOT7 edition)7 tahun yang lalu
-
Menukar Paradigma Untuk Kejayaan Gemilang7 tahun yang lalu
-
-
Sebab Allah Itu Ada7 tahun yang lalu
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 tahun yang lalu
-
PTPTN : Cara Tukar Konvensional Kepada Ujrah7 tahun yang lalu
-
New Adventure Begins7 tahun yang lalu
-
TV Show Says Get Sleep Spray?7 tahun yang lalu
-
Ku sangkakan lepas.. rupanya...7 tahun yang lalu
-
Chronicle Viking Melayu - Suhuf Viking 18 tahun yang lalu
-
Jejak Jodoh Jebat [PROLOG]8 tahun yang lalu
-
Asas Bisnes: Bisnes Kecil Mindset Besar8 tahun yang lalu
-
Giveaway Planner 2017 by @papernplanner8 tahun yang lalu
-
Kenapa TV dulu-dulu takde Warna8 tahun yang lalu
-
-
Rabun8 tahun yang lalu
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna8 tahun yang lalu
-
kejar8 tahun yang lalu
-
Syawal 20168 tahun yang lalu
-
-
Pengalaman Bersalin Kali Pertama, Ziyad Rizq - Ketuban Leaking8 tahun yang lalu
-
LIL PRETZELICIOUS - ORDER DIBUKA9 tahun yang lalu
-
Kunyah Makanan hingga Lembut Bikin Langsing9 tahun yang lalu
-
Di Manakah "Selamat" Dalam "Selamat Tinggal" ?9 tahun yang lalu
-
STAR Blue cardi9 tahun yang lalu
-
K-PaP edisi Mac 20169 tahun yang lalu
-
Queen Control (versi baru) - PROLOG9 tahun yang lalu
-
Awwww~ This Korean Guy called me from Far Far Away to say…..9 tahun yang lalu
-
-
Zone 261 ()9 tahun yang lalu
-
villa di garut jawa barat9 tahun yang lalu
-
Kursus Online Bersertifikat di Indonesia9 tahun yang lalu
-
-
Seattle I9 tahun yang lalu
-
[Tutorial Thursday] Tutorial untuk buat tutorial9 tahun yang lalu
-
Window and Main Door Decoration Ideas for Cottage9 tahun yang lalu
-
-
CERPEN CIKGU MURNI10 tahun yang lalu
-
Gambar Pemandangan Menarik di UNIMAS10 tahun yang lalu
-
-
Romeo yang Hilang: Bab 2210 tahun yang lalu
-
Mengapa blog saya tiada pada carian Google?10 tahun yang lalu
-
Bantal tema 'OWL' yang sangat cute :)10 tahun yang lalu
-
-
MEMBACA SAMBIL BERAMAL...10 tahun yang lalu
-
Hujan Januari, 201510 tahun yang lalu
-
I must be joking10 tahun yang lalu
-
SIGNIFICANT SKIN CARE (SSC) IS BACK !!10 tahun yang lalu
-
Bianglala Oktober10 tahun yang lalu
-
-
Diskusi Buku Alumni MPR 201410 tahun yang lalu
-
Hero di hati kami10 tahun yang lalu
-
:: Layan Movie ::10 tahun yang lalu
-
Sambal Hitam Belimbing Buluh by Sambal People10 tahun yang lalu
-
Ashens and the Quest for the Gamechild (2013)10 tahun yang lalu
-
raya 201410 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan10 tahun yang lalu
-
Sebuah cerpen dan semangat yang kembali10 tahun yang lalu
-
27 Disember 201310 tahun yang lalu
-
-
TAMAN MAKNAWI11 tahun yang lalu
-
-
Sepotong Doa, Jadi Unggas dan Duyung11 tahun yang lalu
-
-
Tersenarai Dalam AGBK 2013.11 tahun yang lalu
-
Hai-hai...Bai-bai.11 tahun yang lalu
-
Microsoft vs Kingsoft..??!11 tahun yang lalu
-
-
Facebook11 tahun yang lalu
-
Baiti Jannati11 tahun yang lalu
-
Ulasan buku : Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang11 tahun yang lalu
-
HARUMAN CINTA AL-GHAZALI11 tahun yang lalu
-
business Online11 tahun yang lalu
-
hadirlah11 tahun yang lalu
-
Kehidupan Jauh Berbeza11 tahun yang lalu
-
-
Mesir Berdarah11 tahun yang lalu
-
. Tazkirah Ringkas Kenali Aidilfitri .11 tahun yang lalu
-
E-novel11 tahun yang lalu
-
