-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih moga memberkati segala ilmu diblog ini-
PENGHARGAAN
Blog ini wujud sejak Januari 2010 bertujuan untuk berkongsi hasil penulisan/karya-karya saya kepada semua pembaca, peminat sastera, dan sesiapa sahaja. Semua tulisan di dalam blog ini adalah hak mutlak saya. Blog ini juga mencatatkan aktiviti penulisan, karya dan berkongsi dunia sastera kepada semua para pembaca. Sesiapa sahaja boleh berkongsi pendapat di laman web ini dengan meninggalkan komen sama ada di ruangan post entry atau coretan pena.
Blog ini juga ada menyediakan ruangan 'Hantar Karya'. Ini memudahkan bakal penulis/penulis/berminat menghantar karya cerpen, puisi, sajak dan novel di media percetakan/penerbitan. Hendaklah menghantar emel mengenai urusan pertanyaan karya dan menghantar karya atau berkenaan dengan karya sahaja. Bagi yang hendak memesan buku hasil tulisan saya melalui saya, boleh isi borang di 'Pesan Novel/Buku'.
Sebarang pandangan, cadangan, pendapat atau idea bernas yang membina untuk dikongsi bersama, sila emel ke: effa_nurul19@yahoo.com atau nurul.farehah90@gmail.com . Mohon anda gunakan ejaan, bahasa dan komen dengan betul di blog saya ini. Bahasa yang molek amatlah dihargai. Cintailah bahasa kita!
Renungan
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim." - Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Teman Blogger
25 Mac 2011
Aku, Masa dan Sastera
Tahun 2011 begitu bermakna buat diriku. Selain berazam menjadi seorang umat manusia yang lebih baik, effa juga berazam untuk menjadi seorang penulis yang baik juga. Effa mahu menulis dengan lebih giat lagi. Sebenarnya akhir bulan Disember 2010 adalah merupakan waktu untuk beristirahat daripada menulis. Yakni effa sudah selesai menyiapkan beberapa buah puisi dan cerpen untuk dihantar ke mana-mana media penerbitan yang effa rasakan sesuai dengan karya effa itu. Effa juga selesai menghasilkan manuskrip buku kanak-kanak siri teladan. Jadi, setelah effa berjaga malam untuk menyempurnakan manuskrip itu, barulah terasa lega sedikit. Effa tinggalkan sekejap dunia penulisan/sastera. Ibu effa cadangkan supaya effa bersiar-siar. Hmmm, itu cadangan yang baik tetapi effa memang tidak suka keluar rumah. Effa lebih suka duduk di rumah dan memakai kain batik. Kain batik? ya! itu menunjukkan effa memang ada je di rumah. hehe... [ apa yang effa berleter ni??]
Sebenarnya, masih ada banyak lagi proposal yang effa lakarkan di atas kertas putih. Sepanjang penghujung bulan Disember itulah effa merasakan rindu untuk menulis padahal itu adalah masa untuk effa merehatkan minda dan fizikal. Effa memang tak boleh duduk diam ada saja yang hendak dikarangnya. Effa ke kedai buku untuk hilangkan tekanan semasa menulis. Effa ke pantai, bermain badminton dan sebagainya asalkan yang tiada kaitan dengan penulisan. Ingat, itu masa rehat effa tetapi effa masih juga hendak menulis. Oleh itu ke mana effa pergi, buku nota kecil sentiasa berada di sisi effa untuk effa catat apa yang terlintas di fikiran. Oh ya, effa dipanggil untuk hadiri kursus penulisan kanak-kanak oleh BP tetapi malangnya tidak dapat hadir.
Januari 2011 - Effa diberitahu bahawa karya cerpen effa bertajuk "Berdosakan Mereka?" disiarkan di dalam DS. Begitu effa gembira mendengar berita ini. Kalau tak silap awal bulan Disember 2010 effa hantar. Kemudian, sebulan selepas itu, karya effa pula disiarkan. Terima kasih banyak-banyak kepada editor. Effa menerima bayaran sebanyak RM150 di atas hasil karya effa itu. Perasaan effa sangat gembira kerana dapat menikmati hasil tenaga sendiri. Dengan duit itu effa rasa sangat bersyukur walau sudah terima banyak menerima honorarium. Lebih menyeronokkan apabila effa dapat belanja keluarga makan malam di kedai. Jujur effa katakan yang effa begitu gembira saat itu. Kalaulah arwah ayah masih ada lagi tentu dia akan gembira melihat kejayaan yang effa milik sekarang. Effa mahukan senyumannya yang selalu effa renungkan. Doa effa untuknya tidak pernah lekang dari ingatan. Tiap kali berkarya pasti teringatkannya. Jaamad Bin Sahnan, dialah membakar semangat effa selama ini. Ibu, Rasimah Binti Nordin, dialah penguat masa hadapanku.
Effa menghantar karya puisi dan cerpen untuk Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak anjuran IPM. Menang atau tidak, itu adat dalam sesebuah pertandingan. Para peserta akan dijemput hadir pada majlis penyampaian hadiah. Semestinya effa akan hadir jikalau tiada halangan. Memandangkan lokasi itu hanya di Melaka sahaja memandangkan effa tinggalkan di Melaka. Doakan effa salah seorang daripada pemenangnya ya. InsyaAllah.
Februari 2011 - Bulan yang cukup memeeri memberi banyak cabaran kepada effa. Kisah BAIK dan kisah BURUK. Beberapa karya puisi effa disiarkan di majalah Remaja dan DS. Effa juga mengharungi kisah paling pahit dalam hidup effa di mana tanggal 15 Februari 2011 atau 12 RabiulAwal 1432 atau pada hari Maulidur Rasul, tingkap bilik effa dicungkil pencuri. Sudah sejengkal jari pencuri itu membuka tingkap bilik effa. Sekitar jam 4.00 pagi dia melakukan kerja bodoh itu. Nasib baiklah tingkap bilik effa bergrill kalau tidak... saat itu effa memang tidak boleh itu sebab terdengar sesuatu bunyi yang menganggu tidur effa. Effa ada teragak juga itu pencuri tetapi tidak mahu fikir bukan-bukan. Benar sangkaan effa. Malangnya, pencuri itu berjaya melarikan diri. Kecurian banyak berlaku di kampung effa. Effa solat hajat dan memohon agar pencuri itu mendapat balasan meski dia tidak mencederakan effa, effa memang geram dengan pencuri itu. Effa risaukan keselamatan penduduk kampung effa.
Ya Allah! Semoga pencuri itu tertangkap juga akhirnya. Amin. Meskipun hati ini bimbang kalau-kalau pencuri itu muncul lagi, effa tetap berkarya. Effa selalu berjumpa dengan arwah ayah di dalam mimpi. Tak percaya? terpulang kerana anda tidak hadir dalam mimpi itu. Ada lagi, effa tersedar saat wajah arwah ayah terpapar di mata effa dan saat itulah effa tersentak dan terus bangun lalu mendengar pencuri itu mencungkil tingkap. Itu satu petanda. Itulah yang berlaku sepanjang bulan Februari dalam kitab hidup effa.
Mac 2011 - Rezeki effa sekali lagi, karya puisi dan cerpen di dalam DS dan juga majalah Remaja. Effa gembira kerana buat pertama kalinya cerpen effa disiarkan di dalam majalah Remaja. Puisi effa juga disiarkan dua bulan berturut-turut di dalam DS. Effa juga diberitahu bahawa karya cerpen pendek effa akan dimuatkan di dalam majalah sulung keluaran PTS ONE bertajuk "Untuk Si Gadis"
16 Mac 2011 - Dapat panggilan daripada editor Buku Prima. Effa seronok sangat apabila dapat melihat pruf manuskrip kanak-kanak tulisan effa yang sudah siap. Sebelum cover dibuat, editor minta effa semak dan lihat kalau-kalau ada yang salah pada manuskrip itu. Effa semacam tidak percaya itu tulisan effa. Ilustrasinya begitu cantik sekali. Sangat kreatif pereka grafik itu. Effa juga belajar cara hendak menulis manuskrip kanak-kanak setelah diedit oleh editor. Editor juga gembira. Beberapa hari kemudian, editor telefon untuk bincangkan tentang surat perjanjian dan pembayarannya. Oh ya, pihak Pelangi Books mahukan karya kisah haiwan teladan untuk budak tadika yang effa sudah tawarkan diri untuk menyertainya.
23 Mac 2011 - Effa dapat panggilan daripada editor yang menyatakan effa dijemput hadir ke PBAKL 2011. Editor memberi pilihan samada effa dapat hadir pada 30 April atau 1 Mei, sesi 10.00-12.00 pagi, 12.00-2.00 petang, 2.00-4.00 petang dan 4.00-6.00 petang. Jadi effa memilih tarikh 1 Mei 2011 sesi 2.00 - 4.00 petang. Sebenarnya perasaan effa sangat gementar. Bagaimana effa nak atasi perasaan gementar itu? effa kena promote buku Taman Seribu Bunga untuk kanak-kanak. Effa suka kanak-kanak! Syukur kerana dijemput hadir ke pesta buku. Keluarga effa juga turut memberi sokongan kepada effa nanti. Kalau mahu bertemu dengan effa, jemputlah ke pesta buku nanti.
Sebenarnya buku Taman Seribu Bunga terbit 28 Mac 2011 bukan 21 Mac 2011. Maaf kerana salah beri makluman. Ini kerana effa lihat di laman web Buku Prima kelmarin. Mungkin adimin baru update. Itu tidak mengapa. Effa gembira kerana ramai yang sudah membuat pesanan untuk buku itu. Terima kasih semua.
24 Mac 2011 - Puan Sri Diah ada buat bengkel untuk penulis-penulis menulis novel remaja. Beliau akan ajar cara menghasilkan novel remaja. Ini peluang yang sangat baik. Editor masih menunggu jawapan daripada effa samada boleh hadir atau tidak. Sememangnya effa mahu hadir cuma effa mahu pastikan ada yang boleh membawa effa ke sana atau tidak.
Sekarang effa mula menulis semula. Selain itu, effa bershoping buku di kedai. Wah, seronoknya. Effa mahu ke PERPUSTAM kerana di situ ada pameran Alam Sekitar, bolehlah effa mencuci mata melihat pameran itu. Tentu minda akan tenang. Apa yang penting, semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan ini dan memberkati kehidupan ini. Hari ini adalah terbaik, esok adalah hari-hari yang paling terbaik.
InsyaAllah hujung tahun ini juga effa bakal dimiliki seseorang [ehem2 ada kena mengena kah dengan tajuk entri ni. Hehe...] Hmmm, hujan sudah mula turun. Sebelum effa ambil selimut dan stokin kerana sudah kesejukan ini, effa akhir dengan sekian terima kasih.
Nota : Ini adalah kisah yang ingin effa kongsikan kepada anda semua sebagaimana effa menjalani hidup sebagai seorang penulis muda yang masih mengorak langkah menjadi yang lebih baik, seorang remaja yang meningkat dewasa dan insan yang bermanfaat untuk semua. Effa mahu anda semua tahu, usaha, yakin, doa dan restu itu sangat penting sekali. Hargai diri kita seadanya. Kalau bukan kita siapa lagi?
Salam Sayang & Rindu,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Karya Di Media
- Puisi : Sabar ( Dewan Siswa, Jun 2012 )
- Buku Cerita ; Anak Ikan Yang Degil ( terbitan Buku Prima, 2012 )
- Cerpen ; Anak Emas ( Berita Minggu, Ahad, 22 April 2012)
- Laporan aktiviti sastera ; Semalaman Bersama-sama Puisi di Melaka ( Tunas Cipta, Disember 2011 )
- Cerpen Semurni Kuih Raya ( Mingguan Warta Perdana, Ahad, 18 September 2011)
- Puisi : Cinta Ini ( Remaja, 15 Jun 2011 )
- Novel ; Haiwan Siapa Paling Jinak ? ( Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd, 2011 )
- Cerpen Pendek Geng Bas Moden VS Geng Bas Tua ( Majalah Untuk Si Gadis, 2011 )
- Cerpen Kerana Simpati Itu ( Berita Minggu, Ahad, 10 April 2011 )
- Cerpen Ada Sinar Dalam Hati ( Mingguan Warta Perdana, 17 April 2011 )
- Sajak Bertemankan Rintik Hujan ( Mingguan Warta Perdana, Ahad 10 April 2011, bil 1114.)
- Buku Cerita ; Taman Seribu Bunga ( terbitan Buku Prima, 2011 )
- Cerpen ; Usah Sandarkan Cinta Padaku ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Cinta Ini ( Majalah Remaja, 15-31 Mac 2011 )
- Puisi Wajah-Wajah Ibu ( Dewan Siswa, Mac 2011 )
- Puisi ; Kita Dalam Rindu ( Majalah Remaja, 1 – 15 Februar1 2011 )
- Puisi ; Kejayaan Ini ( Dewan Siswa, Februari 2011 )
- Cerpen ; Berdosakah Mereka? ( Dewan Siswa, Januari 2011)
- Karya Bukan Kreatif ; Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ( Tunas Cipta, Disember 2010 )
- Novel ; Pengawas Sekolah ( FP Junior, 2010 )
- Puisi ; Harga Sebuah Sedekah ( Berita Minggu, 18 Julai 2010 )
- Cerpen ; Anugerah Ilahi ( Sastera.Net edisi 9, 2010)
- Cerpen ; Aidilfitri di Desa ( Menang dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@Ptsone.
- Puisi ; Ibuku : Jelita, Mei, 2010)
- Puisi ; Mungkinkah ( Dara.com, Mei,2010)
- Puisi ; Jauh Dirindu ( Dewan Siswa,April,2010)
- Puisi ; Seteguk Kasih Bonda ( Tunas Cipta,Mei,2010)
- Karya Bukan Kreatif ; ( Mengekalkan Ruangan Ulasan Sajak, Tunas Cipta,Jan, 2010)
- Puisi ; Cermin Seribu Kemusnahan ( Tunas Cipta,Jan,2010)
Penulis Kreatif
@Hak Cipta Terpelihara
Adalah dimaklumkan bahawa blog http://nurul-farehah.blogspot.com ini adalah hak mutlak penulis, Nurul Farehah Jaamad. Sekiranya sesiapa hendak mengambil apa-apa maklumat di dalam blog ini, hendaklah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu atau kreditkan di atas nama blog @Nurul Farehah Jaamad / http://nurul-farehah.blogspot.com/ . Kerjasama anda amatlah sangat dihargai. Semoga anda gembira dan mendapat ilmu setelah melawati blog saya ini. Terima kasih dan jumpa lagi! :)











2 Idea Kreatif:
tahniah effa kerna masih tegar menulis :)
terima kasih, syukri.. =)
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )