Alhamdulillah...dengan berkat rezeki dan kurniaan yang Allah s.w.t berikan kepada kita sebagai umatNya. Semoga tahun 2011 mengajar kita erti kehidupan dan pengalaman hidup. Selamat datang tahun 2012 yang pastinya kita ingin yang lebih baik dan mungkin juga yang TERBAIK dari tahun sebelumnya dan seterusnya kita berdoa agar Allah s.w.t melimpahkan rezeki ke atas kita semua. Semoga DIA melindungi kita, mengampunkan segala perbuatan kita. Semoga Iman dan Takwa kita masih tetap kukuh dan terus kuat menghadapi dugaan dan cabaran dalam rona kehidupan yang akan datang. Kita punya banyak azam yang akan kita senaraikan dalam diri, moga segala azam untuk jadi lebih baik ini akan direstui olehNYA. InsyaAllah...
*Sesungguhnya aku bersyukur dengan rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku.
*Melindungi diriku walau di mana jua.
*Memaafkan segala kesilapan dan dosaku kepadaMu.
*Memberkati kerjayaku sebagai seorang Penulis.
*Menjadi seorang anak yang soleh, baik, beriman dan Terbaik untuk Mu, ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
*Merestui segala tingkah laku agar terus ke jalan yang benar, jalanMu.
*Lebih beriman dan mentaati perintahMu..
InsyaAllah...
2011 - Mengajarku erti kehidupan, kepayahan, kesusahan, kesedihan, pengorbanan dan kasih sayang seseorang.
2012 - Selamat datang dalam diari hidup. Terimalah diri ini, seorang insan yang ingin terus diberkati, direstui, berjaya dan terus mensyukuri nikmatNya.
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Salam ikhlas dari saya,
1 Idea Kreatif:
Selamat tahun baru juga kepada Effa. Semoga lebih berjaya.
Catat Ulasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana sudi memberi komen, cadangan dan kata-kata semangat. Semoga jalinan ini sama-sama kita hargai dan manfaatkannya. InsyaAllah. Silalah catat ulasan anda dibawah ini dengan senyuman. ^____^
( MOHON GUNAKAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SINI )