Rindu..Simpan saja!12 tahun yang lalu
-
kembali12 tahun yang lalu
-
PERPINDAHAN KE BLOG BAHARU12 tahun yang lalu
-
kisah cuti dan gaji pada 31.12.201212 tahun yang lalu
-
Sikap Biar Cantik.12 tahun yang lalu
-
Fiber12 tahun yang lalu
-
Bengkel Tanjak & Ikat Samping12 tahun yang lalu
-
-
-
persoalan12 tahun yang lalu
-
hujan12 tahun yang lalu
-
Tahun 2012 yang CLASS ^___^ Tahun 2013, Tahun Kerja Keras!12 tahun yang lalu
-
Tehnik menyusui yang benar itu gimana ?12 tahun yang lalu
-
Conteng-conteng12 tahun yang lalu
-
Terfikir dan Berfikir12 tahun yang lalu
-
Android On Pc12 tahun yang lalu
-
Kisah Tentang Taat dan Penghormatan Pada Ulama.12 tahun yang lalu
-
IKHLASNYA FAMOUS NASI AYAM!12 tahun yang lalu
-
TERBITAN BUKU PRIMA12 tahun yang lalu
-
1st GA Kumbang Jingga12 tahun yang lalu
-
Korban 1433H12 tahun yang lalu
-
Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...12 tahun yang lalu
-
FIRST MOMENT JUMPER12 tahun yang lalu
-
Budaya dah terbalik!!!12 tahun yang lalu
-
CERPEN : Lecturerku, Suamiku?12 tahun yang lalu
-
Kasihani Lah Saya12 tahun yang lalu
-
Siri Adam dan Hawa utk sape2 yg takde Astro.12 tahun yang lalu
-
anarkis (v)12 tahun yang lalu
-
JUBAH/ABAYA MESIR : PRE ORDER SEPTEMBER12 tahun yang lalu
-
Jualan Meletup Di FB Kami !!!12 tahun yang lalu
-
Ber-shortsem di UIA Gombak12 tahun yang lalu
-
another wish for 2012 wishlist :)12 tahun yang lalu
-
Blog ini sediakan BACKLINK untuk anda12 tahun yang lalu
-
Jawatan Kosong It Technician12 tahun yang lalu
-
-
Andainya aku bisa luahkan segalanya...13 tahun yang lalu
-
cOmElNyE........!!!!!!!!!!!! mCm aKU..hehehe13 tahun yang lalu
-
Mesir:Laut&Sungai yang tak bercantum!13 tahun yang lalu
-
Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga13 tahun yang lalu
-
~IT'S TIME TO SHOOTING MANDERIN FILM & RUNNING MAN~13 tahun yang lalu
-
-
Mutiara Damansara Berselawat13 tahun yang lalu
-
KEBUN HAYAT13 tahun yang lalu
-
26 January13 tahun yang lalu
-
lebih kurang13 tahun yang lalu
-
: Kenapa La Aku Tak Pandai Main Gitar..13 tahun yang lalu
-
-
Haha ?13 tahun yang lalu
-
BUKU KITA TERLUKA13 tahun yang lalu
-
Omaigad aku mahu mahu mahukanya13 tahun yang lalu
-
SETAHUN SUDAH BERLALU13 tahun yang lalu
-
Bab 2- Bibir yang ku sentuh13 tahun yang lalu
-
Manis Gula13 tahun yang lalu
-
http://ulfawafa.blogspot.com13 tahun yang lalu
-
Pindah13 tahun yang lalu
-
Celebrity hairstyles 201113 tahun yang lalu
-
Ya Allah …..13 tahun yang lalu
-
Maknakanlah Cinta13 tahun yang lalu
-
alhamdullilah. bulan Ramadhan. hari yang ke-1913 tahun yang lalu
-
PROLOG : Hikayat Gadis Jahat13 tahun yang lalu
-
Women Forgive but14 tahun yang lalu
-
Azid & Farina14 tahun yang lalu
-
Pergilah kekasih14 tahun yang lalu
-
Blog pilihan hari ke-6!14 tahun yang lalu
-
kELiMa14 tahun yang lalu
-
Long Sweet Fit Cardigan14 tahun yang lalu
-
Babak 1314 tahun yang lalu
-
Andaiku ungkap kata-kata.14 tahun yang lalu
-
Salam lebaran14 tahun yang lalu
-
-
PENGUMUMAN!15 tahun yang lalu
-
JADUAL MUDAH LIHAT15 tahun yang lalu
-
minggu ujian bulanan pertama15 tahun yang lalu
-
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)


2 Idea Kreatif:
tahniah effa kerna masih tegar menulis :)
terima kasih, syukri.. =)
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )