Sudah sebulan effa tidak ke kedai buku POPULAR. Lokasi kedai di Tesco, Melaka. Rasanya semalam terubat rindu melihat perkembangan buku-buku di sana. Rasa sangat gembira apabila melihat pelbagai buku kanak-kanak, novel remaja dan novel cinta di rak-rak. Sangat tersusun rapi.
Sebagai seorang penulis, tentunya effa mahu melihat perkembangan buku-buku effa di pasaran. Langkah effa terus menunggu ke rak buku kanak-kanak. Didapati buku 'Taman Seribu Bunga' hanya tinggal senaskah sahaja. Terus-terusan, effa ke rak novel awal remaja pula. Kalau dahului effa dapati novel 'Pengawas Sekolah' hanya tinggal senaskah untuk cetakan 1, kini novel tersebut sudah tidak ada lagi. Effa dapati novel tersebut sudah habis stok. Dalam sangkaan effa, mungkin pihak kedai POPULAR masih menunggu novel tersebut untuk kemasukan novel cetakan 2.
Novel 'Haiwan Siapa Paling Jinak?' pula hanya tinggal 3 naskah sahaja di rak. Effa juga melihat buku-buku lain. Nampaknya buku-buku lain sangat laris dijual. Ramai orang yang berpusu-pusu menjejakkan kaki ke kedai itu. Rak buku kanak-kanak dan novel cinta menjadi tumpuan orang ramai. Alhamdulillah, semakin ramai yang mula mengamalkan aktiviti membaca.
![]() |
Novel 'Haiwan Siapa Paling Jinak? dalam majalah POPULAR . Setiap ahli akan mendapat 20% diskaun. |
Setakat ini sahaja dahulu yang dapat effa kongsikan kepada anda semua. Selamat membeli buku dan membaca.
![]() |
HSPJ? di rak novel awal remaja.. |
Salam Mesra,

0 Idea Kreatif:
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )